Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
Sekitar Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie dan Perhimpunan Jabatan Bil. 1 Tahun 2023 Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang berlangsung di Dewan Muktamar pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar penjawat awam negeri Selangor dan Amanat tahun baru oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.

Majlis juga menyaksikan penyampaian anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Januari hingga Disember 2022 dan anugerah penghargaan lokasi Mematuhi Etika Berpakaian serta penghargaan Lokasi Mematuhi Larangan Merokok bagi tahun 2022.

Warga JAKESS juga disajikan dengan Seminar Pengurusan Tekanan Di Tempat Kerja (Vertikal dan Horizontal) (Majikan dan Pelanggan) disampaikan oleh YBhg. Dr Ab Rahman bin Ibrahim, Accredited Trainer.

Semoga program pada hari ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
Webinar Kefahaman Undang-undang Syariah Siri 49

Tajuk: Majlis Sulh : Antara Cabaran & Salah Faham

Penceramah:
Puan Nurul Nadia Binti Tahad
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 27 Januari 2023 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

#jakess
#webinarjakess
#syariahasaskeadilan
NOTIS PEMAKLUMAN

JAKESS telah melaksanakan pengasingan nombor talian perkhidmatan telefon bagi Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Rujuk grafik bagi info nombor talian yang terkini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#selangorkita