Koleksi PdPc SKW
2.71K subscribers
491 photos
4 videos
75 files
150 links
Koleksi bahan bantu pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dari SKW, semoga bermanfaat📚.
Download Telegram
Seronok budak2 hari ni main permainan gelung ni.

Aktiviti hari ni kita main Kuiz BA Tahun 5 untuk tajuk المأكولات والمشروبات, sempat la semua merasa sorang sekali memandangkan 1 masa ja BA awal pagi hari ni.

https://youtube.com/shorts/2QWIOhhVM8k?feature=share
Ada yang bertanya macam mana nak main permainan ni:
Saya terangkan sikit kat sini ya,

Alatan yang diperlukan; gelung plastik.
Bilangannya terpulang lah, saya guna 10, tak banyak sangat dan tak sikit sangat.

Cara bermain :


Bahagi murid kepada 2 kumpulan,
peserta bagi setiap kumpulan akan mulakan larian ikut gelung,
mereka akan berhenti apabila bertembung, dan
menjawab soalan yang diberikan oleh guru,
murid yang pantas menjawab akan meneruskan permainan, murid yang tidak dapat menjawab dengan pantas tadi akan terkeluar,
dan disambung oleh ahli kumpulan yang lain..
murid yang berjaya menamatkan kesemua gelung tadi akan mendapat markah bagi kumpulannya.
dan ulang2 lah step tu sehingga selesai semua peserta dalam kumpulan masing-masing.
Tamat semua peserta bagi setiap kumpulan kita akan kira markah kumpulan mana yang banyak menang atau dalam erti kata berap peserta kumpulan mereka yang berjaya menamatkan kesemua gelung dengan jayanya.🏆
Minggu lepas punya cerita…

Semangat budak-budak ni buat persediaan untuk sambutan ala-ala hari kerjaya peringkat kelas dalam bahasa Arab.

Aktiviti ni untuk BA Tahun 6 tajuk ; cita-cita saya.
الموضوع : الشباب أمل الأمة
Disamping seronok memperagakan pakaian cita-cita masing-masing, murid-murid kena sebut dalam BA, cita-cita mereka tersebut, dan beberapa huraian ringkas di mana mereka bekerja.
Kita buat aktiviti kemahiran bertutur di sini.

آملي أن أكون ………
يعمل ……… في ……….
Melalui aktiviti ni dapat menerapkan keyakinan diri murid dan kefahaman mereka mengenai pekerjaan-pekerjaan yang boleh diceburi.

https://vt.tiktok.com/ZSLqnpcHH/

#pdpcskw
Kumpulan A
Kumpulan B
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Seronok depa boleh main berebut-rebut kerusi macam ni,

Minggu lepas aktiviti transisi bersama murid Tahun 1- dalam fasa kesediaan,
mualimahnya pilih mengadakan aktiviti mengenalpasti huruf hijaiyyah berbaris atas melalui permainan kerusi bertuah.

Aktiviti dimulakan dengan menyebut huruf berbaris atas dengan lagu,
lepas tu diadakan permainan kerusi bertuah dengan mencari huruf yang sama di tangan dan kerusi.

Permainan kerusi bertuah ni, murid jalan-jalan pusing kerusi tu sambil dengar dan nyanyi lagu abata, bila muzik/lagu berhenti, murid akan cari huruf yang sama dia pegang di kerusi yang sama huruf dengan dia tersebut.

https://vt.tiktok.com/ZSFXjmXXp/

#pdpcskw
#abatatha