Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT SERTAI SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH SIRI 5 ZON SEPANG

24 OKTOBER 2023 SELASA, SEPANG - Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 5 yang membawa topik Harta: Senang Dunia, Tenang Akhirat disertai hampir 200 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, disini semalam.

Seminar yang dirasmikan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor ini merupakan anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bersama Lembaga Zakat Selangor.

Seminar siri ke 5 ini dibarisi panel-panel berwibawa iaitu YBrs Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar JAKESS, Puan Saphirra binti Selamat, Pegawai Undang-Undang Jabatan Bantuan Guaman Selangor, Encik Mohmad Fadzali bin Mat Piah, Pengurus Khidmat Nasihat Persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Topik harta dipilih bagi Seminar Siri ke 5 ini apabila dilihat muktahir ini, berlakunya kegagalan masyarakat Islam dalam merancang harta seterusnya memberikan impak terhadap masyarakat hingga mencetuskan kerugian kepada individu, keluarga, komuniti dan masyarakat Islam terutamanya.

YAA Ketua Hakim Syarie dalam ucapan perasmian beliau berkata "Bagi membendung polemik ini menjadi semakin parah, JAKESS sebagai badan yang berotoriti mengorak langkah dengan mengambil inisiatif menganjurkan program ini sebagai platform bagi membantu masyarakat dalam memahami dan melaksanakan perancangan dan pengurusan harta berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada." kata beliau.

Turut hadir pada seminar ini adalah Puan Hajah Rosnoizam Binti Abd Majid, Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Puan Maffuza Binti Saleh, Ketua Jabatan Undang-Undang Universiti Islam Selangor serta dif-dif kehormat lain.

Peserta yang hadir terdiri daripada ketua-ketua kampung, iman dan AJK masjid, guru KAFA, pelajar IPT, penjawat awam daripada pelbagai agensi dan masyarakat awam di daerah Sepang.

JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung serta semoga semua pihak mendapat manfaat daripada seminar ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
Sekitar Perhimpunan Jabatan Bil. 4 Tahun 2023, Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang berlangsung di Dewan Muktamar pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang menekankan aspek kepentingan menjaga integriti dalam tugas serta turut menggalakkan warga JAKESS agar terus berinovasi dalam tugasan harian.

Majlis juga menyaksikan YAA Dato’ memimpin bacaan Ikrar Integriti seterusnya nyanyian lagu Integriti dan tayangan video disediakan oleh Unit Integriti JAKESS.

Seterusnya warga JAKESS disajikan dengan Forum Inovasi bertajuk Pembudayaan Inovasi Dalam Sektor Awam: Cabaran & Kejayaan yang dipimpin oleh ketua Bahagian Latihan, Inovasi & Transformasi selaku moderator bersama 2 ahli panel, Encik Syamsul Khoir bin Md Ridzuan, Penolong Setiausaha Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Encik Mohammad Fareez bin Normanshah, Pegawai Tadbir, Jabatan Korporat dan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Julai hingga September 2023, penyampaian penghargaan Atlit JAKESS serta pengumuman pemenang Kuiz Maulidur Rasul.

Pada acara kemuncak, Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) telah mengadakan sesi Soladariti Palestin dimana YAA Dato’ juga telah melancarkan Tabung Kutipan Derma buat rakyat Palestin.

Semoga program pada hari ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor