Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
SALAM IDUL ADHA 1443H/2022M 🌙

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga amalan dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

#iduladha
#jakess
#syariahasaskeadilan
19 Julai 2022, Selasa - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan Muzakarah Hakam pada Selasa bertempat di Dewan Muktamar, JAKESS dengan dihadiri seramai 33 orang Panel Hakam seluruh Selangor dan beberapa orang Hakim Syarie Mahkamah Syariah Selangor termasuk Setiausaha Jawatankuasa Hakam, merangkap Ketua Pendaftar JAKESS Tuan Salehan bin Yatim.

Muzakarah Hakam kali kelima ini diadakan sebagai medan untuk mengumpulkan isu-isu dan permasalahan yang timbul sepanjang pengendalian Majlis Tahkim di Mahkamah Syariah Selangor untuk dibincangkan dan mendapatkan ketetapan yang bertepatan dengan Hukum Syarak dan selari dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Muzakarah ini sangat penting sebagai usaha penyeragaman amalan di kalangan semua anggota Panel Hakam semasa pengendalian Majlis Tahkim. Antara amanat YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hakam Selangor agar semua Panel Hakam sentiasa memastikan prosedur yang digariskan dipatuhi. Setiap anggota Panel Hakam juga perlu mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi, beretika dan berintegriti bagi mengelakkan sebarang isu bantahan atau ketidakpuasan hati pelanggan terhadap pengendalian prosiding Majlis Tahkim di Mahkamah Syariah Selangor.

Program sehari ini diurusetiakan oleh Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR) JAKESS dan telah berjaya mencapai matlamatnya dengan beberapa resolusi dijadikan garis panduan untuk dipraktikkan oleh semua anggota Panel Hakam di Negeri Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
SALAM MAAL HIJRAH 1444H | 2022M 🕌

Bersama-sama kita menghayati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW sebagai sebuah iktibar tentang perubahan daripada perkara negatif kepada positif di dalam kehidupan kita. Semoga kedatangan tahun baharu ini membawa keberkatan dan limpahan rahmat untuk kita menjadi insan yang lebih baik.

Ikhlas daripada YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#jakess
#MaalHijrah1444H
#syariahasaskeadilan
JAKESS MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TAN SRI KHALID IBRAHIM

إنا لله و إنا إليه راجعون.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan segala dosanya diampunkan oleh Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

SIRI 43
Panduan Memulakan Prosiding Komital di Mahkamah Syariah Selangor

Penceramah: Tuan Aminullah bin Bahrin
Pegawai Syariah Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

Tarikh: 12 Ogos 2022 (Jumaat)
Masa: 3-4 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook


Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial


#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
#kebiasaanbaharu
Sekitar program Penyerahan Jalur Gemilang diadakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menghantar 3 buah kereta ke prgram tersebut. Turut hadir ialah Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#merdeka65
#TeguhBersama
Sama-sama kita semarakkan semangat merdeka dan memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 Peringkat Negeri Selangor 2022 pada 30 Ogos 2022 (Selasa), 8 malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#merdeka65
#TeguhBersama
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-65! 🇲🇾🇲🇾

#jakess
#syariahasaskeadilan
#merdeka65
#TeguhBersama
WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

SIRI 44
Sulh : Pengadilan Tanpa Perbicaraan

Penceramah: Tuan Mustaqim bin Darus
Pegawai Syariah Mahkamah Rendah Syariah Selangor

Tarikh: 2 September 2022 (Jumaat)
Masa: 3-4 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial


#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
FORUM PERDANA: "PUSAKA TIDAK BERTUAN"

Akan diadakan pada:

Tarikh/hari: 8 September 2022 | 11 Safar 1444 | Khamis

Masa: 9.00 malam - 10.30 malam

Siaran langsung di TV 1, RTM

Moderator:
▶️ Ustaz Rizal bin Ramli, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAIS

Panel:
▶️ YAD Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, S.S Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor

▶️ YBhg. Prof Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

▶️ Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitumal, MAIS
NOTIS PEMAKLUMAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

❗️ Pendaftaran/ Kutipan Bayaran Hasil bagi Mahkamah Tinggi Syariah (MTS) dan Mahkamah Rendah Syariah (MRS) seluruh Negeri Selangor tidak akan beroperasi
pada 29 September 2022 (Khamis).

❗️ Perkhidmatan Rundingcara Dalam Talian dan Tadbir Afidavit/ Wakalah beroperasi seperti biasa.

❗️ Kembali beroperasi seperti biasa pada 30 September 2022 (Jumaat).

#jakess
#syariahasaskeadilan
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA YANG KE-59 🇲🇾🇲🇾

Ikhlas daripada YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

#jakess
#syariahasaskeadilan
#harimalaysia2022
YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puah Rahiza biti Ab Rahim, diatas penerimaan pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C) serta Puan Ramidah binti Abd Hamid diatas penerimaan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T).

#jakess
#syariahasaskeadilan