JAKESS TERIMA PENGIKTIRAFAN DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2023
7 Febuari 2023, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima Pengiktirafan DIAMOND selaku Rakan Kongsi Rendah Karbon dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023.
Pengiktirafan dianugerahkan keatas Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang telah berjaya mengurangkan pelepasan Gas Rumah Kaca sebanyak 14.51 peratus sejak tahun 2017 bersamaan dengan 104.97 tCO2eq.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Hadir bagi menerima anugerah iaitu Ts. Muhammad Ariff bin Mustapha, Ketua Bahagian Pembangunan JAKESS.
Sebagai rekod Jabatan ini telah menerima anugerah 3 Diamond pada tahun 2023 meningkat berbanding tahun 2022 iaitu hanya 2 Diamond.
Jabatan ini berbesar hati menerima pengiktirafan ini sebagai salah satu usaha jabatan dalam penjagaan alam sekitar khususnya di negeri Selangor. Jabatan juga mengucapkan tahniah kepada warga JAKESS yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam kejayaan JAKESS menerima pengiktirafan ini.
#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor

Sekitar lawatan sambil belajar para pelajar daripada Darul Quran JAKIM ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) disini semalam. Lawatan ini disertai seramai 27 pelajar diploma pengajian Syukbah Qiraat Semestar empat.
Lawatan dimulakan dengan taklimat serta sesi soal jawab bersama pegawai syariah Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin dan Tuan Muhammad Mujahid bin Ahmad. Para pelajar turut diberi peluang untuk menyaksikan sendiri sesi perbicaraan kes di Mahkamah Rendah Syariah berkaitan mal dan jenayah.
Semoga segala usaha memberi manfaat dan diberkati Allah SWT.

Sekitar Perhimpunan Jabatan Bilangan 2 Tahun 2024 Sambutan Minggu Kesihatan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang berlangsung di Dewan Muktamar pada hari ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan taklimat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor seterusnya hadirin disajikan dengan Taklimat Kesedaran Kanser oleh Tuan Mohd Aiman bin Zainal, Pegawai Taklimat Kesedaran Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Oktober-Disember 2023 dan disusuli dengan tayangan video pelancaran program Jom Sihat Jom Kurus disediakan oleh Badan Kebajikan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS).
Program pada hari ini juga turut membuka Kaunter Saringan Kesihatan Kendiri dan Kaunter Pemeriksaan Wanita daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling serta Kaunter Pemeriksaan Mata secara percuma kepada kakitangan Jabatan.
Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.