Pusat Pengurusan Akademik UnIPSAS
2.4K subscribers
118 photos
5 videos
112 files
55 links
Khusus untuk para pelajar UnIPSAS

Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada:
mfirdaus@unipsas.edu.my


Our Tagline "Responsif, Redha"
Download Telegram
Pusat Pengurusan Akademik UnIPSAS
Memo Pemakluman Program Mahrajan Al Quran MQSS.pdf
PERLAKSANAAN PDP ATAS TALIAN BERSEMPENA PROGRAM MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 DI UNIPSAS

Assalamualaikum WRT WBT

Saudara/Saudari,
Semoga semuanya berada di dalam limpahan rahmat Allah SWT dan merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UnIPSAS telah dipilih oleh KPM sebagai Tuan Rumah bagi mengadakan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah peringkat Kebangsaan 2023, pada 28 September 2023 - 02 Oktober 2023.

3. Sehubungan dengan itu, Saudara dan Saudari khususnya pelajar asasi, diploma dan sarjana muda diminta untuk pulang ke lokaliti masing-masing dan mengosongkan asrama bermula 22 September 2023 (Jumaat) dan akan kembali ke kampus pada 07 Oktober 2023 (Sabtu). Oleh itu, sepanjang berada di lokaliti masing-masing kaedah pdp akan dilaksanakan secara atas talian.

4. Manakala bagi tindakan pengosongan asrama mohon bantuan Saudara dan Saudari merujuk Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk maklumat lanjut serta mohon Saudara dan Saudari merujuk memo pemakluman khas daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa berkenaan MQSS ini. TNC HEPA dan TNC HEA dijangkakan akan mengadakan sesi bersama semua pelajar pada minggu hadapan ketetapan tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.

Semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sekian dimaklumkan. Wassalam.

Jazakumullahu Khairal Jaza'
Jabatan Pengurusan Akademik.
Pusat Pengurusan Akademik UnIPSAS pinned «PERLAKSANAAN PDP ATAS TALIAN BERSEMPENA PROGRAM MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 DI UNIPSAS Assalamualaikum WRT WBT Saudara/Saudari, Semoga semuanya berada di dalam limpahan rahmat Allah SWT dan merujuk perkara di atas. …»
Menjaga Hak Sesama Muslim

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

Bahawa Abdullah bin Umar RA mengkhabarkannya Rasulullah SAW  bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan membiarkan muslim lain dianiaya. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (HR Bukhari No: 2262) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2.  Sebagai orang Islam, perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:

a.  Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain

b.  Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi

3.  Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenankan hajatnya.

4.  Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudahkan kehidupannya di hari kiamat.

5.  Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan Muslim yang lain semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

6.  Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan 2 keadaan:

a.  Allah SWT akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar.

b.  Allah SWT tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aibnya tersebut.”

Setiap kita perlu berhati-hati terutama dalam penggunaan media sosial. Mudahnya  membuka aib,  membuat fitnah dengan menzalimi terhadap individu  tertentu. Sama-samalah kita memelihara hak saudara Islam kita yang lain.

Selamat Meraikan Sambutan Hari Malaysia 2023.

15hb September 2023
29hb Safar 1445H
Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Rasul

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya." (HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Kesempuraan iman itu menuntut kecintaan yang sempurna kepada Rasulullah SAW.

2.  Kesempurnaan iman seseorang mesti meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada ibu bapa, anaknya juga manusia seluruhnya.
 
3.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga mesti melebihi kecintaan kepada diri sendiri atau hawa nafsunya. Rasulullah SAW menjelaskan kepada Saidina Umar kecintaan yang sebenar seperti di riwayatkan Abdullah bin Hisyam RA, ia berkata:

كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِدٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ  لأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلاَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ  حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ. فَقَالَ لَهُ عَمَرُ: فَإِنَّهُ اْلآنَ وَاللهِ  لأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اْلآنَ يَا عُمَرُ.

“Kami mengiringi Nabi SAW, dan baginda memegang tangan ‘Umar bin al-Khatab RA. Kemudian ‘Umar berkata kepada Nabi SAW: ‘Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selain diriku.’ Maka Nabi SAW menjawab: ‘Tidak, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, hingga aku sangat engkau cintai melebihi dirimu.’ Lalu ‘Umar berkata kepada baginda: ‘Sesungguhnya sekarang, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku.’ Maka Nabi SAW bersabda: ‘Sekarang (engkau benar), wahai ‘Umar.’ (HR. Bukhari No: 6632) Status: Hadis Sahih

4.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti didahului dengn kecintaan kepada Allah. Mencintai Rasulullah adalah cinta kerana Allah.

5.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti diperlihatkan dengan lisan, tulisan dan perbuatan. Bukti cinta kita perlu diperlihatkan dengan mencontohi sunnah Nabi SAW dalam ibadat dan amalan seharian.

Selamat menyambut kedatangan bulan Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita cintai.

19hb Sept  2023
03hb Rabiul Awal 1445H
NOTIS_PEMAKLUMAN_Penilaian_Pengajaran_&_Cetakan_Slip_Exam.pdf
326.3 KB
NOTIS PEMAKLUMAN - Penilaian Pengajaran & Cetakan Slip Exam.pdf
PEMAKLUMAN PEJABAT BENDAHARI UnIPSAS (SEGERA)

Assalamualaikum wrt wbt,

Dimaklumkan bahawa pihak kami TIDAK LAGI MENERIMA apa-apa bayaran secara tunai BERKUATKUASA SERTA-MERTA. Bayaran yuran pengajian dan bayaran pelbagai (sewaan kemudahan/ fasiliti dan sebagainya) hanya boleh dibuat secara online melalui Portal eCampus atau melalui Mesin POS (kad debit/kredit) dikaunter Pejabat Bendahari. Dipohon semua AKU untuk menyebarluaskan pemakluman ini kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

Sekian, terima kasih.
Pejabat Bendahari UnIPSAS
26 Oktober 2023
HEBAHAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI I 2023/2024
DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA (SEPENUH MASA)
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Assalamualaikum wrt wbt.,

Semua Siswa/Siswi UniPSAS,

Sukacita dilampirkan Jadual Peperiksaan Akhir Sesi I, 2023/2024 mengikut individu bagi Program Diploma & Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) Secara Bersemuka Sepenuhnya untuk rujukan semua siswa/siswi.

Untuk makluman Jadual Peperiksaan juga telah dimuatnaik dalam Ekampus pada petang ini. Sebarang isu berkaitan jadual peperiksaan boleh dimajukan ke Jabatan Pengurusan Akademik melalui emel JPA@unipsas.edu.my atau melalui aplikasi whatsapp Puan Siti Noor binti Bakar (Tel : 018-7854575).

Sekian, terima kasih. Wassalam.


Unit Peperiksaan & Graduasi
Jabatan Pengurusan Akademik
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI I 2023/2024
DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA (SEPENUH MASA/ARUS PERDANA)
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Assalamualaikum wrt wbt.,

Semua Siswa/Siswi UniPSAS,

Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa/Arus Perdana) untuk membuat semakan semula terhadap Jadual peperiksaan dalam ekampus masing-masing. Ini adalah kerana terdapat sedikit pembetulan terhadap beberapa aduan yang telah diterima daripada pelajar selepas hebahan jadual peperiksaan yang dikeluarkan tempoh hari.

Bersama ini juga dilampirkan pemakluman ringkas PERINGATAN PEPERIKSAAN untuk panduan dan rujukan pelajar bagi persediaan peperiksaan kali ini.

‘SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN’
SEMOGA DIPERMUDAH DALAM SEGALA URUSAN & BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG!

Sekian, terima kasih. Wassalam.


Unit Peperiksaan & Graduasi
Jabatan Pengurusan Akademik
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Photo from Kak Long
Jadual_Peperiksaan_Dip_Deg_Perdana_S1_20232024_4_2_Senarai_Pengawas.pdf
233.7 KB
Assalamualaikum WRT WBT

Saudara/Saudari.,
Semoga berada di dalam limpahan rahmat Allah SWT dan merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan berdasarkan aduan dan permohonan pertukaran kerana pertindahan kursus daripada para pelajar. JPA telah membuat beberapa pindaan..

Oleh itu, mohon kerjasama dan tindakan semua untuk menggunapakai jadual versi yang terkini iaitu Versi 4.2.

Mohon maaf atas kesulitan dan kekalutan yang timbul.

Terima kasih atas perhatiannya.
Jazakumullahu Khairal Jaza'
Sekian, dimaklumkan. Wassalam.