Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
Khamis, 4hb. April, 2024 - Hari ini bersamaan 24 Ramadan 1445H, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menyertai program Program World Quran Hour 2024 yang dijalankan secara serentak di seluruh Negara dengan konsep membaca Al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya.

Misi program hari ini adalah bagi mentadabbur surah Al-Jumu’ah iaitu surah ke-62, ayat 1 – ayat 11. Selain itu, dalam program, semua peserta akan membaca surah Al-Jumu’ah tersebut dan akan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan Al-Quran di kalangan masyarakat.

Program ini telah dijalankan secara fizikal di Dewan Muktamar JAKESS bagi kakitangan di ibu pejabat dan secara dalam talian bagi lokasi-lokasi daerah.

Selain itu, sebagai selingan untuk menarik peserta menyertai program ini, Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber telah mengadakan suatu Pertandingan Gambar Menarik dan seramai 2 orang pemenang akan dipilih untuk diumumkan semasa sesi tazkirah esok hari.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
#QuranHour
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Minal 'Aidil Wal Faizin 1445H. Semoga Allah SWT menerima amal ibadah yang telah kita kerjakan sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Ucapan Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam tulus ikhlas daripada pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
#aidilfitri1445h
𝑷𝑬𝑹𝑼𝑻𝑼𝑺𝑨𝑵 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑭𝑰𝑻𝑹𝑰 1445𝑯 𝒀𝑨𝑨 𝑲𝑬𝑻𝑼𝑨 𝑯𝑨𝑲𝑰𝑴 𝑺𝒀𝑨𝑹𝑰𝑬 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑵𝑮𝑶𝑹 ✨

"Bersempena ketibaan 1 Syawal 1445 Hijrah, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri Selangor serta warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang dikasihi.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah SWT kerana memberikan peluang untuk sama-sama kita menyambut hari kemenangan bagi umat Islam yang disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran.

Saya juga ingin menyeru agar kita memperkasakan hubungan persaudaraan dengan ikatan kasih sayang kerana Allah SWT di antara warga JAKESS kerana ia adalah asas kekuatan dan kejayaan di dalam sebuah organisasi serta menutup segala ruang perpecahan.

Sabda Rasulullah SAW;
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Puasa telah melatih kita untuk mengawal keinginan diri dan berkata ‘tidak’ kepada sesetengah kehendak nafsu. Ramadan juga menuntut kita berusaha menjaga pahala puasa agar ia tidak berkurangan. Demikianlah, di sepanjang hidup, kita patut berusaha untuk mengelakkan dan mengekang diri daripada segala bentuk kehilangan pahala yang menyumbang kepada dosa dan murka Allah taala.

Selamat menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tercinta. Sambutlah Aidil Fitri dalam lingkungan syariah, saling bermaafan dan ziarah menziarahi bagi memupuk semangat persaudaraan yang sejati. Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman berhati-hati dijalan raya.

Tidak dilupakan doa dan harapan buat saudara kita di Palestin yang terus dihimpit dan dibelenggu dengan peperangan, penderitaan, dan cengkaman musuh Islam semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan dan kemenangan kepada mereka.

Akhir kata saya mewakili Pengurusan Tertinggi JAKESS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin."

𝐘.𝐀.𝐀. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐢𝐛 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐮𝐬𝐚𝐢𝐧
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐞,
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫.
HEBAHAN: RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Sabtu (27 April 2024)
8.00 malam - 11.00 malam
Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan selamat Hari Pekerja buat seluruh rakyat Malaysia.

“Pekerja Kesuma Bangsa”

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
3 Mei 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Jasamu Dikenang pada Jumaat bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam.

Majlis gilang gemilang ini dimeriahkan dengan kehadiran YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diiringi YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor, Ketua Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis serta Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Majlis dimulakan dengan sesi fotografi penerima anugerah bersama dif-dif kehormat seterusnya ucapan aluan oleh YAA Ketua Hakim Syarie dan ucapan perasmian oleh YAD Tan Sri Dato Seri Pengerusi MAIS sebelum sesi gimik sebagai tanda perasmian majlis.

Antara intipati ucapan YAD Tan Sri Dato' Seri Pengerusi MAIS adalah beliau menyeru agar pegawai-pegawai JAKESS sentiasa berganding bahu dalam menjalankan tugasan dan dan tanggungjawab masing-masing serta bersama-sama dalam melaksanakan fungsi mengikut tahap dan kemampuan individu.

YAD Tan Sri Dato' Seri Pengerusi MAIS juga mengingatkan bahawa JAKESS memainkan peranan penting dalam menjayakan Pelan Strategik MAIS 2020-2024 bagi memperkasakan perundangan dan penguatkuasaan melalui 2 strategi yang telah digariskan.

Majlis ditutup dengan jamuan dan sesi ramah mesra YAA Ketua Hakim Syarie bersama warga Jabatan sebelum majlis bersurai.

Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah serta penghargaan kepada urusetia majlis yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada tahun ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#APC23
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pinned «3 Mei 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Jasamu Dikenang pada Jumaat bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis gilang gemilang ini dimeriahkan…»