Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
Sekitar Perhimpunan Jabatan Bil. 4 Tahun 2023, Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang berlangsung di Dewan Muktamar pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang menekankan aspek kepentingan menjaga integriti dalam tugas serta turut menggalakkan warga JAKESS agar terus berinovasi dalam tugasan harian.

Majlis juga menyaksikan YAA Dato’ memimpin bacaan Ikrar Integriti seterusnya nyanyian lagu Integriti dan tayangan video disediakan oleh Unit Integriti JAKESS.

Seterusnya warga JAKESS disajikan dengan Forum Inovasi bertajuk Pembudayaan Inovasi Dalam Sektor Awam: Cabaran & Kejayaan yang dipimpin oleh ketua Bahagian Latihan, Inovasi & Transformasi selaku moderator bersama 2 ahli panel, Encik Syamsul Khoir bin Md Ridzuan, Penolong Setiausaha Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Encik Mohammad Fareez bin Normanshah, Pegawai Tadbir, Jabatan Korporat dan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Julai hingga September 2023, penyampaian penghargaan Atlit JAKESS serta pengumuman pemenang Kuiz Maulidur Rasul.

Pada acara kemuncak, Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) telah mengadakan sesi Soladariti Palestin dimana YAA Dato’ juga telah melancarkan Tabung Kutipan Derma buat rakyat Palestin.

Semoga program pada hari ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
JAKESS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI PTA MAKASSAR BAGI SESI STUDI BANDING BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA

Shah Alam, 21 November 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengadilan Tinggi Agama (PTA) Makassar, Peradilan Agama Indonesia disini, semalam.

Kunjungan diketuai oleh Dr. Drs. H. Muhammad Abduh Sulaeman, SH., MH. Ketua PTA Makassar bersama Hakim-Hakim Tinggi dan pegawai-pegawai PTA Makassar seramai 25 orang.

Menyambut kunjungan ini, diketuai YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor diiringi Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar dan Pegawai-Pegawai JAKESS.

Kunjungan hormat dimulakan dengan sesi ucapan aluan oleh YAA Ketua Hakim Syarie sebelum ucapan balas pelawat oleh Ketua PTA Makassar. Program diteruskan dengan sesi taklimat Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) oleh Puan Siti Nazratul Ain bin Sulaiman, Penolong Pengarah BSK dan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai PTA Makassar. Delegasi juga turut diiring melawat Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah dan Pusat Khidmat Setempat JAKESS.

Jabatan mengucapkan terima kasih atas kunjungan daripada PTA Makassar dan semoga perkongsian serta usaha ini mendapat keredhaan Allah SWT serta mencapai objektifnya.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor