KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR
2.32K subscribers
1.49K photos
28 videos
323 files
861 links
Download Telegram
Assalamualaikum semua.
Kepada yg berhasrat untuk membuat sumbangan kematian ALLAHYARHAM MUHAMMAD MUSTAKIM MIRZA BIN MOHD ROFDZI secara online, berikut adalah maklumat berkaitan:

NO AKAUN: 08086010010883

NAMA AKAUN: TETUAN BADAN MUAFAKAT CAWANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR

BANK ISLAM

Tempoh sumbangan bermula hari ini 28 Feb 2024 sehingga 3 Mac 2024(5 Hari) bagi memudahkan urusan pemantauan duit masuk untuk tujuan sumbangan kematian Muhammad Mustakim.
Note: mohon remark/reference letak sumbangan Mustakim

Terima kasih

Yang Menjalankan Amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
2024/2025
Bersempena dengan sambutan ulangtahun Kolej Profesional MARA Seri Iskandar yang ke 20 tahun dan juga penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang ke 58 tahun, satu perlawanan bola sepak persahabatan di antara Viper KPMSI bertemu dengan Kelab Penyokong Rasmi Manchester City akan diadakan di Padang Majlis Daerah Perak Tengah pada 1 Mac 2024, jam 5:15 petang sehingga 7:30 malam.

Adalah dijemput pada warga serta para pelajar Kolej Profesional MARA Seri Iskandar serta penduduk sekitar Bandar Seri Iskandar hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan tersebut.

#20TahunKPMSI
#20042024

Yang Menjalankan Amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
2024/2025
[PEMAKLUMAN] PEMBUKAAN PERMOHONAN UPUONLINE BAGI KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM (IPTA) & INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025

📌 FASA 1

MULAI HARI INI
🗓️ 29 Februari 2024 (Khamis)

📌 PEMBELIAN NOMBOR PIN UPUONLINE MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

📍 350 Kaunter Cawangan
🏧 700 mesin ATM
🌐 Perbankan Internet myBSN

🌐 Maklumat lanjut sila layari laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/

Baca lanjut di pautan: https://www.mohe.gov.my/hebahan/kenyataan-media/kenyataan-media-permohonan-upuonline-bagi-kemasukan-ke-ipta-dan-ilka-sesi-akademik-2024-2025

#MalaysiaMADANI

Yang Menjalankan Amanah
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2024/2025
🔊 NOTIS MAKLUMAN 🔊

Perhatian kepada semua warga KPMSI

Sempena Ramadan yang bakal tiba ini, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, KELAB BUSINESS INFORMATION TECHNOLOGY, PEER GUIDANCE COUNCIL bersama MUAFAKAT KPM SERI ISKANDAR akan mengadakan Program Ambang Ramadan 1445H seperti berikut :

Tarikh : 3 Mac 2024 (Ahad)
Masa : 8:30 pagi - 9:00 malam
Tempat : Garaj Bas dan Surau An-Nur
Penglibatan: Seluruh Warga KPMSI ketika kuliah maghrib
Aktiviti: Gotong-royong bubur lambuk dan Kuliah Maghrib

Kami berharap dengan usaha program ini dijalankan dapat menyuntik semangat serba sedikit sebelum memasuki bulan ibadah yang penuh keberkatan.

Selamat menjalani Ibadah puasa

Yang Menjalankan Amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2024/2025
Makluman Halang Peperiksaan Sesi 3 2023/2024 (FASA 3)

🔊NOTIS PEMBERITAHUAN🔊

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut merupakan Cadangan Nama Pelajar Untuk Dihalang Menduduki Peperiksaan Akhir Sesi 3 2023/2024 (FASA 3).Sekiranya nama pelajar berada dalam senarai tersebut, pelajar dibenarkan untuk mengemukakan surat rayuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Kolej dan  perlu diemailkan melalui (ilham.bidin@mara.gov.my) selewat-lewatnya pada hari esok 1 Mac 2024 (JUMAAT) sebelum jam
4.00 petang. Maklumat  tatacara untuk menghantar surat rayuan boleh rujuk menerusi email.

Sekian, Terima Kasih.

Jawatankuasa  Pengadilan Tatatertib Kolej ,
2024-2025

Yang Menjalankan Amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2024/2025
CADANGAN_SENARAI_NAMA_PELAJAR_UNTUK_DIHALANG_MENDUDUKI_PEPERIKSAAN.pdf
2.4 MB
CADANGAN SENARAI NAMA PELAJAR UNTUK DIHALANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SESI 3 2023-2024 (FASA 3).pdf
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk pengetahuan semua, Sambutan 20 Tahun KPM Seri Iskandar, Majlis Restu Ilmu dan Watikah Perlantikan Ahli MPP sesi 2024/2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Mac 2024
Masa : 10am - 12pm
Tempat : Dewan KPMSI
Penglibatan : Semua Warga KPMSI (kecuali pelajar yang terlibat dengan sesi akademik 10am-12pm)
Pakaian : Pakaian ke Kelas

Oleh itu, pelajar kamsis yang tidak terlibat dengan sesi akademik (10am-12pm) adalah WAJIB untuk menghadiri majlis tersebut.

Pelajar perlulah mengosongkan kamsis 10 minit lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

Harap Maklum dan Terima Kasih

Yang Menjalankan Amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
2024/2025
MAKLUMAN
Berikut adalah memo keputusan kemasukan ke kamsis bagi sesi 1 2024/2025.

Tahniah bagi yang mendapat tempat di kamsis. Bagi yang tidak mendapat tempat,tarikh serta panduan permohonan untuk rayuan di sertakan di akhir memo ini.

Harap maklum dan terima kasih.

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR KPMSI
UNIT ASRAMA KPMSI
UNIT FELO KPMSI

Yang Menjalankan Amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
2024/2025
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Bersempena Ambang Ramadan, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ingin menjemput semua warga KPMSI untuk menghadiri Kuliah Maghrib bersama tetamu jemputan,
Al Fadhil Ustaz Ahmad Munawir bin Salehuddin dengan ketetapan berikut :

Hari : Ahad
Tarikh : 3 Mac 2024
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau KPMSI

Mari kita bersama-sama mengimarahkan kuliah dan memanfaatkan peluang ini untuk menimba ilmu yang bermanfaat.

Yang Menjalankan Amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2024/2025
Hebahan kepada bekas pelajar KPMSI yang berjaya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana
Muda di Institusi Pendidikan MARA (IPMA)


Pelajar boleh memohon kemudahan pinjaman untuk pembayaran pendaftaran melalui e-Pendahuluan.

Sila klik http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/ver21/index.php?method=ShowMain

Yang Menjalankan Amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
2024/2025
INFO AKADEMIK

PERKARA : PERINGATAN CETAKAN SLIP PEPERIKSAAN AKHIR SESI 3
2023/2024

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

🔹Portal Akademik Pelajar untuk fungsi Cetakan Slip peperiksaan akhir dibuka mulai 04 MAC 2024. Sila layari https://kpmsi.ik-one.biz/index.php.

🔹 Pelajar diminta untuk mencetak sendiri slip peperiksaan masing masing sebelum memasuki dewan.

🔹Turut dilampirkan tatacara untuk mencetak slip peperiksaan.

‼️ Kegagalan mencetak slip peperiksaan akan menyebabkan pelajar dihalang memasuki dewan peperiksaan.

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh:
Unit Peperiksaan dan Pensijilan
KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR

Yang Menjalankan Amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2024/2025
Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kawasan di Malaysia mengalami cuaca panas.

Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap
kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan.

Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk
memastikan tahap kesihatan yang optimum.

Pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

Yang Menjalankan Amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
2024/2025
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dilampirkan senarai nama pelajar berstatus DIHALANG menduduki peperiksaan akhir (FASA 3) Sesi 3-2023.

Terima kasih.

SU
JK Rayuan Kolej 2024

Yang Menjalankan Amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
2024/2025
Tummy time kembali lagi !!

Tummy Time anjuran Majlis Perwakilan Pelajar akan menanti anda di Dewan Utama KPMSI & Bangunan Pensyarah mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 7, 8 & 11 Mac 2024
Masa : 8.00 Pagi - 9.00 Pagi

Jumpa anda disana!

Yang Menjalankan Amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar 2024/2025
Stationery Giveaway!

Pemberian alat tulis percuma akan diberikan kepada para pelajar, unit yang diberikan adalah terhad dan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 7, 8 & 11 Mac 2024
Masa : 8.15 pagi - 8.45 pagi
Tempat : Dewan Utama KPMSI

Semoga dengan inisiatif ini, dapat membantu memudahkan pelajar untuk menjawab peperiksaan. Kami, Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan selamat maju jaya kepada semua.

Yang Menjalankan Amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar 2024/2025