Menurut Syeikh Muhammad Sa'id Ramadhan Al Buti.
Mereka yang bekerja sehingga tidak ada waktu untuk solat jemaah di masjid, tidak ada waktu untuk menuntut ilmu agama dan tidak ada waktu untuk mengajar anak & isteri ilmu agama adalah
1) Manusia yang tidak yakin dengan rezeki yang Allah telah jamin untuk hambanya sejak azali lagi.
2) Mereka juga manusia yg cuba merampas tugas Allah Taala iaitu memberi & menjamin rezeki isteri dan anak anak mereka.
3 )Mereka juga tidak yakin dengan apa yang telah Allah taqdirkan & tentukan keatas mereka dari rezeki akan berlaku.
Kata Sidi Ibnu Ataillah As Sakandari.
اجتهادك فيما ضمن لك، وتقصيرك فيما طلب منك دليل على انطماس البصيرة منك.
Terlalu bersungguh sungguhnya kamu mencari rezeki yang telahb dijamin & ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi, sedangkan kamu lalai akan perkara yg dituntut dari kamu utk kamu lakukan seperti solat, zikir, baca al quran & sebagai nya adalah dalil kepada butanya mata hati kamu.
Kemudian Syeikh Al Buti membuat satu perbandingan.
Seorang pekerja bekerja dgn majikannya. Maka, majikan itu mengatakan kepada si pekerja
" Sesungguh nya aku telah menjamin gaji kamu setiap bulan sebanyak Rm sekian sekian, tugas kamu hanyalah menjalankan tugas sebagai pekerja & laksankan apa yang aku wajibkan".
Lihatlah, bukankah pekerja itu dianggap sebagai gila bila mana dia terlalu sibuk bertanya pasal gaji nya, ditanya olehnya
"Adakah gaji aku sudah sedia ada?
Bilakah akan masuk gajiku?
Benarkah nilai yg dijanjikan?
Dimanakah? Siapakah?
Sedangkan gaji nya itu telah dijamin oleh majikan nya?
Dalam masa yg sama dia terlupa dan lalai dalam melaksanakan tugasnya sebagai pekerja!

GANJARAN BAGI ORANG YANG MEMBERI MAKAN UNTUK BERBUKA.
Daripada Salaman رضى الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda,
“Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah سبحانه وتعالی memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah سبحانه وتعالی akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.”
#KalamUlama

TANDA ALLAH MENCINTAI HAMBANYA.
قِيْلَ لِأَحَدِ الْعُلَمَاءِ: أَيُّ شَيْءٍ يَفْعَلُ اللهُ بِعَبْدِهِ إِذَا أَحَبَّهُ؟ قَالَ: يُلْهِمُهُ الْاِسْتِغْفَارَ عِنْدَ التَّقْصِيْرِ وَالشُّكْرَ لَهُ عِنْدَ النِّعْمَةِ
Seorang ulama ditanya,
“Adakah tanda jika Allah mencintai hamba-Nya?”
“Allah kan permudah dirinya beristighfar kala berbuat dosa dan bersyukur kala mendapat nikmat.”
Kredit : Kalam Sufi

PUASA WASILAH MENUJU TAQWA.
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa (di bulan Ramadhan) sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA.”
(Al Baqarah : 183)
Tafsiran oleh Imam Al Baghawi رحمة الله تعالى,
“Maksudnya, mudah-mudahan kalian bertaqwa kerana sebab puasa. Kerana puasa adalah wasilah menuju taqwa. Sebab puasa dapat menundukkan nafsu dan mengalahkan syahwat.”
(Ma’alim At Tanziil, 1/196)

SELAMAT HARI GURU
Imam Ibnu Ajibah rahimahuLlah telah menukilkan dari Imam Ibrahim bin Shayban rahimahuLlah yang mengatakan bahawa seandainya seseorang itu mengumpulkan seluruh ilmu pada dirinya, dia tidak akan sampai kepada kedudukan yang tinggi sepertimana yang telah dicapai oleh para AhluLlah yang mempunyai maqam yang tinggi kecuali dia menjalani mujahadah di bawah bimbingan Guru Murabbi yang dapat membantunya dalam menunjukkan aib-aib amal perbuatannya dan merawat penyakit-penyakit hatinya.
Selanjutnya beliau menukilkan dari Imam Abu Umar al-Zajjaji rahimahuLlah yang mengatakan bahawa sungguhpun seseorang itu telah tersingkap kepadanya hal-hal yang ghaib sekalipun, dia masih belum terlepas terkecuali untuk mendapat bimbingan guru yang dapat meluruskan kefahamannya dan jika dia tidak memiliki guru, singkapan-singkapan kasyaf itu dikhuatiri tidak mendatangkan manfaat untuk dirinya. (Tafsir al-Bahr al-Madid, al-Ma’idah:35)
Semoga Allah merahmati semua Guru-Guru yang pernah mengajar saya dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya. Mudah-mudahan Allah sentiasa mengangkat darjat mereka, memudahkan segala urusan mereka, mengampuni mereka, menerima pengorbanan mereka dan muliakan mereka di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabb al-'Alamin.
Kredit : FB Ustaz Iqbal Zain.

Untaian Mutiara Dari Al-Habib 'Abdurrahman Bin Muhammad Bin Husain Al-Masyhur رحمة الله تعالى :
من غرس العلم إجتنى النباهة،
Siapa yang menanam ilmu maka ia akan memetik kecerdasan,
ومن غرس الزهد إجتنى العزة،
Siapa yang menanam rasa zuhud ( tidak cinta dunia ) maka ia akan memetik kemuliaan,
ومن غرس الإحسان إجتنى المحبة،
Siapa yang menanam kebaikan maka ia akan memetik cinta,
ومن غرس الفكرة إجتنى الحكمة،
Siapa yang menanam pemikiran maka ia akan memetik hikmah,
ومن غرس الوقار إجتنى المهابة،
Siapa yang menanam ketenangan maka ia akan memetik wibawa,
ومن غرس المداراة إجتنى السلامة،
Siapa yang menanam keramahan maka ia akan memetik kesalamatan,
ومن غرس الكبر إجتنى المقت،
Siapa yang menanam kesombongan maka ia akan memetik kebencian,
ومن غرس الحرص إجتنى الذل،
Siapa yang menanam kerakusan maka ia akan memetik kerendahan,
ومن غرس الطمع إجتنى الخزي،
Siapa yang menanam keserakahan maka ia akan memetik kehinaan,
ومن غرس الحسد إجتنى الكمد.
Dan siapa yang menanam iri maka ia akan memetik kesedihan.

Kenapa perlu kita ziarah dan muliakan ulama' tua daripada yang muda
1. Kerana mereka lebih banyak beramal soleh
2. Kerana waktu mereka mengaji dulu, dunia tidak seperti sekarang
3. Kerana mereka pernah berguru dengan ulama' silam yang kita hanya dengar nama sahaja
4. Kerana mereka lebih lama mengajar dan mendidik anak bangsa
5. Usia mereka semakin lanjut, bila² masa sahaja Allah Taala boleh jemput
Jadi jangan kita sisihkan mereka dan hanya tumpu pada ulama' muda. InsyaAllah selagi masih ada ruang dan kesempatan, santunilah mereka sebaiknya dengan adab akhlak yang mulia.
Kata Allahyarham Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam "Pepatah Melayu sebut, patah tumbuh hilang berganti, tapi pepatah ini tidak 'valid' dengan ulama', kerana hilang mereka tidak akan berganti"
#KasihUlamak
Kredit : Tengku Yusuff

Usahamu dengan tanganmu semata-mata adalah kerana ibadah kamu kerana Allah سبحانه وتعالى. Adapun rezekimu sudah dijamin oleh Allah سبحانه وتعالى. Jadi jangan melakukan hal haram untuk mendapatkan rezekimu dengan tergesa-gesa kerana rezekimu sudah diatur sebagaimana umurmu juga telah diatur. Dengan keyakinan ini, maka rasa keraguanmu dalam mencari rezeki akan menghilang.
Syeikh Dr Yusri Rusydi Al Hasani ~
#KalamUlama
Syeikh Dr Yusri Rusydi Al Hasani ~
#KalamUlama
Jangan remehkan dan sia-siakan orang yang datang minta tolong kepadamu, jangan engkau tolak permintaannya, berilah semampumu. Itu terkadang merupakan kunci pembuka yang didatangkan Allah untuk penyelesaian masalah yang sedang menghimpit hidupmu.
Habib Taufiq As-Seggaf ~
#KalamUlama
Habib Taufiq As-Seggaf ~
#KalamUlama
Kau bermaksiat kepada Tuhan sambil menunjukkan cinta. Ini sungguh aneh dan mengherankan. Andai engkau benar-benar mencintai-Nya, tentu engkau akan mematuhi-Nya, kerana sang pencinta akan taat kepada siapa yang dicintainya.
#KalamUlama
#KalamUlama
Empat pahala yang engkau akan perolehi dengan mudah bahkan mungkin terjadi kurang daripada satu minit, ketika engkau bertemu dengan saudaramu iaitu mengucapkan salam, bersalaman, memberi senyuman, dan berkata-kata yang baik.
Shaykh Raja Ashman Shah ~
#KalamUlama
Shaykh Raja Ashman Shah ~
#KalamUlama
TADABBUR ALAM.
Wahai pokok, mahukah kau aku bisikkan senandung lagu memuji Allah?
Wahai burung, mahukah kau aku ceritakan tentang kebesaran Allah yang Maha Luas?
Sebelum sempat untuk aku membisikkan dan menceritakan,
Mungkin ini balas mereka,
“Kami adalah makhluk yang sentiasa berzikir memuji Asma Allah, kamu pula?”

Kenapa sekarang banyak perselisihan pendapat agama?
Kerana orang jahil pun sibuk mengulas.
#KalamUlama
Kerana orang jahil pun sibuk mengulas.
#KalamUlama
Selama hidup didunia ini, yang terbaik adalah menyelamatkan hati dari buruk sangka.
Sheikh Abdul Qadir Al Jilani ~
#KalamUlama
Sheikh Abdul Qadir Al Jilani ~
#KalamUlama
Abu Yazid al-Busthami RA berkata,
"Aku mengubati dan memperbaiki hati selama 10 tahun. Demikian juga lisan dan nafsuku, 10 tahun juga aku memperbaikinya. Di antara ketiga-tiganya, hatilah yang paling sukar untuk dibaiki. Oleh kerana itu, ambil dan amalkanlah ilmu ini."

Apakah di antara sebesar-besar dosa yang biasa dilakukan oleh manusia?
“Iaitu kita tohmah dan tuduh Allah tidak tahu apa yang kita perlukan. Kita tuduh Allah tidak tahu tentang keadaan kita.
Kita sering mempersoalkan kenapa begini, kenapa begitu.
Kita sepatutnya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan sentiasa memohon keampunan kepadaNya kerana buruk sangkaan kita terhadapNya.”
Sheikh Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani ~
8 Jun 2022 - 8.30pm - Markas Banaat Yusufi.

Jika kau hadapkan jiwa dan ragamu kepada Allah, DIA akan hadapkan rahmat dan cinta-Nya kepadamu.
Al-Habib Umar bin Hafidz ~
#KalamUlama
Al-Habib Umar bin Hafidz ~
#KalamUlama
Apa tanda zuhud?
Berdukacita kalau dapat dunia dan seronok kalau tak dapat.
Yang ada kita ini, sebaliknya 😅
Bukan salah gembira bila mendapat rezeki.
Setiap nikmat itu ada pertanggungjawabannya, jadi dilihat oleh orang-orang yang zuhud tanggungjawab itu dan bukan nikmatnya saja.
Jadi bila dapat rezeki banyak - bagi mereka itu satu hukuman yang dipercepat. Yakni kalau tak betul dalam menunaikan tanggungjawab yang datang dengan rezeki itu, maka akan dihukum Allah سبحانه و تعالى.
- disunting daripada syarahan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 09082019.
#habibalizaenalabidinalhamid
#darulmurtadza
#majlistaklim

Yusuf bin al-Husain menceritakan,
Aku bertanya kepada Dzun Nun tatkala perpisahanku dengannya,
“Kepada siapakah aku duduk/berteman dan belajar?”
Beliau menjawab,
“Hendaknya kamu duduk bersama orang yang melihatnya akan mengingatkan dirimu kepada Allah. Kamu memiliki rasa segan kepadanya di dalam hatimu. Orang yang pembicaraannya yang boleh menambah ilmumu. Orang yang tingkah lakunya membuatmu semakin zuhud kepada dunia.
Bahkan, kamu pun tidak mau bermaksiat kepada Allah selama kamu sedang berada di sisinya. Dia memberikan nasihat kepadamu dengan perbuatannya, dan tidak menasihatimu dengan ucapannya semata.”
(Al-Muntakhab min Kitab az-Zuhd wa ar-Raqaa’iq)

Kisah ANJING yang membela Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalaani RA (lahir 1372M) berkata,
Pernah berlaku pada suatu hari dimana sekumpulan orang-orang dari kalangan pembesar Nasrani menghadiri suatu perayaan seorang pemimpin kerajaan Mongol yang telah murtad.
Maka pada waktu itu ada salah seorang rahib menghina Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan berhampiran tempat itu ada seekor anjing pemburu yang sedang terikat.
Maka pada ketika si rahib itu mula mencela dan menghina Rasulullah صلى الله عليه وسلم, anjing pemburu tersebut menyalak dengan sangat kuat, kemudian menerkam rahib Nasrani tadi dan mencakar mukanya.
Maka orang-orang pun segera berusaha menyelamatkannya dari anjing tersebut. Dan sebahagian orang yang hadir telah berkata,
“Itu gara-gara kata-kata nista mu tentang Muhammad.”
Lalu rahib Nasrani itu menjawab,
“Tidak! Anjing ini terlalu garang, apabila ia melihat isyarat tanganku, disangkanya aku ingin memukulnya.”
Namun kemudian pendita Nasrani ini mengulangi kembali celaan dan maki hamunnya terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan perkataannya yang keji. Maka anjing pemburu itu pun berhasil lepas semula dari ikatannya dan langsung menerkam leher rahib Nasrani itu dan menggigit hingga bahagian dadanya yang paling atas. Si rahib Nasrani itu mati dibunuh anjing.
Kisah ini disebut dalam Durarul Kaminah - Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani & Kitab Mu’jamus Shuyukh - Imam Az-Zahabi 1274M.
Dikatakan lebih 40 ribu manusia kembali kepada Islam sesudah kisah ini.
Terima kasih kepada Ust Adam Lawrence atas perkongsian ini.