Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
LAWATAN KE PERPUSTAKAAN DARUL HIKMAH, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, KAMPUS GOMBAK.

11 Jun 2024, Gombak - Satu lawatan ke Perpustakaan Darul Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini.

Lawatan ini disertai seramai 16 orang kakitangan termasuk 3 orang Pegawai, diketuai oleh Tuan Abdul Halim bin Abu Samah, Pengawai Penyelidik Kanan, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Kesemua kakitangan yang terlibat merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber JAKESS.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat secara lebih dekat operasi pengurusan di Perpustakaan UIAM yang boleh dijadikan nilai tambah dalam menambahbaik pengurusan di JAKESS, mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman terhadap kakitangan Pusat Sumber JAKESS selain mewujudkan hubungan kerjasama dua hala dari segi pengurusan dan infrastruktur bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan organisasi Pusat Sumber.

Dengan adanya lawatan sebegini, diharapkan kakitangan yang terlibat dengan tadbir urus Pusat Sumber JAKESS dapat terus meningkatkan kompetensi dan kemahiran dalam melaksanakan tugas mereka.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Norhayati binti Salehin diatas kurniaan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) dan kepada Puan Nazatul Suhaila binti Mohd. Arshad diatas kurniaan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Siti Zubaidah binti Mohd Yusof diatas kurniaan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) dan kepada Puan Norliana binti Zaimon diatas kurniaan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ✨

Bulan Zulhijjah bulan mulia,
Disambut dengan hati gembira;
10 Zulhijjah kini menjelma,
Ucapan dikirim maaf dipinta.

Semoga ibadah korban kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Salam Aidiladha diucapkan oleh Ketua Hakim Syarie Selangor dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

#jakess
#syariahasaskeadilan
#aidiladha2024
28 Jun 2024, Shah Alam - Telah berlangsung Mesyuarat Awal Jawatankuasa Kerja Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-19 Tahun 2024 bersama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Persatuan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia (PPSSM) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JAKESS.

Mempengerusikan mesyuarat adalah YAA Dato' Hj Mohd Amran Bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah JKSM diiringi YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan Tuan Hj Nassir bin Hj Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.

Turut hadir dalam perbincangan awal gerak kerja PPSSM kali ini adalah Tuan Mamat Haizan bin Salleh, Tuan Masnizar @ Mohd Nizar bin Mokhtar dan pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran YAA Dato' dan para pegawai JKSM serta mendoakan segala perbincangan dan usaha yang bakal dilaksanakan mendapat keberkatan Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
2 Julai 2024, Klang - Seramai 32 anggota Panel Hakam telah mengikuti dengan jayanya Kursus Asas Bahasa Isyarat Islami Panel Hakam Negeri Selangor yang diadakan pada 1-2 Julai 2024 bertempat di KSL Esplanade Hotel, Klang.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota Panel Hakam berkaitan bahasa isyarat serta kaedah-kaedah berkomunikasi dengan orang kurang upaya pendengaran disamping menyantuni komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) seterusnya memastikan pelaksanaan Majlis Tahkim yang lebih berkualiti.

Pelbagai slot dengan tajuk dan teknik-teknik menarik telah didedahkan sepanjang program 2 hari 1 mlm ini berlangsung. Antara perunding jemputan yang diundang ialah Prof. Madya Dr. Hj. Norakyairee Mohd Raus (Pengarah UMMI) dan Encik Noordin Hassan (Penterjemah/Juru Bahasa Isyarat Antarabangsa). Turut diundang fasilitator-fasilitator daripada UMMI iaitu Encik Ahmad Hafiz Azamudden bin Rumandang, Puan Nur Amalina Azhar, Puan Mim Tasnim binti Rebi, Puan Siti Rahmah Ahmad Razuan dan Puan Nur Najiyyah Muhamad Yusof.

Program yang diurussetiakan oleh Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR), JAKESS dirasmikan oleh Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar JAKESS dan berakhir dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor