JAKESS SELESAI AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001: 2015 Dan MS 1900: 2014
2 Jun 2023, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini telah selesai melaksanakan sesi Audit Pemantauan MS ISO 9001: 2015 Dan MS 1900: 2014 bagi tahun 2023 yang telah dilaksanakan selama tiga hari bermula 31 Mei hingga 2 Jun 2023.
Sesi pengauditan bermula dengan Mesyuarat Pembukaan pada hari pertama dipengerusikan oleh YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang turut disertakan pembentangan pengurusan kualiti JAKESS oleh Tuan Salehan Bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS seterusnya Mesyuarat penutupan yang juga dipengerusi oleh Ketua Hakim Syarie Selangor.
Siri auditan kali ini meliputi lokasi Ibu Pejabat, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor.
Jabatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hanidah binti Ghazali selaku Ketua Auditor bersama auditor-auditor yang lain dari pihak SIRIM iaitu Dr. Hisham bin Sabri, Puan Aisyah binti Haron dan Puan Arfa Atirah binti Arshad diatas kerjasama dan sepanjang sesi auditan ini berjalan.
Jabatan juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh warga kerja JAKESS yang telah bertungkus lumus dalam memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti dilaksanakan di jabatan ini
#jakess
#syariahasaskeadilan

JAKESS KUNJUNGI MENTERI AGAMA, BINCANG GERAK KERJA PEMANTAPAN INSTITUSI MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR DAN PELAN TRANSFORMASI AL-FALAH
Putrajaya, 1 Jun 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) semalam telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr Hj Mohd Na'im Mokhtar.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan hala tuju dan gerak kerja dalam memantapkan lagi institusi kehakiman syariah di negeri Selangor selaras dengan Visi JAKESS iaitu "Menjadi Institusi Kehakiman Syariah terunggul di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, adil dan efisien".
Selain itu, JAKESS turut menyatakan kesediaan bekerjasama dalam menjayakan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) yang diperkenalkan oleh YB Menteri Agama.
Kunjungan hormat ini dihadiri oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor, YA Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS, Puan Marina binti Abdul Rahman, Timb. Ketua Pendaftar JAKESS, Puan Lidyawati binti Salehhudin, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan JAKESS dan Encik Ahmad Hanis bin Ahmad Nafri, Pegawai Penerangan, Unit Komunikasi Korporat JAKESS.
JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri Agama atas kesudian menerima kunjungan JAKESS dan semoga perjumpaan ini mendapat keredhaan Allah SWT dan mencapai objektifnya.

JAKESS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KAGAT, JALIN KERJASAMA DUA HALA
Shah Alam, 13 Jun 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan hormat daripada KOR Agama Angkatan Tentera (KAGAT) bertempat di Ibu Pejabat JAKESS pada selesa baru-baru ini.
Kunjungan diketuai oleh Brigedier Jeneral Zainal Abidin bin Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT diiringi Mejar Mohd Khairil bin Mazlan Pegawai Undang-Undang KAGAT.
Menyambut kunjungan ini, diketuai YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor diiringi YA Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar dan Tuan Fairus bin Jaafar, Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif.
Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan Sulh, Hakam selain usaha dan kerjasama menganjurkan program-program yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua belah pihak.
Jabatan mengucapkan terima kasih atas kunjungan daripada KAGAT dan semoga perbincangan serta usaha ini mendapat keredhaan Allah SWT serta mencapai objektifnya.
#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor

Sekitar sesi temu bual Jejak Alumni@APIUM YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor bersama Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah binti Ismail daripada Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada Rabu bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
💡 Infografik turutan Manual Kerja Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Layari laman web JAKESS www.jakess.gov.my
Sumber: Bahagian Penyelesaian Alternatif JAKESS