Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARUL QURAN KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

23 Januari 2025 - 55 pelajar Darul Quran JAKIM mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dengan membawa objektif menimba ilmu berkaitan Hakam, Jawatankuasa Pendamai dan Majlis Sulh.

Para pelajar juga turut diberikan peluang melihat sendiri prosiding dewan bicara yang berlangsung di Jabatan ini semalam.

Program dimulakan dengan taklimat Majlis Sulh dan Hakam yang dibawakan oleh Tuan Fairus bin Jaafar, Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR) diikuti sesi soal jawab bersama-sama Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamaruddin, Ketua Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi.

Para pelajar seterusnya dibawa ke dewan bicara bagi menyaksikan bagaimana sesebuah prosiding itu berlangsung.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Sekitar sesi Penilaian Audit Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2024 oleh Pihak SUK Selangor di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang berlangsung pada 9.00 pagi hingga 12 tengah hari hari ini.

Semoga segala usaha dan kerjasama warga JAKESS mendapat keberkatan Allah SWT dan membuahkan hasil.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Kepada YAD Senator Dato' Setia Haji Salehuddin bin Saidin atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuatkuasa 1 Mac 2025.

Seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mendoakan agar kepimpinan Dato' mampu memperkasakan agama Islam ke tahap tertinggi dan meneraju hal ehwal Islam di Selangor dengan cemerlang.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
LAWATAN JKSNPPP KE JAKESS BAGI SESI LIBAT URUS HAKAM, SULH, REKOD DAN ICT

25 Februari 2025, Selasa - Jabatan kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) ke Jabatan ini bagi sesi taklimat dan libat urus pengurusan Hakam, Unit Sulh, Seksyen Rekod dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang dilaksanakan di Jabatan ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan balas oleh YAA Tuan Za'im bin Md Yudin Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang

Program diteruskan dengan sesi perkongsian dan libat urus Unit Sulh dipimpin oleh Tuan Fairus bin Jaafar, Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif diikuti sesi libat urus Seksyen Rekod dibawakan oleh Tuan Sofian bin Ibrahim, Ketua Seksyen Rekod serta sesi libat urus ICT bersama Encik Zuhair bin A. Mubin, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JAKESS.

Program sesi pagi diakhiri dengan lawatan ke Pusat Khidmat Setempat dan lawatan ke Bilik Rekod Jabatan. Bagi sesi petang, Tuan Nurulazhar bin Mohd Tohar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam memimpin sesi taklimat Isu-Isu Hakam dan Simulasi Proses Hakam sebelum para peserta bersurai.

Delegasi disertai oleh 40 orang kakitangan JKSNPP yang diketuai oleh YAA Tuan Za'im bin Md Yudin, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang. Turut hadir ialah Tuan Mohd Zulkhairi bin Aziz, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan Tuan Asrul Nizam bin Yahya, Ketua Pendaftar JKSNPP.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian melawat ke Jabatan ini dan mendoakan agar segala usaha yang telah diberikan diberkati Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama