Pusat Pengurusan Akademik UNIQSAAS
3.16K subscribers
127 photos
5 videos
136 files
78 links
Khusus untuk para pelajar UNIQSAAS


Our Tagline "Responsif, Redha"
Download Telegram
#Pembukaan Paparan Keputusan Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi Pengajian 2025/2026 di dalam E-Campus

Assalamualaikum wrt.wbt...

Dimaklumkan bahawa paparan keputusan Peperiksaan Akhir bagi Semester 1 Sesi Pengajian 2025/2026 telah dibuka sehingga 11 Januari 2026 untuk rujukan pelajar. Mengikut peraturan Akademik, hanya pelajar yang mempunyai baki tunggakan yuran di bawah RM500.00 sahaja bagi semester lepas yang layak untuk melihat keputusan peperiksaan. Pelajar yang mempunyai tunggakan yuran melebihi RM500.00 sebarang permohonan untuk mendapatkan slip keputusan boleh diajukan permohonan kepada Akademik pada waktu bekerja dengan menyatakan sebab keperluan.

E-mail: JPA@unipsas.edu.my
No.Tel: 09-5535555 ext:5350

Waktu Urusan:

Isnin hingga Khamis
8.00 pagi - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang - 5.00 petang

Sekian, terima kasih.
*PEMBAYARAN PENDAFTARAN SEMESTER* ,
PELAJAR DI KEHENDAKI MEMASTIKAN EMAIL DI KEMASKINI TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBUAT PEMBAYARAN DI FPX SISTEM EKAMPUS | MENU > KEMASKINI PROFAIL PERIBADI PELAJAR |
Pembayaran pendaftaran pelajar bagi Sem 2 2025/2026 di Sistem Ekampus ,
- MENU > Status Kewangan Pelajar
- PILIH > Mode Pembayaran > Pendaftaran Semester
- PAY NOW > Pilih Online Banking Pelajar
- PASTIKAN transaksi FPX berjaya dan *RETURN TO FPX.*
Pastikan semua pelajar membuat turutan pengaktifan semester seperti di atas 👆untuk memastikan pendaftaran semester anda berjaya.

#pilih PENDAFTARAN SEMESTER ya 👩‍🏫
📌 *MAKLUMAN RASMI PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM EKAMPUS*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan kepada semua pelajar bahawa *Sistem eKampus akan ditutup sementara susulan situasi banjir di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS).*

Penutupan ini adalah sehingga keadaan kembali pulih dan selamat sepenuhnya. Sebarang makluman lanjut berkaitan pembukaan semula sistem akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Sekian, terima kasih.

PTM
UnIPSAS
*MEMO PENGOPERASIAN KEMBALI SISTEM EKAMPUS*

Assalamualaikum wbt.

Makluman kepada pelajar UnIPSAS, bahawa keadaan kampus kini telah kembali pulih sepenuhnya selepas kejadian banjir, dan *Sistem eKampus telah kembali beroperasi seperti biasa*.
Sehubungan itu, pelajar boleh mengaktifkan serta membuat *pendaftaran Semester Sesi 2025/2026 Semester 2* melalui Sistem eKampus dengan pembayaran FPX secara atas talian.
Kerjasama semua pelajar amat dihargai.


Sekian, Terima kasih.

PTM
UnIPSAS
MEMO TARIKH AKHIR URUSAN PENDAFTARAN KURSUS SEM 2 2025 2026.pdf
435.8 KB
MEMO TARIKH AKHIR URUSAN PENDAFTARAN KURSUS SEM 2 2025 2026.pdf
JADUAL KULIAH PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA DAN PENGAJIAN SARJANA MUDA SEMESTER 2 SESI PENGAJIAN 2025/2026 VERSI KEMASKINI

Assalamualaikum wrt. Wbt.

Semakan jadual kuliah versi kemaskini boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/
- klik batch timetable
- buat carian batch
- TIDAK PERLU LOG IN
- SEMESTER : A225

Sekian, terima kasih.
PEMAKLUMAN SESI PENGKULIAHAN SEMESTER 1.pdf
112.6 KB
KEPADA : SEMUA PELAJAR SEMESTER 1
Assalamualaikum wrt wbt.
Memo pemakluman sesi pengkuliahan bagi semua pelajar semester 1 program pengajian asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.
SEMAKAN DRAF JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM PENGAJIAN ASASI SAINS KEMANUSIAAN SEMESTER 2 2025/2026 & PROGRAM PENGAJIAN PASCASISWAZAH SEMESTER 3 2025/2026

Assalamualaikum wrt wbt

Semakan jadual peperiksaan akhir boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/local/sis/public/exam/student.php
- Masukkan no kad pengenalan anda pada Student ID
- Klik 'Search'
Sekiranya terdapat isu pada draf yang dikeluarkan, sila isi 'form' pada link dibawah ;
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfCbnB0htW-dxLFYYgFq31cMyPiHeCjIPxDIgZrjwZkjJcWaQ/viewform?usp=header

Tarikh akhir semakan adalah pada hari Ahad(04.01.2026, 11.59pm)

Sekian, terima kasih.
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM PENGAJIAN ASASI SAINS KEMANUSIAAN SEMESTER 2 2025/2026 & PROGRAM PENGAJIAN PASCASISWAZAH SEMESTER 3 2025/2026

Assalamualaikum wrt wbt

Semakan jadual peperiksaan akhir boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/local/sis/public/exam/student.php
- Masukkan no kad pengenalan anda pada Student ID
- Klik 'Search'

Bagi pelajar Program Pengajian Asasi Sains Kemanusiaan boleh hadir ke Kaunter Pusat Pengurusan Akademik untuk mengambil Slip Peperiksaan bermula pada 5 Januari 2026 (Isnin).

Sekian, terima kasih.
NOTIS HEPA
26 JANUARI 2026
RUJUKAN: N0005/26

PENDAFTARAN KEHADIRAN KE ASRAMA UnIPSAS
SESI 2 AKADEMIK 2025/2026


Semua Pelajar Asrama
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) telah menetapkan tarikh pendaftaran kehadiran ke asrama UnIPSAS bagi Sesi 2 Akademik 2025/2026 yang akan dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar, seperti ketetapan berikut:

SEMESTER 1 – 2
(Semua Program Pengajian)

📅 Tarikh : 7 Februari 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat : Blok Asrama Masing-masing

SEMESTER 3 DAN KE ATAS
(Semua Program Pengajian)

📅 Tarikh : 8 Februari 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat : Blok Asrama Masing-masing

⚠️ PERHATIAN PENTING

1. Semua pelajar WAJIB telah mengaktifkan semester terkini sebelum hadir untuk pendaftaran.

2. Pelajar hendaklah membawa bukti pengaktifan semester semasa pendaftaran dijalankan.

3. Senarai ketetapan bilik dan ahli bilik akan dikeluarkan sehari sebelum tarikh kemasukan ke asrama.

4. Tiada sebarang proses pertukaran bilik dibenarkan pada tarikh kemasukan ke asrama. Pelajar yang didapati tinggal di bilik yang bukan ditetapkan akan dikenakan kompaun.

5. Semua pelajar WAJIB masuk dan menduduki bilik yang telah ditetapkan oleh pihak HEPA.

6. Hanya pelajar sahaja dibenarkan berurusan di blok asrama bagi tujuan pengambilan kunci dan pendaftaran.

7. Ibu bapa atau penjaga TIDAK DIBENARKAN masuk ke bilik asrama.

8. Tiada kemasukan awal ke asrama dibenarkan sebelum 7 atau 8 Februari 2026 kerana asrama sedang dalam proses penyelenggaraan.

9. Pelajar dinasihatkan dan dimohon untuk tidak membawa sebarang peralatan atau barangan yang dilarang mengikut Peraturan Asrama UnIPSAS. Sebarang barangan yang tidak mematuhi peraturan boleh dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan asrama.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Encik Shahril
📞 017-998 7986

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (HEPA)
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
(UnIPSAS)
HEBAHAN SEGERA ASASI SEM 3 2025_2026.pdf
202.9 KB
HEBAHAN PEMAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM PENGAJIAN ASASI SEMESTER III SESI 2025/2026

Assalamualaikum wrt. Wbt.,

Berikut disertakan Memo Hebahan Segera berkenaan Pendaftaran bagi Semester III Sesi 2025/2026 yang telah ditetapkan pada 07 Februari 2026 (Sabtu).
Semoga makluman ini dalam perhatian dan tindakan semua pelajar.

Sekian, terima kasih.
JADUAL KULIAH PROGRAM PENGAJIAN ASASI SEMESTER 3 SESI PENGAJIAN 2025/2026

Assalamualaikum wrt. Wbt.

Semakan jadual kuliah boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/
- klik batch timetable
- buat carian batch
- TIDAK PERLU LOG IN
- SEMESTER : A325

Sekian, terima kasih.
16022026_Pemakluman_Khas_BAA_Perihal_Cuti_Hari_Raya_Aidilfitri_1447H.pdf
175 KB
PEMAKLUMAN KHAS CUTI RAYA AIDILFITRI 1447H BAHAGIAN AKADEMIK DAN ANTARABANGSA

Assalamualaikum..semoga dalam pemakluman semua pelajar.
Sekian, terima kasih.

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
SEMAKAN DRAF JADUAL PEPERIKSAAN PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA, PROGRAM SARJANA MUDA DAN PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK-SARJANA MUDA) SERTA PENGAJIAN DIPLOMA PASCASISWAZAH GUAMAN SYARIE DAN KEHAKIMAN SEMESTER 2 2025/2026

Assalamualaikum wrt wbt

Semakan jadual peperiksaan akhir boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/local/sis/public/exam/student.php
- Masukkan *no kad pengenalan* anda pada Student ID
- Klik 'Search'
Sekiranya terdapat isu pada draf yang dikeluarkan, sila isi 'form' pada link dibawah ;
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfFzGVbiP3vq7pX50RkyEHbjlJbBfxqXJBFhleatmhGuLiB_Q/viewform?usp=publish-editor

Tarikh akhir semakan adalah pada hari Rabu(18.03.2026, 5.00pm)

Sekian, terima kasih.
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA, PROGRAM SARJANA MUDA DAN PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK-SARJANA MUDA) SERTA PENGAJIAN DIPLOMA PASCASISWAZAH GUAMAN SYARIE DAN KEHAKIMAN SEMESTER 2 2025/2026

Assalamualaikum wrt wbt

Semakan jadual peperiksaan akhir boleh dilakukan pada link yang disediakan :
https://unipsas.tpluscampus.com/local/sis/public/exam/student.php

- Masukkan no kad pengenalan anda pada Student ID
- Klik 'Search'

Sekian, terima kasih.
Mohon semak jadual peperiksaan yang terkini. terima kasih