Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
25 April 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024, Jasamu Dikenang pada jumaat bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam.

Majlis gilang gemilang ini dimeriahkan dengan kehadiran YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor diiringi Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis serta Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Majlis dimulakan dengan sesi fotografi penerima anugerah bersama dif-dif kehormat seterusnya ucapan perasmian oleh YAA Ketua Hakim Syarie Selangor sebelum gimik pelancaran sebagai tanda perasmian majlis.

Ucapan YAA Ketua Hakim Syarie menekankan semangat kerjasama pasukan serta menyifatkan anugerah APC sebagai sebuah langkah membudayakan kecemerlangan menyeluruh.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah dimulai dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024, Anugerah Khas Ketua Hakim Syarie, Anugerah-Anugerah lain, Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan dan akhir sekali Penyampaian Sijil Penghargaan Jasamu Dikenang.

Majlis ditutup dengan pengumuman pemenang King and Queen of the night dan sesi ramah mesra YAA Ketua Hakim Syarie bersama warga Jabatan sebelum majlis bersurai.

Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah serta penghargaan kepada urusetia majlis yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada tahun ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#APC24
29 April 2025, Shah Alam - Ketua Hakim Syarie Selangor, YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain telah mengendalikan satu perbicaraan kes faraid di kediaman waris si mati di Shah Alam, Selangor.

Perbicaraan berkaitan kes faraid ini tidak dapat dijalankan di dalam Mahkamah memandangkan saksi bagi kes tersebut tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah atas faktor kesihatan.

Perbicaraan luar mahkamah ini menunjukkan usaha dan komitmen pihak mahkamah dalam menyelesaikan kes melibatkan pihak-pihak yang menghadapi kesulitan menghadiri kes di mahkamah secara fizikal.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
LAWATAN DELEGASI BANGSAMORO ATTORNEY GENERAL'S OFFICE (BAGO) KE JAKESS MEMPERKUKUH JALINAN KEHAKIMAN SYARIAH SERANTAU

30 April 2025, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan rasmi delegasi Bangsamoro Attorney General’s Office (BAGO), Filipina, sempena program Public Policy & Syariah Law Programme pada Rabu.

Delegasi seramai 18 orang peserta ini diketuai oleh Atty. Bantuas M. Lucman, Bangsamoro Attorney General. Turut serta adalah pegawai kanan dari BAGO, pegawai dari Bangsamoro Planning and Development Authority (BPDA), serta urus setia dari Universiti Malaya.

Delegasi telah disambut oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor bersama para pegawai dan kakitangan JAKESS.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Marina binti Abdul Rahman, yang membentangkan pengenalan terhadap perkhidmatan Jabatan ini kepada rakyat Negeri Selangor khususnya.

Seterusnya sesi soal jawab diadakan yang membangkitkan perbincangan dua hala serta perkongsian ilmu dan pengalaman yang mampu diterjemahkan kepada perkhidmatan pihak Delegasi di Bangsamoro kelak.

Delegasi turut dibawa melihat sendiri perbicaraan kes secara langsung yang sedang berjalan pada hari tersebut.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian delegasi Bangsamoro Attorney General’s Office hadir ke Jabatan ini dan semoga segala usaha diberkati Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama