Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
3.27K subscribers
5.33K photos
219 videos
279 files
1.58K links
Telegram Channel JAWI adalah medium bagi menyalurkan info berkaitan jabatan dari semasa ke semasa.
Download Telegram
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M pada 2 Ogos 2022 (Selasa) bersamaan 4 Muharam 1444H bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Majlis akan disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

"Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran"
Pelan yang dibangunkan oleh JAWI bersama pasukan penyelidik daripada Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai Mac 2021 tersebut menjadi rujukan penting terutama dalam mendepani era endemik bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dapat diteruskan oleh JAWI bagi menjamin kemaslahatan ummah khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Ya Allah, dengan rahmat dan kasih-sayangmu, jauhkanlah kami dari segala keburukan. Kasihilah kami dan angkatlah musibah dari muka bumi ini, sembuhkanlah semua saudara kami yang sedang sakit walau di mana saja mereka berada, hanya Engkaulah Ya Allah tempat kami menggantungkan sepenuh pengharapan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
Jemput Tonton, Esok Jam 8.10 Pagi di TV 1
Doa ini adalah doa yang sering dibaca oleh Nabi Daud A.S agar dicintai Allah dan mengutamakan cinta Allah lebih daripada mengutamakan diri sendiri, keluarga dan air dingin yang dapat menghilangkan dahaga musafir dalam perjalanan terik di tengah padang pasir.

Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba yang mencintai Allah melebihi segalanya termasuk kesenangan hidup di dunia. Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
4 MUSUH UTAMA MANUSIA

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mempunyai musuh. Namun, kali ini kita akan menceritakan bahawa manusia juga mempunyai musuh yang paling utama. Jadi siapakah mereka?

Musuh utama manusia ada 4 iaitu :

1) Syaitan

Syaitan akan mengganggu urusan manusia yang ingin menuju ke jalan Allah SWT. Syaitan akan membuatkan manusia itu merasa sesuatu benda yang haram itu adalah benar dan menghiburkan.

2) Nafsu

Nafsu secara fitrahnya akan membayangi kejahatan melainkan mereka yang mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya nafsu itu akan mendorong kepada kejahatan melainkan nafsu yang diberi rahmat oleh Allah SWT." (Surah Yusuf, ayat 53)

3. Manusia

Berhati-hatilah dengan manusia kerana tidak semua manusia mempunyai niat yang baik terhadap kita, bahayanya manusia ini berasal daripada mata jahat yang melihat kebahagiaan orang lain dengan perasaan iri dan dengki.

4) Dunia

Dunia pada hakikatnya tidak kekal dan banyak penipuan yang berlaku menyebabkan seorang hamba lupa kepada Allah.

Dengan itu, tugas kita sebagai makhluk yang berakal seharusnya lebih berhati-hati dalam menghadapi musuh-musuh ini. Dan langkah paling awal untuk menguatkan diri kita adalah dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Maka, dekatkanlah diri kita kepada Allah agar Allah sentiasa melindungi diri kita dari musuh-musuh ini.

Semoga bermanfaat.

#JAWI
#SentiadaDicontohi
https://www.sinarharian.com.my/article/213499/BERITA/Nasional/Agong-berkenan-rasmi-Pusat-Hemodialisis-YASA-Taman-Melati

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MAIWP, Jawi, agensi-agensi kerajaan yang terlibat, syarikat-syarikat swasta, para dermawan dan pihak jawatankuasa masjid atas sumbangan dan usaha dalam menjayakan penubuhan Pusat Hemodialisis YASA Taman Melati.