Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
JAKESS MENGEKALKAN TEMPAT PERTAMA APPC BAGI 4 PENILAIAN BERTURUT-TURUT

Shah Alam, 23 Jun 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) meraih pencapaian membanggakan apabila mengekalkan tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2023 bagi 4 penilaian berturut-turut (2015, 2018, 2020 dan 2023).

Anugerah diterima oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor pada majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam & Pemimpin Masyarakat Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada Jumaat minggu lalu.

Selaku pemenang, JAKESS membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000.00, trofi berserta sijil.

Jabatan ini mengucapkan syabas dan terima kasih buat seluruh warga kerja JAKESS diatas usaha dan komitmen dalam perlaksanaan pengurusan pejabat dan pentadbiran yang cemerlang sekaligus mencapai anugerah berprestij ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
SALAM AIDILADHA 1444H | 2023M 🌙

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, dan warga kerja JAKESS. Semoga amalan dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
#aidiladha2023
JAKESS TERIMA SIJIL KEAKTIFAN MBJ TAHUN 2022

Shah Alam, 4 Julai 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pagi ini telah menerima sijil pengiktirafan selepas berjaya melaksanakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) tiga (3) kali setahun mengikut tempoh bagi tahun 2022.

Pengiktirafan itu disampaikan oleh YB Dato' Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Selangor dalam Konvensyen Majlis Bersama Jabatan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2023 bertempat di Bankuet Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.

JAKESS merupakan antara 27 jabatan/agensi seluruh negeri Selangor yang menerima sijil dalam majlis tersebut yang turut mengadakan taklimat dan perkongsian dasar perlaksanaan dan panduan penggunaan submodal MBJ HRMIS oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

JAKESS mengucapkan tahniah buat seluruh warga kerja atas kerjasama dan usaha sekaligus meraih pengiktirafan ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YA Puan Zalinah binti Said diatas kurniaan Bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N.).

#jakess
#syariahasaskeadilan
YAA KP JKSM MENGADAKAN LAWATAN KE PUSAT KHIDMAT SETEMPAT JAKESS

Shah Alam, 10 Julai 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini berbesar hati menerima lawatan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ke Pusat Khidmat Setempat (OSC) JAKESS.

Turut hadir pada sesi tersebut adalah YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain Ketua Hakim Syarie Selangor yang mengiringi YAA Dato' KP JKSM melawat OSC serta turut mengambil peluang beramah mesra bersama warga kerja JAKESS.

Sebagai makluman kepada semua pelanggan JAKESS, Pusat Khidmat Setempat atau OSC JAKESS ini telah mula beroperasi pada Isnin, 26 Jun 2023 yang lalu.

Pengoperasian OSC ini sekaligus dapat memberikan kemudahan kepada pelanggan JAKESS disamping mempercepatkan proses pendaftaran, urusan pembayaran dan lain-lain perkhidmatan. Operasi OSC bertempat di Aras G Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Jabatan ini mengucapkan terima kasih diatas lawatan YAA Dato' Haji Mohd Amran dan semoga segala usaha mendapat keberkatan Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1445H | 2023M ☪️

"Perpaduan Teras Malaysia Madani"

Pengertian hijrah ialah menzahirkan perubahan daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang mungkar dan buruk kepada melakukan perbuatan yang makruf dan baik. Hijrah yang dituntut dalam diri kita adalah dengan membuang segala sifat mazmumah dan digantikan dengan sifat mahmudah.

Selamat menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah 1445 kepada seluruh muslimin dan muslimat, ikhlas daripada YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Webinar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 54

Tajuk: Cabaran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Dalam Menguatkuasa dan Melaksanakan Perintah Mahkamah
Penceramah: Puan Siti Nazratul Ain Binti Sulaiman
Penolong Pengarah BSK Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 21 Julai 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

https://www.facebook.com/jakessofficial

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

#jakess
#webinarjakess
#syariahasaskeadilan
KIK JAERGERS JOHAN MPIPANS 2023 KATEGORI PENCIPTAAN

YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor serta seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat kumpulan KIK JAEGERS yang dinobatkan selaku JOHAN kategori Inovasi Perkhidmatan Awam (Penciptaan) dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) 2023.

Inovasi yang meraih anugerah johan tersebut adalah produk inovasi bagi sistem pengiraan nafkah anak yang dikenali sebagai e-Naf. Produk inovasi ini dihasilkan bagi membantu pelanggan Mahkamah secara khususnya dalam menentukan kadar nafkah anak.

Sistem e-Naf telah dilancarkan secara rasminya pada 15 Disember 2022 oleh Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal, YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni di dalam Persidangan Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2022.

Sistem e-Naf ini adalah kalkulator pertama yang dibangunkan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia dengan berteraskan kepada Arahan Amalan JKSM No. 5 Tahun 2019 dan Arahan Ketua Hakim Selangor No.1 Tahun 2021 disamping melihat kepada beberapa contoh sistem pengiraan dari luar negara.

Inisiatif JAKESS ini juga amat bertepatan dengan kehendak Arahan Amalan No. 6 Tahun 2022 JKSM iaitu keperluan pemfailan kes tuntutan nafkah anak bersama kes tuntutan permohonan perceraian atau pembubaran perkahwinan (dengan kehadiran suami), yang boleh membantu pelanggan dalam menganggarkan jumlah tuntutan bagi nafkah anak.

JAKESS berharap dengan adanya sistem e-Naf ini ianya dapat membantu pelanggan Mahkamah menentukan kadar nafkah anak yang sewajar dapat dicapai.

#jakess
#syariahasaskeadilan
YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari di atas pelantikan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor yang ke-17.

Semoga Negeri Selangor terus maju di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri.

#jakess
#KitaSelangor
#syariahasaskeadilan