Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1444H | 2022M dengan tema tahun ini “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

‎اللهم صلی علی سيدنا محمد وعلی آل سيدنا محمد

#jakess
#syariahasaskeadilan
📣 AYUH WARGA KUALA SELANGOR & SABAK BERNAM JOM KE SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH SIRI KE-4

Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri Ke-4 Zon Kuala Selangor & Sabak Bernam
Tarikh: 20 Oktober 2022
Masa: 8 Pagi - 1 Tengah Hari
Tempat: Dewan Raja Lumu, Kompleks PAID Kuala Selangor

Program anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bersama Lembaga Zakat Selangor & Persatuan Pegawai Syariah Malaysia membawa topik Poligami, Antara Wajib Dan Sunnah. Untuk maklumat lanjut hubungi Puan Madihah - 0193641213.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#SeminarKefahamanUndangUndangSyariahSiri4
HEBAHAN: SEMUA PERKHIDMATAN RUNDINGCARA DI MAHKAMAH SYARIAH SELURUH SELANGOR DIHENTIKAN BERMULA 1 NOVEMBER 2022

Untuk maklumat lanjut sila rujuk infografik disediakan. Harap maklum terima kasih.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Dimaklumkan talian telefon MRS Petaling dan Klang sedang mengalami masalah gangguan sambungan. Sebarang pertanyaan pihak-pihak boleh menghubungi MRS berikut seperti yang tertera di notis pemakluman ini buat sementara waktu. Harap maklum, sebarang kesulitan amat dikesali.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Kes-kes rasuah dan pecah amanah yang berlaku di kalangan segelintir kepimpinan negara seringkali menjadi topik perbincangan utama mutakhir ini. Ini menunjukkan amalan tidak berintegriti masih menjadi masalah serius yang berterusan berlaku di negara kita.

Isu rasuah, pecah amanah, khianat, culas, tidak bertanggungjawab, tidak menepati waktu dan lain-lain lagi seolah-olah menjadi ‘budaya mendarah daging’ yang begitu sukar diubati.

Bukan hanya membabitkan kakitangan peringkat bawahan, malah mereka yang berada di puncak kuasa seakan gagal menjunjung nilai integriti sebenar. Jika terus dinormalisasikan di dalam masyarakat, natijahnya seluruh struktur kepercayaan dan kesetiaan terhadap negara ini akan pincang sekaligus mengganggu gugat prinsip rukun negara yang dipegang selama ini.

Islam ajaran yang amat jelas mengharamkan rasuah dan menuntut integriti, namun umat Islam antara yang paling banyak terlibat dalam masalah integriti. Benar, integriti cerminan ketaqwaan. Ikuti huraian mendalam mengenai tajuk Integriti Tanggungjawab Bersama di https://www.mais.gov.my/2022/11/15/integriti-tanggungjawab-bersama/
NOTIS PEMAKLUMAN

Mahkamah Rendah Syariah Klang ditutup pada hari ini sebagai langkah keselamatan berikutan air banjir telah naik ke pintu utama mahkamah. Sila hubungi talian atau emel seperti yang tertera jika anda memerlukan bantuan daripada pihak Mahkamah Rendah Syariah Klang.

#jakess
#syariahasaskeadilan
WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

SIRI 46
Proses Semakan di Mahkamah Syariah Selangor

Penceramah: Puan Nur Afiqah binti Ismail
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 9 Disember 2022 (Jumaat)
Masa: 3-4 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial

#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Yang Ke-77

Semoga sentiasa dirahmati & diberkati Allah SWT Dirgahayu Tuanku

#jakess
#syariahasaskeadilan
YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Arif Puan Zalinah binti Said diatas kurniaan Pingat Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.)

#jakess
#syariahasaskeadilan
JAKESS MENGADAKAN PERSIDANGAN KOMUNITI SULH & RAKAN SOKONGAN KELUARGA SERTA PELANCARAN APLIKASI E-NAF

Shah Alam, 15 Disember 2022 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) melancarkan sistem pengiraan digital penentuan jumlah kadar nafkah anak, E-Naf dalam program Persidangan Komuniti Sulh & Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Negeri Selangor Tahun 2022 bertempat di Hotel Mardhiyyah, disini semalam.

Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Selangor. Majlis juga dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang juga penaung program.

Persidangan ini menghimpunkan kira-kira 250 peserta dalam kalangan imam, nazir masjid, muslimat masjid dan penyelia Pusat Wanita Berdaya di Setiap DUN yang telah menghadiri enam kursus Komuniti Sulh dan Rakan BSK sebelum ini.

Individu ini dipilih kerana mereka adalah golongan terdekat yang akan dirujuk oleh masyarakat setempat diperingkat awal bagi mendapatkan nasihat, panduan dan bantuan dalam isu-isu kekeluargaan.

Pada program ini juga sistem aplikasi E-Naf telah dilancarkan yang merupakan hasil inovasi pasukan inovasi Jabatan iaitu KIK Jaegers yang dapat membantu pihak-pihak memudahkan penentuan kadar nafkah, agar jumlah tuntutan dalam isu nafkah dapat dibuat dengan lebih realistik dengan keadaan semasa.

Program ini mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor serta membariskan pembentang kertas kerja dan ahli panel forum yang berwibawa antaranya Datin Maszuriyati binti Aziz, Puan Maria binti Jilani, Tuan Salehan bin Yatim, Puan Intan Amalina binti Dato' Sri Mohd Sarit dan Puan Fakihah binti Azhari.

JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih diatas keterlibatan semua pihak dan semoga persidangan ini mampu memberi impak sebagai wadah penyatuan pemikiran.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#sulh #bahagiansokongankeluarga
16 Disember 2022- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini telah menerima sumbangan berjumlah RM200,000.00 daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam satu majlis penyerahan simbolik replika cek MAIS yang disampaikan oleh Puan Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS kepada YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.

Majlis yang berlangsung pada sebelah petang itu telah diadakan di pejabat Pengerusi MAIS, Tingkat 9, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Sehubungan dengan itu, YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain dalam ucapan ringkasnya bagi pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAIS atas sumbangan tersebut dan berharap dengan sumbangan tersebut dapat melancarkan pelaksanaan Hakam dan menampung segala kos yang bersangkutan dengan fungsi, elaun dan tadbir urus Hakam Negeri Selangor.

Mulai Januari hingga Oktober 2022, sebanyak 1121 kes perceraian secara Hakam telah berjaya diselesaikan dan merupakan yang tertinggi sejak mula diperkenalkan melalui pewartaan Kaedah-Kaedah Hakam (Negeri Selangor) tahun 2014.

Seramai 62 orang anggota Panel Hakam telah dilantik oleh MAIS sejak tahun 2015 sehingga 2022 dan anggota Panel Hakam tersebut telah menjalankan tugas mereka sebagai Hakam mengendalikan Majlis Tahkim bagi kes-kes perceraian dan pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah di seluruh Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
NOTIS PEMAKLUMAN

Kaunter pendaftaran/kutipan bayaran hasil bagi Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah seluruh negeri Selangor tidak beroperasi berikutan gangguan capaian sistem E-Syariah Versi 3.

Walaubagaimanapun perkhidmatan tadbir afidavit/wakalah beroperasi seperti biasa.

#jakess
#syariahasaskeadilan
WEBINAR LITERASI KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
SIRI 47

Mitos & Salah Faham Tentang Mahkamah Syariah

Penceramah:
Puan Marina binti Abdul Rahman
Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 23 Disember 2022 (Jumaat)
Masa: 3-5 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS
https://www.facebook.com/jakessofficial

#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
WEBINAR LITERASI KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
SIRI 48

Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Bantu

Penceramah:
Tuan Ab Malek bin Awang
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 30 Disember 2022 (Jumaat)
Masa: 3.00 hingga 4.00 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS
https://www.facebook.com/jakessofficial

#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
Selamat Menyambut Tahun Baru 2023. Semoga kejayaan demi kejayaan dilakar Warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Ikhlas daripada YAA Dato’ Mohamad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#tahunbaru2023