Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
Sekitar Perhimpunan Jabatan Bilangan 2 Tahun 2024 Sambutan Minggu Kesihatan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang berlangsung di Dewan Muktamar pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan taklimat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor seterusnya hadirin disajikan dengan Taklimat Kesedaran Kanser oleh Tuan Mohd Aiman bin Zainal, Pegawai Taklimat Kesedaran Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Oktober-Disember 2023 dan disusuli dengan tayangan video pelancaran program Jom Sihat Jom Kurus disediakan oleh Badan Kebajikan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS).

Program pada hari ini juga turut membuka Kaunter Saringan Kesihatan Kendiri dan Kaunter Pemeriksaan Wanita daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling serta Kaunter Pemeriksaan Mata secara percuma kepada kakitangan Jabatan.

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor