Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Kepada YAD Senator Dato' Setia Haji Salehuddin bin Saidin atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuatkuasa 1 Mac 2025.

Seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mendoakan agar kepimpinan Dato' mampu memperkasakan agama Islam ke tahap tertinggi dan meneraju hal ehwal Islam di Selangor dengan cemerlang.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
LAWATAN JKSNPPP KE JAKESS BAGI SESI LIBAT URUS HAKAM, SULH, REKOD DAN ICT

25 Februari 2025, Selasa - Jabatan kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) ke Jabatan ini bagi sesi taklimat dan libat urus pengurusan Hakam, Unit Sulh, Seksyen Rekod dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang dilaksanakan di Jabatan ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan balas oleh YAA Tuan Za'im bin Md Yudin Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang

Program diteruskan dengan sesi perkongsian dan libat urus Unit Sulh dipimpin oleh Tuan Fairus bin Jaafar, Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif diikuti sesi libat urus Seksyen Rekod dibawakan oleh Tuan Sofian bin Ibrahim, Ketua Seksyen Rekod serta sesi libat urus ICT bersama Encik Zuhair bin A. Mubin, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JAKESS.

Program sesi pagi diakhiri dengan lawatan ke Pusat Khidmat Setempat dan lawatan ke Bilik Rekod Jabatan. Bagi sesi petang, Tuan Nurulazhar bin Mohd Tohar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam memimpin sesi taklimat Isu-Isu Hakam dan Simulasi Proses Hakam sebelum para peserta bersurai.

Delegasi disertai oleh 40 orang kakitangan JKSNPP yang diketuai oleh YAA Tuan Za'im bin Md Yudin, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang. Turut hadir ialah Tuan Mohd Zulkhairi bin Aziz, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan Tuan Asrul Nizam bin Yahya, Ketua Pendaftar JKSNPP.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian melawat ke Jabatan ini dan mendoakan agar segala usaha yang telah diberikan diberkati Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
MAKLUMAN MRS KUALA SELANGOR MENGALAMI GANGGUAN PERKHIDMATAN TALIAN TELEFON

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ingin memaklumkan terdapat masalah capaian talian telefon di lokasi Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. Piahak Jabatan sedang dalam usaha mempercepatkan proses pembaikian dan memohon maaf atas sebarang kesulitan.

Sebagai alternatif pihak tuan/puan boleh menghubungi lokasi berikut melalui emel seperti yang tertera di dalam poster hebahan.

Harap maklum.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
JAKESS TERIMA PENGIKTIRAFAN DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2024

25 Febuari 2024, Damansara - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima Pengiktirafan DIAMOND selaku Rakan Kongsi Rendah Karbon dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024.

Pengiktirafan dianugerahkan keatas Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang telah berjaya mengurangkan pelepasan Gas Rumah Kaca sejak tahun 2017.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Hadir bagi menerima anugerah iaitu Ts. Muhammad Ariff bin Mustapha, Ketua Bahagian Pembangunan JAKESS.

Sebagai rekod Jabatan ini telah menerima anugerah 3 Diamond pada tahun 2024 mengekalkan pengiktirafan yang sama seperti tahun 2023.

Jabatan ini berbesar hati menerima pengiktirafan ini sebagai salah satu usaha jabatan dalam penjagaan alam sekitar khususnya di negeri Selangor. Jabatan juga mengucapkan tahniah kepada warga JAKESS yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam kejayaan JAKESS menerima pengiktirafan ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
WAKTU OPERASI KAUNTER MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR SEPANJANG BULAN RAMADAN TAHUN 2025

Berikut merupakan waktu operasi kaunter terkini di seluruh mahkamah syariah di Negeri Selangor untuk makluman semua pihak.

Harap maklum

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1446H | 2025M ☪️🕌

Bulan Ramadan adalah waktu untuk kita memperbaiki diri dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Semoga setiap amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan diterima dan diberkati.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446H. Ikhlas Daripada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA PINTU UTAMA MRS HULU LANGAT

Berikutan pembaikian saliran air longkang di pintu masuk pejabat Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat , laluan pintu masuk DITUTUP sementara mulai:

11/03/2025 hingga 13/03/2025 (KHAMIS).

Hanya motosikal dan klien OKU dibenarkan untuk masuk.Orang awam boleh parkir kenderaan di tempat letak kenderaan Masjid Al-Hasanah. Sekian, harap maklum dan terima kasih.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama