Pusat Pengurusan Akademik UNIQSAAS
3.16K subscribers
127 photos
5 videos
136 files
78 links
Khusus untuk para pelajar UNIQSAAS


Our Tagline "Responsif, Redha"
Download Telegram
JADUAL KULIAH PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA DAN PENGAJIAN SARJANA MUDA SEMESTER 2 SESI PENGAJIAN 2025/2026 VERSI KEMASKINI

Assalamualaikum wrt. Wbt.

Semakan jadual kuliah versi kemaskini boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/
- klik batch timetable
- buat carian batch
- TIDAK PERLU LOG IN
- SEMESTER : A225

Sekian, terima kasih.
PEMAKLUMAN SESI PENGKULIAHAN SEMESTER 1.pdf
112.6 KB
KEPADA : SEMUA PELAJAR SEMESTER 1
Assalamualaikum wrt wbt.
Memo pemakluman sesi pengkuliahan bagi semua pelajar semester 1 program pengajian asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.
SEMAKAN DRAF JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM PENGAJIAN ASASI SAINS KEMANUSIAAN SEMESTER 2 2025/2026 & PROGRAM PENGAJIAN PASCASISWAZAH SEMESTER 3 2025/2026

Assalamualaikum wrt wbt

Semakan jadual peperiksaan akhir boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/local/sis/public/exam/student.php
- Masukkan no kad pengenalan anda pada Student ID
- Klik 'Search'
Sekiranya terdapat isu pada draf yang dikeluarkan, sila isi 'form' pada link dibawah ;
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfCbnB0htW-dxLFYYgFq31cMyPiHeCjIPxDIgZrjwZkjJcWaQ/viewform?usp=header

Tarikh akhir semakan adalah pada hari Ahad(04.01.2026, 11.59pm)

Sekian, terima kasih.
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM PENGAJIAN ASASI SAINS KEMANUSIAAN SEMESTER 2 2025/2026 & PROGRAM PENGAJIAN PASCASISWAZAH SEMESTER 3 2025/2026

Assalamualaikum wrt wbt

Semakan jadual peperiksaan akhir boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/local/sis/public/exam/student.php
- Masukkan no kad pengenalan anda pada Student ID
- Klik 'Search'

Bagi pelajar Program Pengajian Asasi Sains Kemanusiaan boleh hadir ke Kaunter Pusat Pengurusan Akademik untuk mengambil Slip Peperiksaan bermula pada 5 Januari 2026 (Isnin).

Sekian, terima kasih.
NOTIS HEPA
26 JANUARI 2026
RUJUKAN: N0005/26

PENDAFTARAN KEHADIRAN KE ASRAMA UnIPSAS
SESI 2 AKADEMIK 2025/2026


Semua Pelajar Asrama
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) telah menetapkan tarikh pendaftaran kehadiran ke asrama UnIPSAS bagi Sesi 2 Akademik 2025/2026 yang akan dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar, seperti ketetapan berikut:

SEMESTER 1 – 2
(Semua Program Pengajian)

📅 Tarikh : 7 Februari 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat : Blok Asrama Masing-masing

SEMESTER 3 DAN KE ATAS
(Semua Program Pengajian)

📅 Tarikh : 8 Februari 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat : Blok Asrama Masing-masing

⚠️ PERHATIAN PENTING

1. Semua pelajar WAJIB telah mengaktifkan semester terkini sebelum hadir untuk pendaftaran.

2. Pelajar hendaklah membawa bukti pengaktifan semester semasa pendaftaran dijalankan.

3. Senarai ketetapan bilik dan ahli bilik akan dikeluarkan sehari sebelum tarikh kemasukan ke asrama.

4. Tiada sebarang proses pertukaran bilik dibenarkan pada tarikh kemasukan ke asrama. Pelajar yang didapati tinggal di bilik yang bukan ditetapkan akan dikenakan kompaun.

5. Semua pelajar WAJIB masuk dan menduduki bilik yang telah ditetapkan oleh pihak HEPA.

6. Hanya pelajar sahaja dibenarkan berurusan di blok asrama bagi tujuan pengambilan kunci dan pendaftaran.

7. Ibu bapa atau penjaga TIDAK DIBENARKAN masuk ke bilik asrama.

8. Tiada kemasukan awal ke asrama dibenarkan sebelum 7 atau 8 Februari 2026 kerana asrama sedang dalam proses penyelenggaraan.

9. Pelajar dinasihatkan dan dimohon untuk tidak membawa sebarang peralatan atau barangan yang dilarang mengikut Peraturan Asrama UnIPSAS. Sebarang barangan yang tidak mematuhi peraturan boleh dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan asrama.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Encik Shahril
📞 017-998 7986

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (HEPA)
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
(UnIPSAS)
HEBAHAN SEGERA ASASI SEM 3 2025_2026.pdf
202.9 KB
HEBAHAN PEMAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM PENGAJIAN ASASI SEMESTER III SESI 2025/2026

Assalamualaikum wrt. Wbt.,

Berikut disertakan Memo Hebahan Segera berkenaan Pendaftaran bagi Semester III Sesi 2025/2026 yang telah ditetapkan pada 07 Februari 2026 (Sabtu).
Semoga makluman ini dalam perhatian dan tindakan semua pelajar.

Sekian, terima kasih.
JADUAL KULIAH PROGRAM PENGAJIAN ASASI SEMESTER 3 SESI PENGAJIAN 2025/2026

Assalamualaikum wrt. Wbt.

Semakan jadual kuliah boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/
- klik batch timetable
- buat carian batch
- TIDAK PERLU LOG IN
- SEMESTER : A325

Sekian, terima kasih.
16022026_Pemakluman_Khas_BAA_Perihal_Cuti_Hari_Raya_Aidilfitri_1447H.pdf
175 KB
PEMAKLUMAN KHAS CUTI RAYA AIDILFITRI 1447H BAHAGIAN AKADEMIK DAN ANTARABANGSA

Assalamualaikum..semoga dalam pemakluman semua pelajar.
Sekian, terima kasih.

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
SEMAKAN DRAF JADUAL PEPERIKSAAN PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA, PROGRAM SARJANA MUDA DAN PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK-SARJANA MUDA) SERTA PENGAJIAN DIPLOMA PASCASISWAZAH GUAMAN SYARIE DAN KEHAKIMAN SEMESTER 2 2025/2026

Assalamualaikum wrt wbt

Semakan jadual peperiksaan akhir boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/local/sis/public/exam/student.php
- Masukkan *no kad pengenalan* anda pada Student ID
- Klik 'Search'
Sekiranya terdapat isu pada draf yang dikeluarkan, sila isi 'form' pada link dibawah ;
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfFzGVbiP3vq7pX50RkyEHbjlJbBfxqXJBFhleatmhGuLiB_Q/viewform?usp=publish-editor

Tarikh akhir semakan adalah pada hari Rabu(18.03.2026, 5.00pm)

Sekian, terima kasih.
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA, PROGRAM SARJANA MUDA DAN PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK-SARJANA MUDA) SERTA PENGAJIAN DIPLOMA PASCASISWAZAH GUAMAN SYARIE DAN KEHAKIMAN SEMESTER 2 2025/2026

Assalamualaikum wrt wbt

Semakan jadual peperiksaan akhir boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/local/sis/public/exam/student.php

- Masukkan no kad pengenalan anda pada Student ID
- Klik 'Search'

Sekian, terima kasih.
Mohon semak jadual peperiksaan yang terkini. terima kasih
Assalamualaikum wrt. wbt...

Dilampirkan memo berkaitan untuk rujukan dan tindakan semua pelajar UNIQSAAS. 👆
Kehadiran ke Taklimat Peperiksaan Akhir bagi pelajar yang terlibat dengan peperiksaan akhir adalah diwajibkan dan kehadiran akan direkodkan. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum wrt wbt

Mohon semua pelajar untuk menjawab soal selidik kajian kepuasan pelanggan UNIQSAAS 2026. Terima kasih
*PEMAKLUMAN BORANG DERMASISWA ZAKAT PENGAJIAN (MUIP)*

Adalah dimaklumkan Borang Dermasiswa Zakat Pengajian (MUIP) yang dihantar bagi pengesahan di Pusat Pengurusan Akademik, UNIQSAAS bermula pada tarikh *1 April 2026-8 April 2026* sudah didalam pengesahan dan pelajar boleh mula tuntut bermula pada hari ini.

(jika borang dihantar selepas tarikh tersebut adalah *di dalam proses* pengesahan pegawai berkaitan, semoga dalam makluman semua pelajar)

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
PEMAKLUMAN BORANG DERMASISWA ZAKAT PENGAJIAN (MUIP)

Adalah dimaklumkan Borang Dermasiswa Zakat Pengajian (MUIP) yang dihantar bagi pengesahan di Pusat Pengurusan Akademik, UNIQSAAS bermula pada tarikh 9 April 2026 - 20 April 2026 sudah didalam pengesahan dan pelajar boleh mula tuntut bermula pada hari ini.

(jika borang dihantar selepas tarikh tersebut adalah DI DALAM PROSES pengesahan pegawai berkaitan, semoga dalam makluman semua pelajar)

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
Channel name was changed to «Pusat Pengurusan Akademik UNIQSAAS»