86 PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN
9 Februari 2023 – Seramai 86 orang peguam syarie yang baharu dilantik hari ini menerima sijil pentauliahan dalam Majlis Perisytiharan Dan Pentauliahan Peguam Syarie yang diadakan di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).
Majlis disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Dalam ucapan Beliau, Tan Sri Dato' Seri telah menyampaikan amanat kepada peguam syarie baru Negeri Selangor ini antaranya menjaga intergriti, merahsiakan rahsia anak guam, menjaga aib anak guam, meningkatkan pengetahuan hukum syarak, menghormati mahkamah, tidak memudaratkan anak guam dan beberapa amanat yang lain.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para peguam baru yang telah ditauliahkan dimana pelbagai cabaran telah dilalui mereka namun ia mampu menjadikan mereka seorang peguam syarie yang kuat.
Sementara itu, YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain Ketua Hakim Syarie Selangor dalam ucapan aluan beliau berharap agar semua peguam syarie dapat menjaga etika dan disiplin termasuklah sesama rakan peguam, mahkamah syariah dan anak guam.
Beliau turut memberi peringatan bahawa Mahkamah Syariah Negeri Selangor merupakan mahkamah dengan pendaftaran kes tertinggi di Malaysia sekaligus menyeru agar peguam sentiasa bersedia mengendali dan menyelesaikan kes dengan bijak dan segera tanpa mengenepikan prosedur yang telah dikanunkan.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datin Paduka Saudah Binti Sulaiman, Anggota MAIS, Tuan Haji Zainor Rashid Bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, Tuan Salehan Bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS, Tuan Che Saupi Bin Che Husin. Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah Negeri Selangor, Tuan Musa Bin Awang Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, anggata MAIS serta peguam-peguam syarie.
Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan ucapan tahniah buat kesemua 86 peguam syarie negeri Selangor yang terlibat dalam majlis pada hari ini.
#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor

Webinar Kefahaman Undang-undang Syariah Siri 50
Tajuk: Harta Sepencarian : Milik Siapa?
Penceramah: Puan Norsalwa Binti Abdullah Thani
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
Tarikh: 10 Februari 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang
Ikuti kami secara langsung di Facebook
https://www.facebook.com/jakessofficial
Like, Follow & Share page rasmi JAKESS
#jakess
#webinarjakess

🎥 Sedang berlangsung webinar kefahaman undang-undang siri 50 oleh Puan Norsalwa Binti Abdullah Thani.
SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA AGUNG ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1444H.
Seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mengucapkan Salam Israk Mikraj, 27 Rejab 1444H/ 18 Februari 2023 kepada seluruh umat islam di negara ini.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat umat islam semesta alam.
#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
Seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mengucapkan Salam Israk Mikraj, 27 Rejab 1444H/ 18 Februari 2023 kepada seluruh umat islam di negara ini.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat umat islam semesta alam.
#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
JAKES TERIMA PENGIKTIRAFAN DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2022
20 Febuari 2023, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima Pengiktirafan DIAMOND selaku Rakan Kongsi Rendah Karbon dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 bertempat di Hotel Mardhiyyah, disini semalam.
Pengiktirafan dianugerahkan keatas Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang telah berjaya mengurangkan pelepasan Gas Rumah Kaca sebanyak 4.16 peratus sejak tahun 2017 bersamaan dengan 30.10 tCO2eq.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Anugerah ini diterima oleh YA Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS diiringi Ts. Muhammad Ariff bin Mustapha, Ketua Bahagian Pembangunan JAKESS.
Jabatan ini berbesar hati menerima pengiktirafan ini sebagai salah satu usaha jabatan dalam penjagaan alam sekitar khususnya di negeri Selangor. Jabatan juga mengucapkan tahniah kepada warga JAKESS yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam kejayaan JAKESS menerima pengiktirafan ini.

Sekitar lawatan sambil belajar ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang disertai oleh 28 pelajar semester empat Diploma tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat dari Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Lawatan diiringi Tuan Muhammad Fahmi bin Mohamad Soen, Penolong Pengarah Unit kemahiran Insaniah Darul Quran JAKIM dan disambut oleh YA Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS serta pegawai dan kakitangan JAKESS.
Lawatan tersebut bertujuan bagi mendedahkan para pelajar melalui sesi soal jawab dan lawatan sesi perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah sekali gus membolehkan para pelajar memahami proses dan prosedur yang dijalankan di Mahkamah.