KV Melaka Tengah
2.3K subscribers
4.05K photos
67 videos
26 files
373 links
Penyampaian Maklumat Semasa KVMT
Download Telegram
PERMOHONAN KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL SESI 2025/2026
🗓01.08-08.09.2024
https://spskt4.moe.gov.my
Permohonan dibuka kepada semua pelajar Tingkatan 3 sesi akademik 2024/2025 bagi pengajian SVM (Sijil Vokasional Malaysia) di KV Melaka Tengah.

SEMAKAN PUSAT PKSK :
13.09-03.10.2024

*Para pemohon diingatkan untuk membuat semakan Pusat PKSK.
PELAKSANAAN PKSK :
23.09-03.10.2024

*Sila hadir ke Pusat PKSK pada tarikh & masa yang ditetapkan.

PKSK - Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

#kvkpm
#kvmelakatengah
#pksk
#svm
#sekolahkhusus
KELAS TAMBAHAN MATEMATIK BAGI PELAJAR ASRAMA
31 Julai 2024 - Terima kasih diucapkan kepada para pensyarah Unit Sains & Matematik di atas komitmen mengadakan Kelas Tambahan Matematik untuk pelajar asrama Tahun 1 SVM (yang terpilih) bagi persediaan Penilaian Akhir (PA) Semester 1 SVM yang akan berlangsung pada 5-15 Ogos 2024.

Turut serta di dalam kelas tambahan ini adalah para pelajar ulangan yang kini berada di Tahun 2 SVM. Pelajar tersebut akan menduduki Kertas Ulangan Matematik Semester 1 SVM bagi memperbaiki gred keputusan semester 1 yang lepas.

Aktiviti ini diadakan dengan kerjasama Unit Pengurusan Kolej Kediaman sebagai sebahagian daripada usaha bagi peningkatan akademik pelajar asrama. Semoga usaha ini dapat membantu meningkatkan semangat para pelajar untuk menjawab dengan baik semasa peperiksaan berlangsung.

#kvmelakatengah
#kolejvokasional
#kvkpm
#tvetkpm
#penilaianakhir
#svm
TAKLIMAT KEMASUKAN DAN PAMERAN KV MELAKA TENGAH DI SMKTPM
15 Ogos 2024 - Jawatankuasa Outreach KVMT telah memenuhi undangan SMK Tinggi Perempuan Melaka (SMKTPM) untuk membuka booth serta memberi taklimat berkaitan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional.

Terima kasih diucapkan kepada pihak SMKTPM di atas jemputan ini. Wakil KVMT mengambil peluang ini untuk memberi pendedahan berkenaan peluang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) di kolej vokasional. Terima kasih juga kepada JK Outreach serta wakil pelajar yang hadir sebagai 'Duta Kecil' KVMT.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL SESI AKADEMIK 2025/2026 KINI DIBUKA!
https://spskt4.moe.gov.my
☝️☝️☝️☝️☝️☝️☝️☝️

#kolejvokasional
#kvkpm
#kvmelakatengah
#tvetkpm
#tvetmelaka
#svm