Kolej Bunga Raya 22/23 🏵️
856 subscribers
259 photos
13 videos
8 files
48 links
Download Telegram
[KEJOHANAN OLAHRAGA INTERCOLLEGE UNIMAS 2022]

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Naga Merah 🐲🌺

Untuk makluman semua, Kejohanan Olahraga Intercollege UNIMAS 2022 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 7-8 Januari 2023
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat : Stadium, UNIMAS

Oleh itu, anda dialu-alukan untuk memberi sokongan kepada Atlet Bunga Raya yang bakal bertanding mewakili kolej kita. Merit juga turut diberi kepada yang 'turun padang' untuk memberi sokongan & sorakan naga merah kepada para atlet kita 🐉🔥

Sekian, Terima Kasih

Exco Sukan Dan Rekreasi
Kolej Bunga Raya
Sesi 2022/2023
Universiti Malaysia Sarawak

#TraditionAspirationExcellence #BungaRayaCollege #BRCian
Forwarded from Rachel
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera🐉🌺

Untuk makluman semua, pihak kami mendapat aduan bahawa ada aktiviti yang mencurigakan di mana orang luar masuk ke dalam kawasan Kolej Bunga Raya dengan tujuan memberi dakwah kepada para pelajar dari bilik ke bilik .

Pihak kami memohon agar semua pelajar berhati-hati. Sekiranya kalian mendapati ada orang yang mencurigakan, sila berhubung dengan pihak JPK atau felo yang bertugas.

Sekian, terima kasih.



Yang benar,
Rachel Chua Pei Fern,
Exco Keselamatan dan Kebajikan 2
Sesi 22/23
[RAPAT UMUM BERSAMA CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022/2023]

Assalamualaikum , Salam sejahtera dan Salam UNIMASku Sayang,

Sukacita dimaklumkan bahawa berikut merupakan Rapat Umum Bersama Calon-Calon Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 10 Januari 2023 (Selasa)
Masa : 8:00 malam -11:00 malam
Tempat : Dataran Kolej Bunga Raya

Semua warga UNIMAS adalah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Pelaksana
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2022/2023
Universiti Malaysia Sarawak
Assalamualaikum dan selamat malam, ini adalah peringatan mesra.

Sila jangan menyidai baju saudara/saudari di awning tingkap bilik dan di palang balcony apartment masing2.

Bangunan BRC baru sahaja di cat semula bahagian luarnya. Awning pun baru. Adalah tanggungjawab bersama untuk menjaga nya dengan baik.

Sidai di ampaian di mana air menitis di lantai bukan di dinding bangunan.

Minta kerjasama saudara saudari.

Sekian Terima Kasih.
[HARI PENGUNDIAN PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022/2023]

Assalamualaikum , Salam sejahtera dan Salam UNIMASku Sayang,

Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Pengundian Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 12 Januari 2023 (khamis)
Masa : 9:00 pagi - 4:30 petang
Tempat : Aplikasi uvotz (atas talian) , Dewan Kristal & Dewan Serbaguna Student Pavilion (fizikal)

Semua pelajar UNIMAS adalah diwajibkan untuk membuat pengundian

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Pelaksana
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2022/2023
Universiti Malaysia Sarawak
[🪘𝐒𝐇𝐎𝐖𝐂𝐀𝐒𝐄 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐘𝐀 2023🪘]

🌺𝐀𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦𝐮𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐮𝐦 𝐖.𝐁.𝐓 , 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐫𝐭𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚🌺

💃🏻 𝐒𝐡𝐨𝐰𝐜𝐚𝐬𝐞 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐘𝐀 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢 !! Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Kesenian & Kebudayaan JPKBR akan menganjurkan program Showcase KEBAYA setelah sekian lama menyepi. Program ini merupakan inisiatif Exco Kesenian & Kebudayaan untuk mempromosikan unit-unit dalam Kelab KEBAYA. Berikut merupakan butiran bagi program tersebut:

📆Tarikh: 19 Januari 2023 (Khamis)
Masa: 7.30 PM hingga 11.00 PM
🛖Tempat: Dataran Kolej Bunga Raya
🪷Tema: BATIK (tidak wajib)

🎁𝐒𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐬𝐢 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚.

💡Nombor cabutan bertuah boleh didapati semasa sesi pendaftaran
💡Tiket masuk dan cabutan bertuah adalah percuma
💡Merit kolej disediakan

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢:
☎️: Amir Hamzah- 01116298196
☎️: Nur Pretty Ezra- 0128361623

Jumpa anda di sana !!

Sekian, terima kasih.

Irene Valerie Nasod
Exco Kesenian & Kebudayaan 1
JPKBR sesi 2022/2023

#TraditionAspirationExcellence
#BRCComeback
#BRCFinale
Terbuka kepada semua pelajar & Alumni UNIMAS. Bantu share ya semua ❤️
*RALAT*

Assalamualaikum & salam sejahtera🌺🐉


Kepada sesiapa yang membeli tiket untuk Lunar New Year's Eve Celebration yang akan berlangsung di Dewan Bankuet (Dewan Zamrud & Dewan Mutiara), DeTAR PUTRA pada malam ini, anda dikehendaki berada di DeTAR PUTRA *SEBELUM PUKUL 6:40 PM*

Bagi pelajar yang muslim, pastikan anda sudah berwuduk dan membawa telekung & sejadah untuk solat di sini. Pihak kami ada menyediakan tempat solat.

Segala kerjasama anda amat kami hargai. Terima kasih.
[𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐋𝐮𝐧𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐰 𝐘𝐞𝐚𝐫'𝐬 𝐄𝐯𝐞 𝐂𝐞𝐥𝐞𝐛𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧]

Assalamualaikum & salam sejahtera 🌺

Kami, ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej Bunga Raya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang datang ke Lunar New Year's Eve Celebration yang telah berlangsung semalam.

Kami juga memohon maaf atas segala masalah yang berlaku sepanjang majlis tersebut berjalan terutama sekali isu makanan & minuman yang tidak mencukupi.

Kami juga memohon maaf bagi pihak caterer atas masalah-masalah yang berlaku. Selain itu, kami juga memohon maaf jika terkasar bahasa atau menyinggung perasaan mana-mana pihak yang terlibat. Pihak kami menerima segala teguran & kritikan untuk menambahbaik program-program yang akan dijalankan pada masa akan datang dengan hati yang terbuka.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,

Jawatankuasa Perwakilan Kolej Bunga Raya,
Sesi 22/23.
[MAJLIS SOLAT SUNAT HAJAT & BACAAN YASIN]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam SuBuR kita 🌺.
____________

Untuk makluman semua, Surau Kolej Bunga Raya (SuBuR) akan mengakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena minggu peperiksaan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 27 Januari 2023 (Jumaat)
Masa: Jam 6:50 pm sehingga selesai
Tempat: Surau Kolej Bunga Raya (aras 2)

Tentatif program:
1. Solat Maghrib berjemaah
2. Solat Hajat
3. Bacaan Yassin
4. Solat Isya' berjemaah
5. Bacaan Al-Mulk & Al-Kahfi 10 awal & 10 akhir.

Makanan adalah terhad untuk 50 pack sahaja

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti media sosial kami di Instragram: @subur_unimas

Sekian, terima kasih.

#TradisiAspirasiKecemerlangan
#KolejBungaRaya
#BRCian
#SUBUR
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya dapati terdapat pelajar yang memakir motorsikal dikawasan yang tidak dibenarkan. Bermula malam ni, tindakan merantai motorsikal akan dillakukan sekiranya kami dapati motorsikal anda memakir dikawasan yang tidak dibenarkan. Melalui telegram ini, ia adalah amaran pertama dan terakhir. Alasan tidak dimasukkan ke dalam telegram atau tidak tahu mengenai maklumat ini tidak akan dilayan dan diterima. JPK Keselamatan dan Kebajikan BRC, mulai malam ini anda boleh mengunci motorsikal yang diparkir ditempat tidak sepatutnya, pelajar lelaki dan perempuan. Terima kasih
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

[PENCARIAN PETUGAS PITAS & MASJID PRA-UNIVERSITI]

Terbuka kepada semua pelajar muslim berdaftar UNIMAS. Sila rujuk makluman pada poster bagi yang berminat.

#petugas
#pitasunimas
[PEMAKLUMAN BERKAITAN PAS PELAJAR]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Unimasku Sayang

Peringatan semula kepada pelajar yang telah menghantar borang pas pelajar sebelum ini, sila hantar dokumen DPT ke pejabat Pusat Khidmat Pelajar (PKP) di Bangunan HEPA Tingkat 1 bagi mempercepat proses penyediaan pas pelajar.

Terima Kasih.

Nur Hiqmah binti Ajis
Exco Akademik dan Kesarjanaan
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2022/2023
Universiti Malaysia Sarawak
[𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗦 𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗦𝗘𝗥𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗥𝗖 𝗪𝗘𝗘𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟯]

Salam Sejahtera, Salam UNIMASku Sayang & Salam Naga Merah 🐉🌺

Sukacita dimaklumkan bahawa program Mega Kolej Bunga Raya, "𝐁𝐑𝐂 𝐖𝐄𝐄𝐊" yang dinanti-nantikan oleh seluruh kulawangsa UNIMAS khususnya warga Kolej Bunga Raya bakal diadakan pada bulan 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟯 ini.

Untuk makluman, salah satu sub-program unggul semasa "𝐁𝐑𝐂 𝐖𝐄𝐄𝐊" adalah 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐄𝐑𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀, yang mana kita akan tampilkan persembahan yang memukau daripada artis sensasi tanah air mahupun artis antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, kami ingin membuka ruang untuk seluruh warga UNIMAS menyampaikan cadangan serta pandangan berkenaan pemilihan artis jemputan yang bakal diundang untuk melakukan persembahan di 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐄𝐑𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀, 𝐁𝐑𝐂 𝐖𝐄𝐄𝐊 𝟮𝟬𝟮𝟯.

Cadangan boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://forms.gle/fn2KCqoFtd48aJi78

Segala pandangan dan kerjasama daripada anda semua amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗕𝘂𝗻𝗴𝗮 𝗥𝗮𝘆𝗮
𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟯
𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸
*Frequently Ask Question*

*Soalan*: Bila tarikh last untuk tekan YES dekat MY Acceptance?
*Jawapan*: Mengikut dalam poster hebahan, tarikh akhir pengesahan penerimaan adalah pada 8 Februari 2022

*Soalan*: Kalau dah buat pengesahan penerimaan tu, dah boleh bayar terus ke?
*Jawapan* : Proses pembayaran akan bermula selepas pendaftaran kolej pada semester hadapan. Pembayaran hanya boleh dilakukan melalui UNIMAS e-Payment. Pembayaran tunai tidak tersedia

*Soalan* : Boleh daftar awal ke sem depan?
*Jawapan* : Mengikut penjelasan yang telah dibuat semasa malam bersama pengurusan, dibolehkan untuk mendaftar dalam *2 hari sebelum tarikh hari pendaftaran* dengan syarat mempunyai alasan yang kukuh yang membuatkan anda mendaftara awal. Contohnya harga tiket & hal ehwal penting universiti.

*Soalan* : Bila tarikh daftar kolej?
*Jawapan*: Tarikh mendaftar kolej adalah 18 - 19 Mac 2023. *Pada waktu pejabat sahaja*

*Soalan* : Saya dah beli tiket, lepas tu flight saya sampai malam. Macam mana tu?
*Jawapan* : Berkenaan dengan ini, dimaklumkan bahawa *tiada* proses pendaftaran pada luar waktu pejabat. Jika anda sampai ke KIA atau KC Bus terminal pada waktu malam, anda dikehendaki mencari alternatif lain untuk bermalam sementara sementara menunggu tibanya waktu pejabat contohnya, check in hotel ataupun bermalam di rumah rakan atau saudara-mara yang berdekatan. Anda juga dinasihati untuk merancang perjalanan sebaiknya supaya anda sampai sesuai dengan masa hari pendaftaran yang ditetapkan.

*Soalan* : Bagaimana dengan penempatan bilik kami semester depan? Adakah sama atau sebaliknya.
*Jawapan* :
1. Untuk pelajar yang memohon bilik single, bilik anda tidak akan berubah. Jadi pada semester hadapan, anda akan duduk bilik yang sama.
2. Untuk bilik sharing, bilik anda akan dirombak. Namun jika anda menginginkan bilik yang sama pada semester ini, anda dikehendaki untuk mengambil gambar kunci anda supaya pihak di kaunter pendaftaran ambik maklum tentang bilik berkenaan. Namun, ianya masih tertakhluk pada kekosongan bilik tersebut.
3. Jika anda ingin memilih rakan sebilik (bagi bilik sharing), sila datang bersama individu berkenaan pada tarikh dan waktu yang sama. Jika sebaliknya, permintaan tersebut tidak akan dilayan.

*Soalan*:
Saya mohon bilik single semasa isi permohonan kolej tetapi saya dapat email menyatakan yang saya dapat bilik sharing. Jadi, mana satu bilik yang saya akan stay ?
*Jawapan*:
Bilik yang pelajar dapat adalah berdasarkan kekosongan jenis bilik di kolej. Jika pelajar mohon bilik single tetapi dapat bilik sharing, jadi bilik pelajar tersebut adalah bilik sharing & yuran akan dicaj mengikut bilik yang ditetapkan.

Pelajar boleh semak permohonan di Unimas Identity untuk jenis bilik yang dilulus & ditawarkan oleh pihak kolej. Tidak semestinya pelajar mohon bilik single akan dapat bilik single. Bilik yang ditetapkan adalah berdasarkan kekosongan di kolej.
Assalammualaikum dan selamat petang.

Mohon pemilik motorsikal di atas untuk alihkan kenderaan anda dengan *segera* kerana anda menghalang laluan parking felo.

Kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan anda dikenakan tindakan oleh Polis Bantuan.

Exco Keselamatan dan Kebajikan Sesi 22/23
[🪘PENCARIAN AHLI UNIT DIKIR BARAT KELAB KESENIAN KOLEJ BUNGA RAYA🪘]

🌺𝐀𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦𝐮𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐮𝐦 𝐖.𝐁.𝐓 , 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐫𝐭𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚🌺

Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Kesenian & Kebudayaan JPKBR ingin menyeru warga BRC untuk menyertai Unit Dikir Barat Kelab Kesenian dan Kebudayaan Kolej Bunga Raya (KEBAYA) setelah sekian lama menyepi. Unit ini merupakan inisiatif Exco Kesenian & Kebudayaan untuk menghidupkan kembali Unit Dikir Barat BRC. Berikut merupakan manfaat/faedah bagi menyertai Unit tersebut:

Inisiatif Untuk Mendapat Merit Kolej
💜Mencungkil Bakat Terpendam Pada Diri Anda
💛Pengalaman baru
🤍Mewakili BRC Dalam Pertandingan
💚Mengenal Rakan Baru
💙 Mengisi Masa Lapang Dengan Sihat

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢:
☎️:0128361623 (Pretty Ezra)
☎️:0138143846 (Sharleney)

❤‍🔥 Tunggu apa Lagi Jom Sertai Kami!

Sekian, terima kasih.

Irene Valerie Nasod
Exco Kesenian & Kebudayaan 1
JPKBR sesi 2022/2023

#TraditionAspirationExcellence
#BRCComeback
#BRCFinale