Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
381 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
JAKESS RAIH CEMERLANG 5 BINTANG ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN TAHUN 2021

Khamis, 9 Jun 2022 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mencatat sejarah gemilang apabila dianugerahkan sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan tahun 2021 bertaraf Cemerlang 5 Bintang dengan markah 96% dalam Majlis Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara bertempat di Dewan Damar Sari, Putrajaya.

YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor mewakili Jabatan menerima penganugerahan bagi kategori Jabatan di Bawah Kerajaan Negeri itu semalam.

Sesi auditan telah dilaksanakan secara dalam talian pada 17 September 2021 oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie Selangor bersama kumpulan pelaksana JAKESS.

Untuk pengetahuan lanjut, JAKESS telah menerima anugerah Baik bagi Inspektorat tahun 2018 dan tela meningkatkan prestasi meraih Anugerah Cemerlang bagi tahun 2021.

Terima kasih dan syabas kepada semua warga kerja JAKESS yang telah bertungkus lumus sehingga meraih anugerah ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN PARKIR AWAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH HULU LANGAT BERIKUTAN PERLAKSANAAN KERJA PEMBINAAN DI KAWASAN MAHKAMAH.

#jakess
#syariahasaskeadilan
16 Jun 2022, Khamis - Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Hulu Langat telah menerima kunjungan YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sempena program Turun Padang Pengerusi MAIS ke Daerah Hulu Langat.

Kunjungan Pengerusi MAIS bersama ahli rombongan beliau telah disambut baik oleh Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Tuan Abdullah Zuhdee bin Ab Halim, Hakim MRS Hulu Langat serta warga kerja MRS Hulu Langat.

JAKESS menghargai kunjungan Pengerusi MAIS yang sudi untuk bersuai kenal dan mengambil tahu situasi semasa pentadbiran di MRS Hulu Langat.

Semoga jalinan kerjasama mendapat keberkatan dari Allah SWT seterusnya memberi kebaikan kepada semua pihak.

#jakess
#syariahasaskeadilan
21 Jun 2022, Selasa - YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pada hari ini telah berkunjung ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam bagi membincangkan isu-isu kerjasama antara mahkamah dan IPD khususnya berkaitan penempatan anggota polis mahkamah, isu integriti, pelaksanaan perintah mahkamah syariah dan isu pemalsuan dokumen yang melibatkan pihak-pihak dan kakitangan mahkamah.

Kunjungan hormat telah dipengerusikan oleh YDH ACP Tuan Mohd Iqbal bin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Shah Alam.

Turut serta dalam kunjungan ini juga adalah para pegawai syariah JAKESS dan anggota IPD Shah Alam.

Terima kasih diucapkan kepada warga IPD Shah Alam dan semoga jalinan kerjasama ini mendapat keberkatan dari Allah SWT seterusnya memberi kebaikan kepada semua pihak.

#jakess
#syariahasaskeadilan