Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
10 Disember 2023, Ahad - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan lawatan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu seramai 45 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.

Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu sambil berkongsi pendapat dan pengalaman tentang amalan EKSA di Jabatan masing-masing.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Hilman bin Hajijan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Unit Korporat) dan ucapan balas oleh Ketua Hakim Syarie Selangor. Seterusnya taklimat EKSA telah dibentangkan oleh Encik Muhammad Azrin Hafizuddin bin Hashim, Penolong Setiausaha Kerajaan (Unit Korporat).

Peserta seterusnya dibawa melawat ke Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi melihat sendiri amalan EKSA di Jabatan tersebut. Turut bersama dalam program ini adalah Ketua Pendaftar, Jawatankuasa Latihan, Jawatankusa Audit Dalam, Jawatankuasa Dokumentasi, Jawatankuasa Promosi dan semua wakil setiap zon di Bangunan Ibu Pejabat dan Daerah.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Webinar Kefahaman Undang-undang Syariah Siri 58

Tajuk: Tips Mempercepatkan Kes Di Mahkamah Syariah
Penceramah: Tuan Mohd Khairi bin Kamis
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 22 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

https://www.facebook.com/jakessofficial

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

#jakess
#webinarjakess
#syariahasaskeadilan
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024 πŸŽ†πŸŽ‡

Marilah kita sama-sama menanam tekad dan azam untuk menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Berusahalah dengan penuh semangat untuk mencapai cita-cita dan impian.

Ikhlas Daripada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

#jakess
#syariahasaskeadilan
Sekitar Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie dan Perhimpunan Jabatan Bil. 1 Tahun 2024 Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang berlangsung di Dewan Muktamar pada Jumaat lalu.

Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar penjawat awam negeri Selangor dan Amanat tahun baru oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.

Majlis juga disajikan dengan Forum Taklimat Perintah Am yang dibawa oleh Ketua Unit Integriti dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan JAKESS selaku panel yang membincangkan isu dan persoalan berkenaan Perintah Am dan Pekeliling kerajaan.

Majlis diteruskan dengan tanyangan video disediakan oleh Badan Kebajikan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) dan disusuli dengan penyampaian sumbangan EKSA bagi tahun 2024 kepada semua Zon JAKESS yang dipersijilkan.

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor