Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
JAKESS TERIMA SIJIL KEAKTIFAN MBJ TAHUN 2022

Shah Alam, 4 Julai 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pagi ini telah menerima sijil pengiktirafan selepas berjaya melaksanakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) tiga (3) kali setahun mengikut tempoh bagi tahun 2022.

Pengiktirafan itu disampaikan oleh YB Dato' Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Selangor dalam Konvensyen Majlis Bersama Jabatan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2023 bertempat di Bankuet Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.

JAKESS merupakan antara 27 jabatan/agensi seluruh negeri Selangor yang menerima sijil dalam majlis tersebut yang turut mengadakan taklimat dan perkongsian dasar perlaksanaan dan panduan penggunaan submodal MBJ HRMIS oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

JAKESS mengucapkan tahniah buat seluruh warga kerja atas kerjasama dan usaha sekaligus meraih pengiktirafan ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YA Puan Zalinah binti Said diatas kurniaan Bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N.).

#jakess
#syariahasaskeadilan
YAA KP JKSM MENGADAKAN LAWATAN KE PUSAT KHIDMAT SETEMPAT JAKESS

Shah Alam, 10 Julai 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini berbesar hati menerima lawatan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ke Pusat Khidmat Setempat (OSC) JAKESS.

Turut hadir pada sesi tersebut adalah YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain Ketua Hakim Syarie Selangor yang mengiringi YAA Dato' KP JKSM melawat OSC serta turut mengambil peluang beramah mesra bersama warga kerja JAKESS.

Sebagai makluman kepada semua pelanggan JAKESS, Pusat Khidmat Setempat atau OSC JAKESS ini telah mula beroperasi pada Isnin, 26 Jun 2023 yang lalu.

Pengoperasian OSC ini sekaligus dapat memberikan kemudahan kepada pelanggan JAKESS disamping mempercepatkan proses pendaftaran, urusan pembayaran dan lain-lain perkhidmatan. Operasi OSC bertempat di Aras G Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Jabatan ini mengucapkan terima kasih diatas lawatan YAA Dato' Haji Mohd Amran dan semoga segala usaha mendapat keberkatan Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1445H | 2023M ☪️

"Perpaduan Teras Malaysia Madani"

Pengertian hijrah ialah menzahirkan perubahan daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang mungkar dan buruk kepada melakukan perbuatan yang makruf dan baik. Hijrah yang dituntut dalam diri kita adalah dengan membuang segala sifat mazmumah dan digantikan dengan sifat mahmudah.

Selamat menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah 1445 kepada seluruh muslimin dan muslimat, ikhlas daripada YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Webinar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 54

Tajuk: Cabaran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Dalam Menguatkuasa dan Melaksanakan Perintah Mahkamah
Penceramah: Puan Siti Nazratul Ain Binti Sulaiman
Penolong Pengarah BSK Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 21 Julai 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

https://www.facebook.com/jakessofficial

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

#jakess
#webinarjakess
#syariahasaskeadilan
KIK JAERGERS JOHAN MPIPANS 2023 KATEGORI PENCIPTAAN

YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor serta seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat kumpulan KIK JAEGERS yang dinobatkan selaku JOHAN kategori Inovasi Perkhidmatan Awam (Penciptaan) dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) 2023.

Inovasi yang meraih anugerah johan tersebut adalah produk inovasi bagi sistem pengiraan nafkah anak yang dikenali sebagai e-Naf. Produk inovasi ini dihasilkan bagi membantu pelanggan Mahkamah secara khususnya dalam menentukan kadar nafkah anak.

Sistem e-Naf telah dilancarkan secara rasminya pada 15 Disember 2022 oleh Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal, YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni di dalam Persidangan Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2022.

Sistem e-Naf ini adalah kalkulator pertama yang dibangunkan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia dengan berteraskan kepada Arahan Amalan JKSM No. 5 Tahun 2019 dan Arahan Ketua Hakim Selangor No.1 Tahun 2021 disamping melihat kepada beberapa contoh sistem pengiraan dari luar negara.

Inisiatif JAKESS ini juga amat bertepatan dengan kehendak Arahan Amalan No. 6 Tahun 2022 JKSM iaitu keperluan pemfailan kes tuntutan nafkah anak bersama kes tuntutan permohonan perceraian atau pembubaran perkahwinan (dengan kehadiran suami), yang boleh membantu pelanggan dalam menganggarkan jumlah tuntutan bagi nafkah anak.

JAKESS berharap dengan adanya sistem e-Naf ini ianya dapat membantu pelanggan Mahkamah menentukan kadar nafkah anak yang sewajar dapat dicapai.

#jakess
#syariahasaskeadilan
YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari di atas pelantikan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor yang ke-17.

Semoga Negeri Selangor terus maju di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri.

#jakess
#KitaSelangor
#syariahasaskeadilan
Webinar Kefahaman Undang-undang Syariah Siri 55

Tajuk: Rumah Tangga Bergolak,Bagaimana Dengan Anak?
Penceramah: Puan Maryam Jameelah binti Ali Sabri
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 8 September 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

https://www.facebook.com/jakessofficial

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

#jakess
#webinarjakess
#syariahasaskeadilan
MAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTER MAHKAMAH SYARIAH DI SELURUH NEGERI SELANGOR YANG TERKINI BERKUATKUASA 1 SEPTEMBER 2023

#jakess
#syariahasaskeadilan
#waktuoperasijakess
Selamat Menyambut Hari Malaysia Tahun 2023 🇲🇾

Ucapan tulus ikhlas daripada YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

#jakess
#syariahasaskeadilan
#HariMalaysia
#tekadperpaduanpenuhiharapan
Webinar Kefahaman Undang-undang Syariah Siri 56

Tajuk: Hak-hak Suami Isteri Selepas Penceraian
Penceramah: Tuan Norhazli bin Rahim
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 22 September 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

https://www.facebook.com/jakessofficial

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

#jakess
#webinarjakess
#syariahasaskeadilan
SALAM MAULIDUR RASUL 1445H

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan selamat menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

“Perpaduan Teras Malaysia Madani”

#jakess #syariahasaskeadilan
Webinar Kefahaman Undang-undang Syariah Siri 57

Tajuk: Proses Rayuan di Mahkamah Syariah
Penceramah: Puan Rashidah binti Sapingi@Shafie
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 13 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

https://www.facebook.com/jakessofficial

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

#jakess
#webinarjakess
#syariahasaskeadilan
Assalamualaikum wbt.

Adalah dimaklumkan talian telefon Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat mengalami kerosakan & masih dalam tindakan Telekom Malaysia dan Bahagian Pembangunan Jabatan. Tuan/Puan boleh menghubungi MRS Kuala Langat melalui emel mrskualalangat@gmail.com sehingga suatu makluman baharu dihebahkan. Segala kesulitan amat dikesali, harap maklum & terima kasih.

#jakess
#syariahasaskeadilan
𝙅𝙀𝙈𝙋𝙐𝙏𝘼𝙉 𝙆𝙀 𝙎𝙀𝙈𝙄𝙉𝘼𝙍 𝙆𝙀𝙁𝘼𝙃𝘼𝙈𝘼𝙉 𝙐𝙉𝘿𝘼𝙉𝙂-𝙐𝙉𝘿𝘼𝙉𝙂 𝙎𝙔𝘼𝙍𝙄𝘼𝙃 | 𝙎𝙄𝙍𝙄 𝙆𝙀-5 𝘽𝘼𝙂𝙄 𝙕𝙊𝙉 𝙎𝙀𝙋𝘼𝙉𝙂

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْ
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh,

“Ilmu itu ada tiga, selainnya adalah lebihan sahaja, iaitu ayat Muhkamat (ayat hukum yang tidak dimansuhkan), sunnah yang sahih yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dan ilmu pembahagian harta pusaka yang adil.” (Riwayat Abu Daud)

Apa khabar orang Sepang? 😄 Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor akan menganjurkan Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri Ke-5 di daerah anda seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 24 Oktober 2023 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari
Lokasi : Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi
Tajuk Forum : Harta : Senang Dunia, Tenang Akhirat

Penyertaan adalah percuma! Makan dan minum disediakan sepanjang program dan peserta juga akan menerima e-certificate dari pihak penganjur. Jika anda berminat boleh lah membuat pengesahan penyertaan melalui pautan berikut :

https://forms.gle/FT5gkW54Sw7raUJs5

Sekiranya anda mempunyai maklum balas atau sebarang pertanyaan lanjut, anda juga boleh menghubungi Jabatan ini melalui :

Tuan Mohd Firdaus bin Mohed,
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor,
011-5420 2830,
firdaus_mohed@esyariah.gov.my

Ayuh warga daerah Sepang! Jangan terlepas peluang ini. Jabatan ini amat mengalukan-alukan anda sebagai peserta pada program tersebut.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
#SeminarKefahamanUndangUndangSepang