Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
381 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
13 Mei 2022, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021, Jasamu Dikenang, Pelancaran Pelan Strategik Dan Sistem E-Trace pada jumaat lalu bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam.

Majlis gilang gemilang ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato' Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diiringi YA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor, Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis serta Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Majlis dimulakan dengan sesi fotografi penerima anugerah bersama dif-dif kehormat seterusnya ucapan aluan oleh YA Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan perasmian oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebelum berlangsungnya gimik pelancaran Pelan Strategik Jabatan 2021-2025 dan Projek Inovasi JAKESS.

Antara intipati ucapan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah beliau optimis terhadap keupayaan JAKESS untuk menjadi negeri contoh dalam pengendalian kes-kes mahkamah syariah.

Beliau juga turut menekankan kepentingan penjawat awam di negeri Selangor untuk menyokong dan mencapai segala hasrat Kerajaan Negeri Selangor terutama di zaman kepercayaan rakyat terhadap penjawat awam yang semakin mencabar.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah dimulai dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021, Anugerah Khas Ketua Hakim Syarie, Anugerah-Anugerah lain, Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan dan akhir sekali Penyampaian Sijil Penghargaan Jasamu Dikenang.

Majlis ditutup dengan jamuan dan hidangan bertemakan Aidilfitri yang turut disambut oleh para peserta majlis pada kali ini.

Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas kelapangan memeriahkan lagi majlis ini, ucapan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah serta penghargaan kepada urusetia majlis yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada tahun ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#APC21
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🎥 Jom saksikan video sorotan sepanjang Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021, Jasamu Dikenang, Pelancaran Pelan Strategik Dan Sistem E-Trace yang berlangsung pada 13 Mei 2022 bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam.

Video disediakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#APC2021
YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor baru-baru ini berkesempatan menyertai sebuah sesi perkongsian ilmiah bersama pelajar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Sesi yang bertajuk 'Understanding Syariah Law and Journey to Becoming the Chief Judge of Syariah High Court' diadakan pada 13 Mei 2022, Jumaat bermula 8 malam sehingga 10 malam dilaksanakan secara dalam talian.

Sesi perkongsian disertai kira-kira 35 pelajar yang berminat untuk mengetahui perkembangan semasa perundangan syariah di Malaysia serta mengambil pengalaman Ketua Hakim Syarie Selangor terutamanya di dalam industri perundangan syariah.

Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih diatas undangan pihak IIUM.

#jakess
#syariahasaskeadilan
WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

SIRI 42
Aplikasi & Tuntutan Hibah di Mahkamah Syariah

Penceramah: Puan Mahmudah binti Narowi
Pegawai Syariah Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

Tarikh: 10 Jun 2022 (Jumaat)
Masa: 3-4 petang

Ikuti kami *secara langsung di Facebook*


_Like, Follow & Share page_ rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial


#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
#kebiasaanbaharu
JAKESS RAIH CEMERLANG 5 BINTANG ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN TAHUN 2021

Khamis, 9 Jun 2022 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mencatat sejarah gemilang apabila dianugerahkan sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan tahun 2021 bertaraf Cemerlang 5 Bintang dengan markah 96% dalam Majlis Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara bertempat di Dewan Damar Sari, Putrajaya.

YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor mewakili Jabatan menerima penganugerahan bagi kategori Jabatan di Bawah Kerajaan Negeri itu semalam.

Sesi auditan telah dilaksanakan secara dalam talian pada 17 September 2021 oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie Selangor bersama kumpulan pelaksana JAKESS.

Untuk pengetahuan lanjut, JAKESS telah menerima anugerah Baik bagi Inspektorat tahun 2018 dan tela meningkatkan prestasi meraih Anugerah Cemerlang bagi tahun 2021.

Terima kasih dan syabas kepada semua warga kerja JAKESS yang telah bertungkus lumus sehingga meraih anugerah ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan