Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
JAKESS ANJUR MAKAN MALAM BERSEMPENA PERSIDANGAN PEGAWAI SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-19

22 Ogos 2024, Subang - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menganjurkan Majlis Makan Malam bersempena Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-19 Tahun 2024 bertempat di Grand Dorsett Hotel disini semalam.

Majlis dirasmikan oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melibatkan seramai 451 pegawai syariah seluruh Malaysia.

Turut hadir memberikan ucapan aluan adalah YAA Dato' Hj. Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) serta YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor merangkap pengerusi penganjur dan YB Dato' Salim bin Soim@Hamid, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.

Majlis Makan Malam ini dianjurkan oleh JAKESS selaku tuan rumah dan mendapat kerjasama daripada SUK Selangor, JKSM dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM).

Semoga segala usaha diberkati Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 🇲🇾

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 buat negara kita Malaysia tercinta. Semoga negara kita terus aman, makmur dan bersatu padu. Ucapan Tulus Ikhlas daripada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

“Malaysia Madani Jiwa Merdeka” 🇲🇾

#jakess
#syariahasaskeadilan
#malaysiamadanijiwamerdeka
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti International Conference on Family Law 2024 (ICFL 2024) dengan tema *"Empowerment of Child Maintenance"* melalui siaran langsung di FB rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia!

🗓 Tarikh: 3-5 September 2024
📍 Tempat: Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam, Selangor

Saksikan perbincangan mendalam tentang pengurusan dan pemerkasaan nafkah anak. Ikuti siaran langsung dan sertai perbincangan penting ini secara maya!

🔗 Ikuti kami di FB rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia untuk maklumat lanjut dan siaran langsung!
https://www.facebook.com/share/v/v75CeBVWgVnwCYs7/?mibextid=WC7FNe
SALAM MAULIDUR RASUL 1556H / 2024M

“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”

Ikhlas daripada:
Ketua Hakim Syarie Selangor & Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

#jakess
#syariahasaskeadilan
LAWATAN JKSNJ KE JAKESS BAGI SESI PERKONGSIAN ILMU FAST TRACK DAN E-FILING

Jabatan kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) ke Jabatan ini bagi sesi perkongsian berkenaan pelaksanaan kes Fast Track dan pelaksanaan E-Filing di Jabatan ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan balas oleh YA Tuan Haji Syahrulnizam bin Haji Saat, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu dan soal jawab berkenaan pelaksanaan Fast Track dan E-Filing dibawakan oleh Puan Marina binti Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pendaftar serta para pegawai JAKESS yang hadir bersama meraikan peserta.

Delegasi disertai oleh 15 orang kakitangan JKSNJ yang turut dibawa untuk melawat dewan bicara, One Stop Centre dan beramah mesra bersama kakitnagan JAKESS.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian melawat ke Jabatan ini dan mendoakan agar segala usaha yang telah diberikan diberkati Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
SESI TEMU BUAL KETUA HAKIM SYARIE SELANGOR BERSAMA PELAJAR PhD, UNIVERSITI MALAYA MENGENAI PERKAHWINAN BAWAH UMUR DALAM KALANGAN KANAK-KANAK MUSLIM

11 November 2024, Isnin- Satu sesi temu bual antara YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor bersama Puan Nadzratun Naim binti Hammad Azizi dan Puan Sharifah Nur Asmaa’ binti Syed Azman, pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) dari Universiti Malaya telah diadakan secara dalam talian pada pagi ini.

Sesi temu bual ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai perkahwinan bawah umur di kalangan kanak-kanak muslim di semenanjung Malaysia terutamanya di Negeri Selangor.

Perkongsian ini juga membincangkan berkaitan asas dan justifikasi penetapan had umur perkahwinan kanak-kanak berdasarkan negeri-negeri dan kesannya terhadap kanak-kanak.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
DAULAT TUANKU

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA DAN MERAHMATI PEMERINTAHAN TUANKU

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), D.K(Pahang) S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Pada 11 Disember 2024 Bersamaan 9 Jumadal Akhirah 1446H

Sembah Takzim Daripada:
Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

#jakess
#syariahasaskeadilan