Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
381 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
21 Jun 2022, Selasa - YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pada hari ini telah berkunjung ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam bagi membincangkan isu-isu kerjasama antara mahkamah dan IPD khususnya berkaitan penempatan anggota polis mahkamah, isu integriti, pelaksanaan perintah mahkamah syariah dan isu pemalsuan dokumen yang melibatkan pihak-pihak dan kakitangan mahkamah.

Kunjungan hormat telah dipengerusikan oleh YDH ACP Tuan Mohd Iqbal bin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Shah Alam.

Turut serta dalam kunjungan ini juga adalah para pegawai syariah JAKESS dan anggota IPD Shah Alam.

Terima kasih diucapkan kepada warga IPD Shah Alam dan semoga jalinan kerjasama ini mendapat keberkatan dari Allah SWT seterusnya memberi kebaikan kepada semua pihak.

#jakess
#syariahasaskeadilan
JAKESS BERJAYA MENGEKALKAN PENSIJILAN MS ISO 9001: 2015 DAN MS 1900: 2014

23 Jun 2022, Rabu - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) semalam telah selesai melaksanakan sesi pengauditan Pensijilan Semula MS ISO 9001: 2015 Dan MS 1900: 2014 yang telah dilaksanakan selama tiga hari bermula 20 Jun 2022 hingga 22 Jun 2022.

Sukacita dimaklumkan JAKESS telah berjaya mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001: 2015 dan MS 1900: 2014 dengan 0 NCR dan 4 OFI bagi tempoh 3 tahun.

Sesi pengauditan bermula dengan Mesyuarat Pembukaan pada hari pertama dipengerusikan oleh YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang turut disertakan pembentangan pengurusan kualiti JAKESS oleh Tuan Salehan Bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS seterusnya Mesyuarat penutupan yang juga dipengerusi oleh Ketua Hakim Syarie Selangor.

Siri auditan kali ini meliputi lokasi Ibu Pejabat, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Mahkamah Rendah Syariah Ampang dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Jabatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hanidah binti Ghazali selaku Ketua Auditor bersama auditor-auditor yang lain dari pihak SIRIM iaitu Dr. Hisham bin Sabri, Encik Mohd Hisyam bin Mahadi dan Puan Asiyah Binti Haron diatas kerjasama dan sepanjang sesi auditan ini berjalan.

Jabatan juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh warga kerja JAKESS yang telah bertungkus lumus dalam memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti berasaskan syariah dapat dilaksanakan di jabatan ini sekaligus mengekalkan sijil pengurusan MS ISO 9001: 2015 dan MS 1900: 2014.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Assalamualaikum wbt

Untuk makluman semua, talian MRS Sepang sedang dalam proses pembaikan.

Buat masa ini, sebarang pertanyaan atau urusan boleh berhubung melalui emel mrssepang2018@gmail.com
7 Julai 2022 – YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor telah diberi penghormatan untuk menyampaikan syarahan dalam Program Syarahan Profesor Adjung yang dianjurkan oleh Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM). YAA Dato’ telah membentangkan syarahan bertajuk “Pemakaian Konsep Ijtihad di Mahkamah Syariah” dan disampaikan secara atas talian.

Program yang bermula tepat pada jam 11:00 pagi ini telah disertai lebih daripada 207 orang yang terdiri daripada mahasiswa Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan (DLSA) dan mahasiswa jurusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) UiTM. Selain itu, program ini turut dihadiri oleh warga UiTMLaw dan kakitangan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Syarahan ini membentangkan konsep ijtihad yang diamalkan di Mahkamah Syariah, kepentingan yang timbul selari dengan perkembangan semasa yang memerlukan jawapan hukum terutama dalam bidang perundangan syariah umumnya dan khususnya amalannya di Malaysia. Antara isu-isu semasa yang diulas oleh YAA Dato’ berkenaan dengan pelaksanaan ijtihad yang berlaku di Malaysia antaranya berhubung dengan penetapan jumlah bagi nafkah, mut’ah dan isu kewangan dalam menangani peningkatan sara hidup dan inflasi.

Di akhir syarahan, YAA Dato’ telah menyimpulkan bahawa ijtihad hakim adalah sangat diperlukan terhadap perkara-perkara baru dalam pengembangan hukum dan perundangan. Walaupun terdapatnya undang-undang yang telah digazetkan namun masih wujud ruang-ruang ijtihad yang boleh dilaksanakan oleh hakim. Hasil ijtihad hakim ini memberikan manfaat kepada perkembangan agama, undang-undang dan kemaslahatan masyarakat.

YAA Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM berkesempatan menyertai syarahan ini dan memberikan ucapan penghargaan kepada YAA Dato' Mohammad Adib atas perlantikan sebagai Profesor Adjung dan terima kasih kepada UiTM atas penghargaan yang diberikan kepada Pegawai Syariah secara amnya. YAA Dato’ Setia turut menasihati mahasiswa untuk membuat persiapan dalam mendepani cabaran undang-undang selepas tamat pengajian kerana mahasiswa akan memainkan peranan penting dalam memertabatkan Perundangan Syariah di Malaysia.

Sebagai rekod, YAA Dato’ merupakan Prof Adjung bagi Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula 1 September 2020.

#jakess
#syariahasaskeadilan
SALAM IDUL ADHA 1443H/2022M 🌙

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga amalan dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

#iduladha
#jakess
#syariahasaskeadilan