Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
6 Mac 2024, Rabu - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Zon Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) seramai 28 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Puan Sofhatun Nur binti Subhi selaku Fasilitator Jawatankuasa Induk EKSA Jabatan tersebut.

Lawatan daripada Zon Farmasi KKM adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS sebagai sesi menimba ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalaman.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan balas dari Puan Sofhatun Nur.

Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Siti Rashidah binti Sarkom. Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor
JAKESS TERIMA LAWATAN JABATAN PERDANA MENTERI

1 Mac 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menerima lawatan daripada Jabatan Perdana Menteri dihadiri seramai 48 pegawai diketuai YBhg. Datuk Abd Shukor Bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) disini jumaat lalu.

Lawatan adalah bertujuan bagi perkongsian perkhidmatan teras Jabatan ini, mengetahui statistik bilangan dan jenis-jenis kes dikendalikan oleh JAKESS dan mempelajari amalan terbaik dilaksanakan oleh JAKESS dalam mengatasi isu peningkatan kes didaftarkan.

Majlis bermula dengan ucapan aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor seterusnya ucapan balas oleh YBhg. Datuk Abd Shukor Bin Mahmood.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat dan sesi soal jawab Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Mahkamah Syariah Selangor oleh Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Jabatan ini mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perdana Menteri diatas kesudian melawat jabatan ini serta semoga segala usaha diberkati Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐛𝐚𝐫𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐌 / 𝟏𝟒𝟒𝟓 𝐇 🌙

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam bermula 12 Mac 2024 bersamaan 01 Ramadan 1445H.

اَللُهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ وَغَضِّ الْبَصَرِ وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَش

"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga."

Ucapan tulus ikhlas daripada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#KitaSelangor
#Ramadan1445H