Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
Assalamualaikum.

YAA/Tuan/Puan,

SEMINAR ARAHAN AMALAN NO. 8 TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) akan menganjurkan Seminar Arahan Amalan No. 8 Tahun 2022 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20hb. Disember, 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Muktamar, Aras 2, JAKESS

Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar seperti di atas, YAA/Tuan/Puan boleh mengimbas qr kod seperti yang tentera dalam poster tersebut atau melalui pautan yang disediakan untuk didaftarkan di bawah seminar tersebut. Tempat adalah terhad.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc4Rnzx3T5cIVhfYgHxhhAytiaEnDsEM5WFxhL9tv2KGJhBug/viewform

Perhatian dan kerjasama YAA/Tuan/Puan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.


#jakess
#Bakemas
#syariahasaskeadilan
KUNJUNGAN HORMAT AMANAH RAYA BERHAD KE JAKESS

5 Disember 2023, Selasa - Sekitar majlis Kunjungan Hormat daripada Amanah Raya Berhad (ARB) ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Seramai 9 orang daripada Amanah Raya Berhad hadir dalam majlis ini diketuai oleh Dato' Prof. Dr. Ahmad Hidayat Bin Buang - Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah ARB, serta turut hadir adalah En Mohd Khairuddin bin Harun, Ketua Jabatan Pembangunan Produk, En Usman bin Hj Hamid, Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan, En Amirul Hafizan bin Othman, Penolong Pengurus Jabatan Pembangunan Produk serta beberapa pegawai ARB yang lain.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor diikuti ucapan balas oleh pelawat. Majlis diteruskan dengan perbincangan kerjasama serta promosi produk oleh pihak ARB.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian hadir ke jabatan ini dan semoga segala usaha diberkati Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Webinar Kefahaman Undang-undang Syariah Siri 57

Tajuk: Proses Rayuan di Mahkamah Syariah
Penceramah: Puan Rashidah binti Sapingi@Shafie
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 8 Disember 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

https://www.facebook.com/jakessofficial

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

#jakess
#webinarjakess
#syariahasaskeadilan
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA DAN MERAHMATI PEMERINTAHAN TUANKU

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), D.K(Pahang) S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Pada 11 Disember 2023 Bersamaan 27 Jumadal Ula 1445H

Sembah Takzim Daripada:
YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

#jakess
#syariahasaskeadilan
YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar diatas kurniaan Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.) sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan