Pusat Pengurusan Akademik UnIPSAS
2.41K subscribers
117 photos
5 videos
111 files
55 links
Khusus untuk para pelajar UnIPSAS

Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada:
mfirdaus@unipsas.edu.my


Our Tagline "Responsif, Redha"
Download Telegram
Assalamualaikum

Kami pelajar Jabatan Teknologi Makanan Pengurusan Halal sedang menjalankan kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji Persepsi pelajar muslim terhadap logo Halal antarabangsa pada produk makanan di Kuipsas, Kuantan.

*Melalui Pautan berikut:*

https://forms.gle/X8fswcVgbQ7zi99Z6

*Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan*
*PERKARA 4: BUKU PANDUAN DAN PERATURAN ISTIADAT PEMASYHURAN CANSELOR, PRO-CANSELOR DAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-19*

Assalamualaikum w.r.t w.b.t,
Dimaklumkan bahawa Buku Panduan dan Peraturan Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Istiadat Konvokesyen Ke-19 UnIPSAS kini boleh dimuat naik dalam laman sesawang UnIPSAS. Graduan dikehendaki memahami panduan dan peraturan yang ditetapkan dengan jelas.

Bagi urusan temujanji Ujian Pengesanan COVID-19 RTK-Antigen (bukan Saliva), senarai cadangan klinik telah dilampirkan dalam buku ini. Graduan boleh mula membuat temujanji dengan klinik-klinik sekitar Kuantan/Pekan tersebut hanya pada *18 Disember 2021(Sabtu)* atau *19 Disember 2021(Ahad)* . Selain daripada tarikh tersebut, keputusan ujian tidak akan diterima.

Graduan juga dibenarkan melakukan Ujian Pengesanan COVID-19 RTK-Antigen (bukan Saliva) di klinik yang tiada dalam senarai tersebut, akan tetapi perlu memastikan klinik yang dikunjungi berada dalam daerah Kuantan/Pekan sahaja. Graduan juga disarankan agar terus kekal berada di daerah Kuantan/Pekan sahaja setelah ujian dilakukan.

Dimaklumkan juga, satu taklimat berkaitan Panduan dan Peraturan Istiadat akan diadakan pada hari *Isnin (13 Disember 2021), jam 9.00 malam* secara maya. _Link_ taklimat akan dimaklumkan oleh bahagian HEPA nanti.

Diharapkan agar graduan terus cakna dengan sebarang makluman berkaitan Istiadat dari semasa ke semasa.

Graduan boleh mendapatkan makluman terkini berkaitan Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Istiadat Konvokesyen Ke-19 UnIPSAS di https://www.kuipsas.edu.my/info-konvokesyen-19/.

Sebarang pertanyaan boleh berurusan dengan Jawatankuasa Jemputan Graduan seperti yang dilampirkan dalam buku panduan tersebut.

-JAWATANKUASA JEMPUTAN GRADUAN-
*PERKARA 5: TAKLIMAT BERSAMA GRADUAN ISTIADAT PEMASYHURAN CANSELOR, PRO-CANSELOR DAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE-19*

Assalamualaikum w.r.t. w.b.t,
Dimaklumkan bahawa taklimat berkaitan Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro Canselor dan Istiadat Konvokesyen ke-19 kepada graduan akan diadakan pada ketetapan berikut:

*Tarikh/Hari: 14 Disember 2021 (Selasa)*
*Masa: 9.00 Malam*
*Link:*
https://zoom.us/j/98721082404?pwd=WWpkVHlvT0VUTUIzNnR0T3dGNjNtZz09

Dijemput *SEMUA GRADUAN* untuk menyertai taklimat ini bagi memastikan Istiadat berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa Pengurusan Tertinggi telah memutuskan untuk memberi cuti bencana pada minggu ke 7 ini kepada *pensyarah dan pelajar Asasi yang sedang menjalani pengajian semester 2 sesi 2021/2022*.

Ini memandangkan terdapat pensyarah dan pelajar Asasi yang ditimpa musibah banjir .

Dimaklumkan juga bahawa cuti semester bagi pelajar Asasi akan dikurangkan dari 3 minggu ke 2 minggu akibat dari cuti ini.

Memo rasmi akan dikeluarkan selepas ini.

Jazakumullahu khairal jaza'

Muhammad Hafiz Yaakub
28122021_Memo_Pemakluman_Rasmi_Result_dan_Aktif_Semester_Pengajian.pdf
392.2 KB
Emailing 28122021 Memo Pemakluman Rasmi-Result dan Aktif Semester Pengajian.pdf
Photo from Kak Long
Assalamualaikum Wrt. Wbt.,

*Jadual Kuliah Sem 2 Sesi 2021/2022*

Semua pelajar yang dikasihi,

Bersama ini dilampirkan jadual kuliah bagi sem 2 2021/2022 untuk perhatian dan makluman. Jika terdapat sebarang kesilapan atau aduan boleh berhubung dengan pensyarah masing-masing seterusnya dimajukan kepada Bahagian HEA untuk tindakan pembetulan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian HEA
UNIPSAS
Photo from Kak Long
Channel name was changed to «Jabatan Pengurusan Akademik UniPSAS»
Assalamualaikum WRT WBT

Semoga semuanya berada di dalam rahmat Allah jua dan merujuk kepada perkara dibawah.

Makluman kepada semua penuntut UniPSAS, Jabatan Hal Ehwal Akademik Unipsas telah menetapkan bahawa sebarang pertemuan dengan para pensyarah dan juga bersama-sama staf JPA proses tempahan slot masa perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko keberjangkitan COVID-19 di dalam kampus UniPSAS;-

Syarat-syarat tempahan slot;
1) Lengkap dua (2) dos vaksin.

2) Permintaan janji temu perlu dibuat sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh cadangan pertemuan.

3) UniPSAS akan menyaring permintaan janji temu mengikut keperluan. Hanya seorang (1) orang pelawat sahaja dibenarkan hadir bagi setiap janji temu. Setiap pertemuan dihadkan maksimum selama 30 minit tertakluk kepada perkara yang perlu dibincangkan. Pelawat perlu tiba 10 minit lebih awal sebelum slot temujanji.

4) Pengesahan/ perubahan / pembatalan janji temu akan dimaklumkan melalui e-mel.

Tarikh mula berkuatkuasa;- 14 Februari 2022/ 12 Rejab 1443

Capaian tempahan perkhidmatan;- https://www.picktime.com/jpaunipsas

"PERTEMUAN TANPA TEMUJANJI ADALAH TIDAK DIBENARKAN"

Terima kasih atas keperihatinan semua,
Jazakumullahu Khairal Jaza'
Sekian, dimaklumkan. Wassalam
10012022 SOP Perkhidmatan HEA UniPSAS.pdf
535.8 KB
Garis Panduan Tempahan Perkhidmatan JPA UniPSAS
*PEMAKLUMAN PENUTUPAN PERPUSTAKAAN*

Assalammualaikum wbt.

Adalah dimaklumkan perpustakaan UnIPSAS akan ditutup dari 1.3.2022 (Selasa) hingga 4.3.2022 (Jumaat) disebabkan berlakunya jangkitan covid-19 pada kakitangan kami.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima Kasih.

*Ketua Pustakawan*