KIS COMMUNITY CHANNEL
833 subscribers
5.46K photos
153 videos
1.37K links
Peneraju Pendidikan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Download Telegram
๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—ข๐—™๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Lensa sekitar Hari Sukan As Sofa 2025 yang telah berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Sukan Negeri, Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/sofacollege

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
SALAM PENGIKAT UKHUWAH: JAMBATAN HATI KE HATI

Memberi salam sesama Islam merupakan punca dan sebab timbulnya kasih sayang dan ia merupakan sejuzuk daripada tanda kesempurnaan iman yang akhirnya melayakkan kita masuk ke dalam syurga Allah SWT.

Budaya memberi salam di dalam masyarakat Islam pada hari ini sudah mula hilang sedangkan ia merupakan satu sunnah yang amat disukai oleh Rasulullah kerana ia mampu untuk menyatukan perpaduan umat Islam.

Tambahan pula, mengucapkan salam tidak memerlukan belanja atau tenaga yang banyak kerana ia hanya cukup dengan melafazkannya di bibir dengan disertakan hati yang ikhlas. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam mengamalkan sunnah Nabi serta memelihara kita daripada fitnah akhir zaman. Amin.

#KolejlslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ๐€๐‹๐”๐Œ๐๐ˆ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐€๐’ ๐’๐Ž๐…๐€

Kolej Islam As Sofa merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga orang alumni cemerlang yang telah dipilih menerajui kepimpinan pelajar di peringkat antarabangsa:

Muhammad Ryan Hakeem bin Badrol Hisham, Presiden, Persatuan Mahasiswa Malaysia, Tunisia (Alumni Diploma Usuludin, KIS)

Ahmad Dhia Hariz bin Mohd Rahisham, Yang Di-Pertua, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, Cawangan Jambi (Alumni Diploma Syariah Islamiyyah, KIS)

Muhammad Muadz bin Shahrizad, Timbalan Presiden 1, Persatuan Mahasiswa Malaysia, Maghribi (Alumni Diploma Syariah Islamiyyah, KIS)

Semoga terus unggul membawa aspirasi ummah dan menjadi inspirasi kepada generasi pelapis.
Selamat Menjalankan Tugas dengan Amanah dan Hikmah!

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
MERAPAT JURANG USIA: BAHASA CINTA DAN PENGHORMATAN

Hadis ini menggariskan dua tanggungjawab utama dalam kehidupan bermasyarakat. Pertama, kewajipan untuk mengasihi dan membimbing golongan muda dengan penuh kasih sayang. Mereka perlu diberi perhatian, tunjuk ajar dan sokongan agar dapat membesar menjadi individu yang berguna kepada agama dan masyarakat.

Kedua, keperluan untuk memuliakan dan menghormati golongan yang lebih berusia. Pengalaman dan kebijaksanaan mereka perlu dihargai dan dijadikan panduan dalam kehidupan.

Melalui hadis ini, Islam telah meletakkan asas yang kukuh dalam membina hubungan antara generasi. la bukan sekadar gesaan moral, tetapi merupakan syarat penting dalam menentukan identiti seorang Muslim yang sejati.

Apabila setiap anggota masyarakat memahami dan mengamalkan pesanan ini, akan terbentuk sebuah komuniti yang saling menghormati, menyayangi dan memahami antara satu sama lain, selaras dengan tuntutan Islam yang menekankan kesejahteraan ummah secara menyeluruh.
๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐€๐’ ๐’๐Ž๐…๐€ ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐‚๐‡๐€๐‹๐‹๐„๐๐†๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Tahniah dan syabas diucapkan kepada mahasiswa-mahasiswi Kolej Islam As Sofa atas kejayaan cemerlang menjuarai Pertandingan Video Pendek โ€œJom Sebarkan Salamโ€ โ€“ Salam Challenge 2025 bagi kategori umum!

Video kreatif yang menyampaikan mesej penuh nilai ini telah berjaya meraih tempat pertama daripada 39 penyertaan yang dihantar dari seluruh negara. Lebih membanggakan, pasukan ini turut membawa pulang hadiah utama berupa sebuah iPad sebagai simbol penghargaan atas kreativiti dan usaha mereka.

Turut hadir memberikan sokongan ialah pensyarah pembimbing, Madam Fatin Fatinah binti Manap, yang sentiasa komited membimbing pelajar ke arah kecemerlangan.

Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berkarya, menyebarkan salam dan menyemai nilai-nilai murni dalam masyarakat.

#SalamChallenge #SebarkanSalam #KolejIslamAsSofa #PapaPipiSalam
๐Ÿ‘จโ€๐ŸŽ“๐—๐—ข๐—  ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—ž๐—œ๐—ฆ๐Ÿ‘จโ€๐ŸŽ“

KELEBIHAN MEMILIH KIS SEBAGAI PUSAT PENGAJIAN

Kelebihan dan keistimewaan memilih KIS berbanding pusat pengajian lain ialah:
โœ… Tempoh masa pengajian yang singkat
โœ… Syarat kemasukan yang minimum
โœ… Diiktiraf MQA
โœ… Peluang melanjutkan pengajian ke luar negara

JOM MENDAFTAR SEKARANGโ—

KEMASUKAN KIS SESI JUN 2025 TELAH DIBUKA

Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan:
http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:
https://linktr.ee/kolejislamassofa

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ

ู„ูŽูˆู’ู„ุง ุงู„ู’ู€ู…ูุฑูŽุจู‘ูŠ ู…ุง ุนูŽุฑูŽูู’ุชู ุฑูŽุจู‘ูŠ

"Jika bukan kerana guruku, mana mungkin aku dapat mengenal Tuhanku"

Terima kasih buat semua insan yang bergelar pendidik yang tidak pernah mengenal erti penat lelah, dan sentiasa membimbing dan mencurahkan ilmu yang bermanfaat kepada anak bangsa.

Kolej Islam As Sofa ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar murabbi, asatizah, cikgu, ustaz, ustazah mahupun teacher. Semoga Allah mengampuni dan merahmati kalian di dunia dan di akhirat.

Selamat Hari Guru
JUMAAT BERSAMA SURAH AL-KAHFI

Surah Al-Kahfi merupakan salah satu permata berharga dalam Al-Quran yang menyimpan keberkatan dan keutamaan luar biasa bagi pembacanya. Membacanya pada hari Jumaat khususnya akan memberikan cahaya yang memancar antara dua Jumaat, menerangi perjalanan spiritual dan kehidupan seharian kita.

Keistimewaan surah ini juga terletak pada perlindungannya yang menakjubkan dari fitnah Dajjal. Setiap Muslim yang menghafal sepuluh ayat pertama surah ini akan terpelihara dari ujian berat di akhir zaman.

la menjadi benteng spiritual yang kukuh dalam menghadapi cabaran kehidupan moden yang semakin mencabar. Lebih mengagumkan lagi, surah Al-Kahfi menjadi pembuka pintu rezeki dan keberkatan. Pembacaannya secara istiqamah dipercayai dapat memudahkan urusan, melancarkan rezeki dan menghapuskan kesulitan hidup.

#KolejlslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐…๐€๐Š๐”๐‹๐“๐ˆ ๐”๐’๐‡๐”๐‹๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐“๐”๐ƒ๐ˆ ๐€๐†๐€๐Œ๐€, ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐€๐’ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐”๐‹๐“๐‡๐€๐ ๐“๐‡๐€๐‡๐€ ๐’๐€๐ˆ๐…๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐ ๐‰๐€๐Œ๐๐ˆ ๐Š๐„ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐€๐’ ๐’๐Ž๐…๐€

Ampang, 15 Mei 2025 - Kolej Islam As Sofa (KIS) telah menerima kunjungan hormat daripada Fakulti Ushuluddin dan Studi Agama (FUSA), Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi (UIN STS Jambi) bagi membincangkan maklumat program serta meneroka peluang kerjasama akademik antara kedua-dua institusi.

Delegasi FUSA terdiri daripada Dr. Zikwan selaku Dekan, Prof. Dr. D.I Ansusa Putra selaku Timbalan Dekan I dan Dr. Edy Kusnadi selaku Timbalan Dekan II.

Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Ustazah Aisyah Jamilah binti Mohshin selaku Pengarah Akademik KIS, Amirulhakim bin Ahmad Nadzri, selaku Ketua Jabatan Syariah KIs dan Nik Fakhrul Hafiz bin Irfan Affandi selaku pensyarah di Jabatan Syariah KIS.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiASWJ