KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR
2.3K subscribers
1.49K photos
28 videos
323 files
862 links
Download Telegram
Sertai Program Education Pathway with Universiti Teknologi Petronas pada ketetapan berikut:

Tarikh: 16 Februari 2023 (Khamis)
Masa: 2.00 petang - 4.30 petang
Tempat: Dewan Kuliah 1, KPM Seri Iskandar
Kod Pakaian: Formal


Program ini diwajibkan kepada semua pelajar Semester 5 dan 6 (DIB, DBIT dan DMK).
Kehadiran akan direkodkan.
E-sijil disediakan kepada peserta.

#StudyinUTP
#educationxcareer
#KPMSI
#KPMSIISONE
Anda telah bersedia untuk Peperiksaan Akhir? 🧐

Jom ikuti Program Persediaan Menjelang Peperiksaan Akhir bersama dengan penulis buku dan pempengaruh, Iddin Ramli.

📚 Tajuk: "Refleksi Diri: Menuju Kejayaan"
🗓️ Tarikh : 16 Februari 2023 (Khamis)
Masa: 2.00 petang - 4.30 petang
📍 Tempat: Dewan Utama, KPM Seri Iskandar
👔 Kod Pakaian: Formal
🧑🏻‍💼👩🏻‍💼 Peserta: Diwajibkan kepada pelajar Semester 1 hingga 4 (semua program) dan pelajar DEC (Semester 5 dan 6).

Kehadiran akan diambil.
E-sijil disediakan kepada peserta
(Warga kerja yang berkelapangan dijemput hadir)

Iddin Ramli juga akan membawa karya nukilan beliau. Pelajar dan staf KPMSI boleh membeli buku berkenaan pada harga promosi 🤩🤩🤩

Jom hadir beramai-ramai 😊

#finalexam
#KPMSI
#KPMSIISONE
EVENT KPM SERI ISKANDAR

Assalamualaikum! Sempena hari pembukaan kolej, kami ingin mengajak semua orang seri iskandar untuk datang memeriahkan lagi pesta makanan🎉

Pelbagai makanan yang dijual di sana. Kedatangan anda amat dialukan, jangan lepaskan peluang ini ke kolej kami untuk merasai pelbagai juadah makanan
Viral yang kami sediakan khas kepada anda!

Tempat : kolej professional mara seri iskandar
Tarikh: 17-19 Februari 2023

Untuk seberang pertanyaan boleh terus whatsapp
http://www.wasap.my/60194212280
*[ AGIHAN AWAL IPT 2023 ]*

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi.

Lembaga Zakat Negeri Kedah menawarkan Skim Agihan Awal IPT Dalam dan Luar Negara (sekaligus sepanjang tempoh pengajian) bagi Kemasukan pengajian semester pertama untuk Tahun 2023.

Permohonan dibuka sepanjang tahun sehingga 31 Disember 2023.

Semua permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman rasmi LZNK :

www.zakatkedah.com.my

>> Klik Menu APLIKASI ATAS TALIAN
>> AGIHAN AWAL IPT
> Pilih Dalam / Luar Negara

Atau terus melalui pautan ;
http://ipt.zakatkedah.com.my/iptonline/iptonline_main2.wp

Syarat kelayakan & panduan permohonan boleh disemak melalui portal permohonan.

Terima Kasih.
🔊 NOTIS MAKLUMAN 🔊

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada siswa/siswi di
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar yang ada kehilangan duit dalam jumlah yang besar berdekatan di pondok guard, sila maklum dan berhubung dengan mana-mana MPP dalam kadar yang segera.

Harap maklum.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Menjalankan Amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar 2023
🔊 NOTIS MAKLUMAN 🔊

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada siswa/i di
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar,

Berikut merupakan perincian bagi Jadual Peperiksaan Akhir IEP sesi 3 2022/2023.

Diharap semua pelajar dapat merujuk jadual yang telah dilampirkan

Harap maklum.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Menjalankan Amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar 2023
🔊 NOTIS MAKLUMAN 🔊

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada siswa/i di
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar,


Berikut merupakan perubahan takwim / kalendar akademik KPMSI sesi 2023/2024.

Harap maklum.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Menjalankan Amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar 2023
📣📣 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KPMSI 📣📣

KOPI UNTUK SEMUA! : Program Kopi Percuma untuk semua warga KPMSI

akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 20/02/2023
Masa: 1.00 petang sehingga 2.30 petang
Tempat: Kafeteria

Harap maklum,

Sekian, Terima Kasih.

Yang Menjalankan Amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023

#mppkpmsi
#kopipercuma
SYABAS DAN TAHNIAH!

Wan Irfan Danial Bin Wan Razainul Aman, pelajar tajaan MARA di University of Queensland, Australia, di bawah program IPMA Excellent Students Programme (IESP) tampil cemerlang sebagai satu-satunya pelajar Malaysia yang telah berjaya membolot 3 anugerah di University of Queensland, Brisbane dimana beliau adalah Penerima Anugerah Penghargaan Kecemerlangan Akademik Dekan (Dean's Commendation of Academic Excellence), di pilih sebagai UQ (University of Queensland) Future Leaders 2022 dan calon Valedictorian.

Anugerah Penghargaan Kecemerlangan Akademik Dekan (Dean's Commendation of Academic Excellence) yang diterima adalah kerana kecemerlangannya dalam akademik bagi Semester 1, 2021 dan Semester 1, 2022 dengan pencapaian GPA minimum 6.70/7.00 dan ke atas dalam semester tersebut.

Selain itu, Wan Irfan Danial telah di pilih untuk menyertai program alumni eksklusif universiti, UQ (University of Queensland) Future Leaders 2022. Program tersebut hanya terbuka kepada graduan baharu yang telah menunjukkan komitmen cemerlang terhadap kepimpinan, pencapaian akademik dan perkhidmatan kepada komuniti UQ. Hanya 5 peratus daripada 10,000 alumni baharu setiap tahun diktiraf sebagai UQ Future Leaders.

Anak jati Wilayah Persekutuan yang juga bekas pelajar Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar, Perak ini juga adalah merupakan calon Valedictorian untuk Majlis Konvokesyen Sekolah Perniagaan, Disember 2022. Proses pemilihan Valedictorian Sekolah Perniagaan UQ mengambil kira pelbagai faktor seperti sumbangan kepada Sekolah Perniagaan UQ,
penyertaan dalam aktiviti kokurikulum, sukarelawan, khidmat bakti sosial dan sebagainya.

#kkdw
#luarbandarsejahtera
#mailisamanahrakvat
#amanahrakyat
#pendidikanmara
#MalaysiaMADANI
🔈PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN! 🔈

Kami sedang mencari Ahli Sekretariat MPP 2023/2024 yang baharu dan kini dibuka kepada semua siswa/i bagi Semester 1,2 dan 3 !

Jika anda berminat, anda hanya perlu mengimbas Kod QR yang telah dipaparkan pada poster tersebut.

Temuduga akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 2 Mac 2023
Masa : 5:00 petang-6:30 petang

#MPPkpmsi
#DemiKPMSI
🔊NOTIS MAKLUMAN 🔊

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Adalah dimaklumkan bahawa sistem pelekat kenderaan yang mengalami kerosakan sejak beberapa hari dahulu telah boleh digunakan sepenuhnya pada 21 Februari 2023. Justeru, semua pelajar KPMSI boleh menyegerakan permohonan sebelum tarikh:
*28 Februari 2023* (tarikh akhir pembelian)

Anda boleh membeli dan melihat status permohonan sticker kenderaan melalui link berikut:

http://bit.ly/3BKdnNz

Permohonan yang berjaya boleh terus ke COOP MART untuk tujuan pembelian.

Permohonan baharu masih boleh juga dibuat menggunakan link tersebut. Sila maklumkan pada Puan Fareeza atau Puan Rehka untuk semakan sekiranya telah membuat permohonan. Permohonan dengan status berjaya atau tidak adalah dalam tempoh 3 hari masa bekerja.

Sebarang masalah boleh berhubung dengan Puan Noor Fareeza binti Azmi di talian 0134923477 atau Puan Rehka Sinniah di talian 0124696554 untuk maklumat lanjut.

Harap maklum.

Sekian, Terima kasih.

Yang Menjalankan Amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar 2023
TAHUKAH ANDA? Sekiranya anda merupakan pelajar anak kelahiran Negeri Kedah dan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), anda boleh memohon Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT) Sesi Pengajian 2023.

Untuk maklumat lanjut, sila klik https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt/ bagi mendapatkan maklumat dan syarat serta memohon secara dalam talian kemudian dihantar kepada Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera ,

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir pembelian pelekat kenderaan pelajar adalah pada:
*28 Februari 2023, Selasa*
Bagi permohonan baharu sebelum tarikh 28 Februari 2023,
Anda boleh membeli dan melihat status permohonan sticker kenderaan melalui link berikut:

http://bit.ly/3BKdnNz

Permohonan yang berjaya boleh terus ke COOP MART untuk tujuan pembelian.

Permohonan baharu masih boleh juga dibuat menggunakan link tersebut. Sila maklumkan pada Puan Fareeza atau Puan Rehka untuk semakan sekiranya telah membuat permohonan. Permohonan dengan status berjaya atau tidak adalah dalam tempoh 3 hari masa bekerja.

Sebarang masalah boleh berhubung dengan Puan Noor Fareeza binti Azmi di talian 0134923477 atau Puan Rehka Sinniah di talian 0124696554 untuk maklumat lanjut.