Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
23 September hingga 25 September 2022- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dengan kerjasama Wanita Berdaya Selangor (WBS) telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) bertempat di Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor.

Objektif kursus ini bermatlamatkan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan pemahaman undang-undang keluarga Islam, pengenalan Sulh di Mahkamah Syariah Selangor, teknik asas mediasi dan kaunseling, fungsi serta peranan Bahagian Rakan Sokongan Keluarga (BSK) dalam penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah.

Penyertaan seramai 54 orang peserta terdiri daripada Penyelia DUN Seluruh Selangor dan juga Ahli Jawatankuasa Pusat Berdaya Selangor (PWB). Program kursus selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr Siti Mariah binti Mahmud, Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan Dan Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor pada 24 September 2022.

Turut hadir semasa sesi perasmian Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Tuan Salehan bin Yatim dan Ketua Pegawai Eksekutif WBS, Puan Roseeta binti Ramli. Sebanyak 7 slot modul kursus sepanjang program ini berjalan dan sebanyak 2 sesi simulasi (roleplay) sulh/mediasi melibatkan semua peserta.

Program kursus yang berakhir pada 25 September 2022 ini para peserta telah memberikan maklumbalas yang positif dan berharap agar ianya dapat diteruskan lagi dimasa akan datang. Kebanyakan peserta sangat berpuas hati dan berpendapat program ini sangat bermanfaat dalam memberikan pelbagai ilmu baru terutamanya teknik-teknik dan tip bagi mengendalikan pertikaian dan permasalahan keluarga, pengetahuan asas dalam perundangan Islam serta asas mediasi sebagai persediaan dalam membantu masyarakat terhadap permasalahan yang dirujuk kepada mereka.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutamanya kepada YBerhormat Dr. Siti Mariah binti Mahmud, kepimpinan Wanita Berdaya Selangor (WBS), para penyelia DUN Selangor, barisan tenaga penceramah, fasilitator dan urusetia yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.
Shah Alam, 26 September 2022 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah perkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan tersebut telah disempurnakan bertempat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menyampaikan watikah pelantikan yang terdiri daripada;

YA Datuk Haji Mohd Radzi bin Haji Abd Latif, Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor,

YA Tuan Dr. Zainal Abidin bin Kusmin, Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Selangor,

Tuan Mohd Shahidan bin Abdul Ghapar dan Tuan Ahmad Husaini bin Othman, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor,

JAKESS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima watikah. Semoga pelantikan ini dapat mengukuhkan lagi tadbir urus perundangan dan kehakiman syariah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di Negeri Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
*WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH*

*SIRI 45*
*Tunaikan Hak,Lunaskan Tanggungjawab*

Penceramah: *Puan Noralwani binti Waimin*
*Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor*

Tarikh: *30 September 2022 (Jumaat)*
Masa: *3-4 petang*

Ikuti kami *secara langsung di Facebook*


_Like, Follow & Share page_ rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial


#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
#kebiasaanbaharu
YAA KETUA HAKIM SYARIE SELANGOR SERTAI PROGRAM KONVENSYEN PIMPINAN MAHASISWA SELANGOR TIMUR TENGAH

Shah Alam, 30 September 2022 - YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor baru-baru ini berkesempatan berkongsi pengalaman dan beramah mesra bersama mahasiswa anak-anak Selangor sepanjang Program Konvensyen Pimpinan Mahasiswa Selangor Timur Tengah yang berlangsung daripada 25 hingga 28 September 2022 di Iskandariah, Mesir.

Program yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor ini telah diadakan bagi memperkasa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di timur tengah serta sebagai sebuah mekanisma perkongsian maklumat, pengalaman dan idea dalam kalangan anak-anak Selangor yang sedang menuntut di Maghribi, Jordan dan Republik Arab Mesir.

YAA Ketua Hakim Syarie Selangor telah dijemput bagi membentangkan tajuk Forum Kerjaya dalam Bidang Kehakiman dan Perundangan Syariah yang jelas menarik perhatian para mahasiswa untuk menimba pengalaman daripada YAA Ketua Hakim Syarie sendiri sebelum melangkah ke industri pekerjaan yang sebenar.

Program yang dikelolakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini turut disertai oleh barisan delegasi Menteri Besar Selangor iaitu YB Dato' Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal, Dato' Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) serta barisan-barisan delegasi yang lain.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mengucapkan terima kasih dan tahniah diatas perlaksanaan program yang amat bermanfaat ini. Semoga setiap usaha diberkati Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1444H | 2022M dengan tema tahun ini “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

‎اللهم صلی علی سيدنا محمد وعلی آل سيدنا محمد

#jakess
#syariahasaskeadilan
📣 AYUH WARGA KUALA SELANGOR & SABAK BERNAM JOM KE SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH SIRI KE-4

Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri Ke-4 Zon Kuala Selangor & Sabak Bernam
Tarikh: 20 Oktober 2022
Masa: 8 Pagi - 1 Tengah Hari
Tempat: Dewan Raja Lumu, Kompleks PAID Kuala Selangor

Program anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bersama Lembaga Zakat Selangor & Persatuan Pegawai Syariah Malaysia membawa topik Poligami, Antara Wajib Dan Sunnah. Untuk maklumat lanjut hubungi Puan Madihah - 0193641213.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#SeminarKefahamanUndangUndangSyariahSiri4