Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
JAKESS TERIMA KUNJUNGAN YAD PENGERUSI MAIS DALAM PROGRAM TURUN PADANG MAIS

Shah Alam, 22 April – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor berbesar hati menerima kunjungan YAD Senator Dato' Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor dalam program Turun Padang ke Jabatan dan agensi Hal Ehwal Agama Islam Selangor anjuran MAIS.

Lawatan ke Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah semalam disambut oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor, Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar JAKESS, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor serta para pegawai JAKESS.

Turut hadir ialah Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan barisan pengurusan tertinggi MAIS.

Objektif utama lawatan adalah bagi perkongsian isu semasa hal ehwal pentadbiran institusi perundangan dan kehakiman syariah di negeri Selangor serta sesi lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja JAKESS.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pihak YAD Pengerusi MAIS diatas kesudian melawat ke Jabatan ini. Semoga segala usaha kita diberkati Allah SWT dalam memartabatkan syariah Islam khususnya di Negeri Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
Rabu, 23hb. April 2025 bersamaan 24 Syawal 1446H- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan Program Jom Membaca 10 Minit peringkat Jabatan dengan tema "nikmati saat ini". Program ini dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber JAKESS yang mana program ini merupakan program peringkat kebangsaan yang turut dilaksanakan secara serentak pada hari ini.

Program ini telah dijalankan secara fizikal yang disertai oleh kakitangan-kakitangan di Ibu Pejabat dan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah. Program yang disertai seramai 108 orang peserta ini bertujuan memupuk semangat membaca dalam kalangan warga kerja JAKESS dan sekaligus menerapkan nilai-nilai murni hasil dari pembacaan yang dibuat.

Selain itu, bagi memeriahkan lagi program ini, suatu pertandingan video membaca kreatif turut dianjurkan.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama