Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥
6.08K subscribers
3.87K photos
255 videos
18 files
1.34K links
Channel ini bertujuan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan, kekayaan & kebahagiaan dengan ilmu-ilmu Eksklusif daripada Tuan Zuhairi Nopiah.

Boleh lawat link ni untuk dapatkan karya terkini beliau >>> https://mylink.la/zuhairi3

☎️ 019-415 8809
Download Telegram
Bila masuk Atrium 1, yang dibina bukan sekadar goal setting, tapi mindset, emosi dan jiwa seorang ejen profesional.

Program 2026 Kick Off & Goal Setting ini menghimpunkan ejen-ejen unit trust di bawah Permodalan MARA Berhad dengan satu misi jelas

👉 jadi lebih proaktif,
👉 lebih bersemangat,
👉 dan lebih berdikari dalam mengejar target sales tahun ini.

Bukan setakat bercakap pasal angka dan strategi.

Kami sentuh perkara paling asas tetapi paling power dalam bisnes- emosi, sikap dan cara membuat keputusan.

Melalui aktiviti dan games, peserta mula nampak satu benda penting.

Apa yang berlaku dalam bisnes sebenarnya cerminan kehidupan seharian kita.

Cara kita rasa. Cara kita bertindak. Cara kita memilih.

Semuanya saling berkait.

Paling menyentuh hati bila sesi emosi dibuka.
Ramai yang selama ini simpan.

Ramai yang kuat di luar, tapi diam-diam rapuh di dalam.

Dan hari itu, air mata jadi saksi bahawa untuk grow, kita kena berani jujur dengan diri sendiri.

Yang paling mahal nilainya
ukhwah dalam Group Khalifah Empire makin kuat.

Bukan sekadar rakan sales, tapi rakan perjuangan.

Saling faham. Saling sokong. Sama-sama naik.

Saya kongsikan testimoni ikhlas daripada peserta sendiri:

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Zuhairi atas program semalam.

Terlalu banyak ilmu yang kami perolehi - tentang memaafkan, meningkatkan sales, serta cara mengurus emosi apabila berdepan pelbagai situasi dalam kehidupan dan bisnes.

Melalui aktiviti dan games yang dijalankan, kami mula sedar bahawa setiap perkara yang dilakukan sangat berkait rapat dengan kehidupan harian.

Emosi yang dirasa, cara kita bertindak dan membuat keputusan, semuanya saling berhubung.

Program ini bukan sahaja membuka mata, malah berjaya mengeratkan ukhwah kami dalam Group Khalifah Empire.

Kami belajar untuk lebih memahami antara satu sama lain, saling menyokong dan sama-sama grow ke arah yang lebih baik.

Sejujurnya, apabila bab emosi disentuh, majoriti kami benar-benar tidak mampu menahan perasaan.

Suasana dipenuhi dengan air mata, satu momen yang sangat menyentuh hati dan sukar dilupakan.

Ikhlas daripada,
Norhaliza Abdullah”
.

Terima kasih Tuan Mohd Azrik Sapee n team atas kerjasama dan kepercayaan yang tinggi terhadap kami.

Semoga 2026 bukan sekadar tahun kejar target
tetapi tahun kita jadi versi diri yang lebih kuat, matang dan bermakna.

#TZN
Percaya Sebelum Berjaya!

Ps: Lagi gambar di sini https://www.facebook.com/share/p/1Bw1nrVFuk/

#GoalSettingProgram
#TeamBuilding #HighPerformanceTeam
#NLP #CorporateProgram
#Trainerpreneur #TrainApaHariNi
Hari ini hadir ke sesi Industries Networking & Briefing on Automation & Smart Manufacturing.

Banyak dibincangkan tentang automasi, teknologi, IR4.0 dan smart manufacturing.

Semua itu penting. Sangat penting.

Tapi ada satu perkara yang semakin jelas dalam setiap perbincangan - teknologi boleh dipasang, manusia perlu dibangunkan.

Mesin boleh dikalibrasi.
Sistem boleh diintegrasikan.

Namun bila berlaku tekanan, perubahan atau konflik, yang menentukan hala tuju organisasi bukan mesin… tetapi manusia dan pasukan yang mengendalikannya.

Sebab itu, di sebalik kemahiran teknikal, industri sebenarnya sangat memerlukan soft skills yang kukuh:

cara berkomunikasi
cara mengurus emosi
cara membuat keputusan
dan cara bekerjasama sebagai satu pasukan.

Tanpa asas ini, teknologi yang canggih hanya mempercepatkan masalah yang sedia ada.

Perbincangan bersama wakil MIDA dan JPK hari ini turut menguatkan satu realiti:

"Industri masa hadapan bukan sekadar perlukan pekerja yang mahir mengendalikan mesin, tetapi insan yang boleh berfikir, menyesuaikan diri dan bekerjasama dalam tekanan!"

Di sinilah peranan program soft skills dan team building menjadi semakin kritikal.

Bukan sekadar aktiviti, tetapi ruang untuk membina kepercayaan, menyelaraskan mindset dan memupuk rasa tanggungjawab bersama.

Akhirnya, organisasi yang benar-benar bersedia bukanlah yang paling banyak teknologi, tetapi yang mempunyai pasukan yang saling percaya dan mampu bergerak sehaluan.

Terima kasih atas perbualan yang matang dan terbuka hari ini.

Banyak yang boleh difikirkan. Banyak yang perlu diselaraskan insyaAllah.

Percaya Sebelum Berjaya!💪

#SmartManufacturing
#IR40 #NLP #Leadership
#SoftSkillsMatter
#TeamBuilding #EffectiveCommunication
#HumanBeforeTechnology
Untuk pertama kalinya dalam tempoh 11 tahun, team berjaya catat sales lebih 5 juta sebulan!

Ia berjaya dicapai selepas program #GoalSetting: Percaya Sebelum Berjaya, alhamdulillah!

Apapun, biarlah gambar berbicara..🤗
.
.
.
Terima kasih Allah. Terima kasih Tuan Mohd Azrik Sapee n team. Terus terbang tinggi insyaAllah!

Untuk rakan-rakan yang berada dalam bidang sales, jom pm tepi untuk tahu apa rahsianya.

Percaya sebelum berjaya!!💪

#ProgramPSB #GoalSetting
#UnitTrust #NLP
#PercayaSebelumBerjaya

Hotline: 019-415 8809
Semalam satu langkah penting telah digerakkan.

Bukan sekadar bengkel, tapi ruang menyelaras niat, hala tuju dan masa depan anak-anak Negeri Sembilan.

Bengkel Latihan Hala Tuju dan Kerjaya Yayasan Negeri Sembilan yang berlangsung di Pusat Bina Semangat Pasir Panjang, Port Dickson menghimpunkan barisan kepimpinan dan pemegang amanah pendidikan negeri dalam satu meja, satu visi.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Muhammad Nazri Kassim, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, dengan kehadiran tokoh-tokoh penting antaranya:

YB Senator Dr. Jufitri Johar, Ahli Dewan Negara

Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sembilan

Ketua-ketua Bahagian Yayasan Negeri Sembilan

Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Sembilan

serta pegawai-pegawai Yayasan Negeri Sembilan.

Bengkel ini bukan sekadar berbincang tentang kerjaya di atas kertas.

Fokusnya lebih besar - bagaimana hala tuju pendidikan, latihan dan pembangunan insan dapat benar-benar selari dengan realiti semasa, keperluan industri dan potensi sebenar generasi muda Negeri Sembilan.

Apabila pemimpin, pendidik dan pembuat dasar duduk bersama, kita bukan hanya merancang program.

Kita sedang membentuk ekosistem.
Dan dari sinilah benih masa depan itu mula disemai insyaAllah.

Doakan misi ini berjaya.
Percaya Sebelum Berjaya!💪

#YayasanNegeriSembilan #NSSDC #AKM #MGKK #HalaTujuKerjaya
#TZN #MembangunInsan