Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
HEBAHAN: RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Sabtu (27 April 2024)
8.00 malam - 11.00 malam
Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan selamat Hari Pekerja buat seluruh rakyat Malaysia.

“Pekerja Kesuma Bangsa”

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
3 Mei 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Jasamu Dikenang pada Jumaat bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam.

Majlis gilang gemilang ini dimeriahkan dengan kehadiran YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diiringi YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor, Ketua Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis serta Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Majlis dimulakan dengan sesi fotografi penerima anugerah bersama dif-dif kehormat seterusnya ucapan aluan oleh YAA Ketua Hakim Syarie dan ucapan perasmian oleh YAD Tan Sri Dato Seri Pengerusi MAIS sebelum sesi gimik sebagai tanda perasmian majlis.

Antara intipati ucapan YAD Tan Sri Dato' Seri Pengerusi MAIS adalah beliau menyeru agar pegawai-pegawai JAKESS sentiasa berganding bahu dalam menjalankan tugasan dan dan tanggungjawab masing-masing serta bersama-sama dalam melaksanakan fungsi mengikut tahap dan kemampuan individu.

YAD Tan Sri Dato' Seri Pengerusi MAIS juga mengingatkan bahawa JAKESS memainkan peranan penting dalam menjayakan Pelan Strategik MAIS 2020-2024 bagi memperkasakan perundangan dan penguatkuasaan melalui 2 strategi yang telah digariskan.

Majlis ditutup dengan jamuan dan sesi ramah mesra YAA Ketua Hakim Syarie bersama warga Jabatan sebelum majlis bersurai.

Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah serta penghargaan kepada urusetia majlis yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada tahun ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#APC23
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pinned «3 Mei 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Jasamu Dikenang pada Jumaat bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis gilang gemilang ini dimeriahkan…»
LAWATAN KERJA MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG

23 April 2024 - Ahli Majlis Bersama Jabatan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) di Swettenham Pier Cruise Terminal.

Lawatan ini telah diketuai oleh YAA Dato' Mohamad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie JAKESS. Puan Nenney Shuhaidah bin Shamsuddin, Ketua Pendaftar JAKESS turut hadir bersama wakil-wakil MBJ JAKESS.

Lawatan ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Hajah Maryati binti Ramli, Pengurus Kanan Korporat SPPP dan ucapan balas penghargaan terima kasih oleh Ketua Hakim Syarie di atas kesudian pihak SPPP menerima kunjungan lawatan pada kali ini.

Satu taklimat berkaitan MBJ SPPP telah disampaikan oleh Puan Lim Ben Ching selaku Setiausaha MBJ Pengurusan kepada delegasi JAKESS dan pegawai-pegawai SPPP.

Lawatan ini telah memberi peluang kepada JAKESS mengenali SPPP dengan lebih mendalam dan seterusnya berkongsi maklumat dan pandangan mengenai tatakelola MBJ bagi kedua-dua organisasi.

JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak SPPP menerima lawatan kerja ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan