Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
SELASA, 10 JANUARI 2023 – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kehakiman Syarie Kedah pada hari ini.

Deligasi lawatan kerja yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain ini bertujuan mewujudkan hubungan rakan strategik bersama Jabatan Kehakiman Syariah Kedah dalam perbincangan dan perkongsian berkaitan pindaan undang-undang syariah kedua-dua negeri.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Rabu, 11 Januari 2022 - Warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini berkumpul di Dewan Muktamar bagi mengikuti Majlis Amanat Tahun Baru 2023 YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shahri secara dalam talian.

Segala amanat yang dikongsikan oleh YAB Menteri Besar Selangor akan diambil sebagai pembakar semangat oleh warga JAKESS khususnya dalam memulakan tahun 2023 dengan cemerlang.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
JUMAAT, 13 JANUARI 2023- Satu sesi latihan penggunaan Pangkalan Data Atas Talian Current Law Journal (CLJ) telah diadakan pada hari ini jam 3.00 petang. Latihan anjuran Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber dengan kerjasama Bahagian Latihan dan Inovasi Latihan ini telah diadakan secara hibrid iaitu latihan secara bersemuka dan dalam talian melibatkan Pegawai-Pegawai Syariah Jakess.

Antara objektif latihan adalah memastikan Pegawai Syariah menggunakan Pangkalan Data Atas Talian CLJ dengan optimum dalam melaksanakan tugasan perundangan dan kehakiman. Latihan ini telah dikendalikan oleh Encik Syed Mohd Aris, pegawai dari CLJ Legal Network Sdn Bhd dan disertai oleh 43 orang pegawai.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
Sekitar Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie dan Perhimpunan Jabatan Bil. 1 Tahun 2023 Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang berlangsung di Dewan Muktamar pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar penjawat awam negeri Selangor dan Amanat tahun baru oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.

Majlis juga menyaksikan penyampaian anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Januari hingga Disember 2022 dan anugerah penghargaan lokasi Mematuhi Etika Berpakaian serta penghargaan Lokasi Mematuhi Larangan Merokok bagi tahun 2022.

Warga JAKESS juga disajikan dengan Seminar Pengurusan Tekanan Di Tempat Kerja (Vertikal dan Horizontal) (Majikan dan Pelanggan) disampaikan oleh YBhg. Dr Ab Rahman bin Ibrahim, Accredited Trainer.

Semoga program pada hari ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor