๐ท๐ฌ๐น๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐จ๐ต ๐จ๐ฐ๐ซ๐ฐ๐ณ๐ญ๐ฐ๐ป๐น๐ฐ 1445๐ฏ ๐๐จ๐จ ๐ฒ๐ฌ๐ป๐ผ๐จ ๐ฏ๐จ๐ฒ๐ฐ๐ด ๐บ๐๐จ๐น๐ฐ๐ฌ ๐บ๐ฌ๐ณ๐จ๐ต๐ฎ๐ถ๐น โจ
"Bersempena ketibaan 1 Syawal 1445 Hijrah, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri Selangor serta warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang dikasihi.
Alhamdulillah setinggi kesyukuran kita rafaโkan kepada Allah SWT kerana memberikan peluang untuk sama-sama kita menyambut hari kemenangan bagi umat Islam yang disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran.
Saya juga ingin menyeru agar kita memperkasakan hubungan persaudaraan dengan ikatan kasih sayang kerana Allah SWT di antara warga JAKESS kerana ia adalah asas kekuatan dan kejayaan di dalam sebuah organisasi serta menutup segala ruang perpecahan.
Sabda Rasulullah SAW;
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Puasa telah melatih kita untuk mengawal keinginan diri dan berkata โtidakโ kepada sesetengah kehendak nafsu. Ramadan juga menuntut kita berusaha menjaga pahala puasa agar ia tidak berkurangan. Demikianlah, di sepanjang hidup, kita patut berusaha untuk mengelakkan dan mengekang diri daripada segala bentuk kehilangan pahala yang menyumbang kepada dosa dan murka Allah taala.
Selamat menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tercinta. Sambutlah Aidil Fitri dalam lingkungan syariah, saling bermaafan dan ziarah menziarahi bagi memupuk semangat persaudaraan yang sejati. Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman berhati-hati dijalan raya.
Tidak dilupakan doa dan harapan buat saudara kita di Palestin yang terus dihimpit dan dibelenggu dengan peperangan, penderitaan, dan cengkaman musuh Islam semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan dan kemenangan kepada mereka.
Akhir kata saya mewakili Pengurusan Tertinggi JAKESS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin."
๐.๐.๐. ๐๐๐ญ๐จโ ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ข๐ ๐๐ข๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ข๐ง
๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ค๐ข๐ฆ ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐,
๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ค๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ.

HEBAHAN: RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Sabtu (27 April 2024)
8.00 malam - 11.00 malam
Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor
Sabtu (27 April 2024)
8.00 malam - 11.00 malam
Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan selamat Hari Pekerja buat seluruh rakyat Malaysia.
โPekerja Kesuma Bangsaโ
#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor

3 Mei 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Jasamu Dikenang pada Jumaat bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam.
Majlis gilang gemilang ini dimeriahkan dengan kehadiran YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diiringi YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor, Ketua Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis serta Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.
Majlis dimulakan dengan sesi fotografi penerima anugerah bersama dif-dif kehormat seterusnya ucapan aluan oleh YAA Ketua Hakim Syarie dan ucapan perasmian oleh YAD Tan Sri Dato Seri Pengerusi MAIS sebelum sesi gimik sebagai tanda perasmian majlis.
Antara intipati ucapan YAD Tan Sri Dato' Seri Pengerusi MAIS adalah beliau menyeru agar pegawai-pegawai JAKESS sentiasa berganding bahu dalam menjalankan tugasan dan dan tanggungjawab masing-masing serta bersama-sama dalam melaksanakan fungsi mengikut tahap dan kemampuan individu.
YAD Tan Sri Dato' Seri Pengerusi MAIS juga mengingatkan bahawa JAKESS memainkan peranan penting dalam menjayakan Pelan Strategik MAIS 2020-2024 bagi memperkasakan perundangan dan penguatkuasaan melalui 2 strategi yang telah digariskan.
Majlis ditutup dengan jamuan dan sesi ramah mesra YAA Ketua Hakim Syarie bersama warga Jabatan sebelum majlis bersurai.
Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah serta penghargaan kepada urusetia majlis yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada tahun ini.
#jakess
#syariahasaskeadilan
#APC23

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pinned ยซ3 Mei 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Jasamu Dikenang pada Jumaat bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis gilang gemilang ini dimeriahkanโฆยป
LAWATAN KERJA MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
23 April 2024 - Ahli Majlis Bersama Jabatan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) di Swettenham Pier Cruise Terminal.
Lawatan ini telah diketuai oleh YAA Dato' Mohamad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie JAKESS. Puan Nenney Shuhaidah bin Shamsuddin, Ketua Pendaftar JAKESS turut hadir bersama wakil-wakil MBJ JAKESS.
Lawatan ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Hajah Maryati binti Ramli, Pengurus Kanan Korporat SPPP dan ucapan balas penghargaan terima kasih oleh Ketua Hakim Syarie di atas kesudian pihak SPPP menerima kunjungan lawatan pada kali ini.
Satu taklimat berkaitan MBJ SPPP telah disampaikan oleh Puan Lim Ben Ching selaku Setiausaha MBJ Pengurusan kepada delegasi JAKESS dan pegawai-pegawai SPPP.
Lawatan ini telah memberi peluang kepada JAKESS mengenali SPPP dengan lebih mendalam dan seterusnya berkongsi maklumat dan pandangan mengenai tatakelola MBJ bagi kedua-dua organisasi.
JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak SPPP menerima lawatan kerja ini.