Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
🎥 Sedang berlangsung webinar kefahaman undang-undang siri 50 oleh Puan Norsalwa Binti Abdullah Thani.
SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA AGUNG ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1444H.

Seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mengucapkan Salam Israk Mikraj, 27 Rejab 1444H/ 18 Februari 2023 kepada seluruh umat islam di negara ini.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat umat islam semesta alam.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
JAKES TERIMA PENGIKTIRAFAN DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2022

20 Febuari 2023, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima Pengiktirafan DIAMOND selaku Rakan Kongsi Rendah Karbon dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 bertempat di Hotel Mardhiyyah, disini semalam.

Pengiktirafan dianugerahkan keatas Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang telah berjaya mengurangkan pelepasan Gas Rumah Kaca sebanyak 4.16 peratus sejak tahun 2017 bersamaan dengan 30.10 tCO2eq.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Anugerah ini diterima oleh YA Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS diiringi Ts. Muhammad Ariff bin Mustapha, Ketua Bahagian Pembangunan JAKESS.

Jabatan ini berbesar hati menerima pengiktirafan ini sebagai salah satu usaha jabatan dalam penjagaan alam sekitar khususnya di negeri Selangor. Jabatan juga mengucapkan tahniah kepada warga JAKESS yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam kejayaan JAKESS menerima pengiktirafan ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
Sekitar lawatan sambil belajar ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang disertai oleh 28 pelajar semester empat Diploma tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat dari Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Lawatan diiringi Tuan Muhammad Fahmi bin Mohamad Soen, Penolong Pengarah Unit kemahiran Insaniah Darul Quran JAKIM dan disambut oleh YA Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS serta pegawai dan kakitangan JAKESS.

Lawatan tersebut bertujuan bagi mendedahkan para pelajar melalui sesi soal jawab dan lawatan sesi perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah sekali gus membolehkan para pelajar memahami proses dan prosedur yang dijalankan di Mahkamah.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah melancarkan satu produk inovasi bagi sistem pengiraan nafkah anak yang dikenali sebagai e-Naf. Produk inovasi ini dihasilkan bagi membantu pelanggan Mahkamah secara khususnya dalam menentukan kadar nafkah anak.

Sistem e-Naf telah dilancarkan secara rasminya pada 15 Disember 2022 oleh Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal, YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni di dalam Persidangan Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2022.

Sistem e-Naf ini adalah kalkulator pertama yang dibangunkan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia dengan berteraskan kepada Arahan Amalan JKSM No. 5 Tahun 2019 dan Arahan Ketua Hakim Selangor No.1 Tahun 2021 disamping melihat kepada beberapa contoh sistem pengiraan dari luar negara. Inisiatif JAKESS ini juga amat bertepatan dengan kehendak Arahan Amalan No. 6 Tahun 2022 JKSM iaitu keperluan pemfailan kes tuntutan nafkah anak bersama kes tuntutan permohonan perceraian atau pembubaran perkahwinan (dengan kehadiran suami), yang boleh membantu pelanggan dalam menganggarkan jumlah tuntutan bagi nafkah anak.

JAKESS berharap dengan adanya sistem e-Naf ini ianya dapat membantu pelanggan Mahkamah menentukan kadar nafkah anak yang sewajar dapat dicapai.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#KIK
#kitaselangor
BAYARAN TANPA TUNAI DI SEMUA LOKASI JAKESS 📲

Berkuatkuasa pada 1 Februari 2023 semua urusan pembayaran di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menggunakan bayaran tanpa tunai (cashless) atau e-Payment sepenuhnya di Ibu Pejabat atau Mahkamah Rendah Syariah Selangor.

Para pelanggan boleh menggunakan mod pembayaran tanpa tunai seperti kad kredit dan kad debit di seluruh lokasi.

Transaksi tanpa tunai terbukti lebih mudah, selamat dan cepat selaras dengan aspirasi JAKESS bagi mendigitalisasikan sepenuhnya urusan di JAKESS.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor