Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
381 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
14 Disember 2021- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Komuniti Sulh dan Rakan BSK (Bahagian Sokongan Keluarga) bertempat di Dewan Muktamar, JAKESS yang dirasmikan oleh YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.

Majlis disertai 95 peserta dari barisan Imam-Imam Masjid di seluruh negeri Selangor yang telah dilatih melalui Kursus Asas Sulh (Komuniti Sulh dan Rakan BSK) sebanyak 3 siri sepanjang tahun 2019.

Program ini merupakan pelancaran kepada pewujudan Komuniti Sulh dan Rakan BSK dari kalangan imam-imam masjid di seluruh negeri Selangor untuk membantu memberikan nasihat awam berkaitan pertikaian kekeluargaan, saluran perundangan yang betul, selain menggerakkan usaha advokasi berkaitan kewajipan bapa dalam menyediakan nafkah anak serta kesan kepada pelanggaran perintah nafkah, di samping menyebarluaskan kewujudan dan fungsi BSK dalam menguatkuasakan perintah nafkah.

Kursus Asas Sulh (Komuniti Sulh dan Rakan BSK) ini merupakan kerjasama di antara JAKESS dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat YB Puan Dr Siti Mariah binti Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga yang telah bermula sejak tahun 2019.

#jakess
#syariahasaskeadilan
JOM MEMBACA @ PUSAT SUMBER JAKESS 📚📖

Unit Pusat Sumber JAKESS menjemput semua untuk bersama-sama menambah ilmu dan pengetahuan bersama koleksi-koleksi buku di Pusat Sumber JAKESS. Masuk adalah percuma!

#jakess
#syariahasaskeadilan
#membacajambatanilmu
MAKLUMAN PENUTUPAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KLANG

Adalah dimaklumkan bahawa operasi Mahkamah Rendah Syariah Klang ditutup sementara mulai 20 Disember 2021(Isnin) sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ini berikutan kejadian banjir yang telah berlaku di kebanyakan kawasan di daerah Klang.

Semua prosiding kes-kes di Mahkamah Rendah Syariah Klang akan dijadualkan semula dan pemakluman penjadualan semula akan dimaklumkan melalui perkhidmatan iSMS atau semakan melalui portal esyariah.

Sebarang pertanyaan, boleh dihubungi melalui e-mel: mrsklang01@gmail.com .

Sebarang kesulitan amat dikesali. Sekian. Harap maklum.

#jakess
#syariahasaskeadilan
NOTIS PEMAKLUMAN

Operasi Mahkamah Rendah Syariah Klang dibuka semula pada 22 Disember 2021 (Rabu). Harap maklum, terima kasih.

#jakess
#syariahasaskeadilan
27 Disember 2021, Isnin - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini telah menerima sumbangan bantuan banjir daripada Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang (JKSNPP) yang berupa barang-barang keperluan seperti tilam, bantal, botol susu, telekung dan lain-lain.

Pihak JAKESS menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh JKSNPP untuk diagihkan kepada kakitangan-kakitangan JAKESS yang terkesan dengan bencana banjir di Selangor baru-baru ini.

Antara wakil rombongan pegawai JKSNPP yang hadir dalam penyerahan sumbangan petang tadi ialah Tuan Abdul Rahman bin Abdullah, Tuan Mohamad Fadlan bin Othman, Encik Norazlan bin Zakaria, Cik Norashikin binti Md Nazry, Cik Siti Noraisyah binti Abdul Ghani, Encik Zulfadli Amzar bin Zainol dan Encik Shukur bin Mansor.

Turut hadir ialah YA Tuan Zulfikri bin Yasoa, Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Selangor yang menyambut kehadiran rombongan JKSNPP serta memberikan cenderahati sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan.

Semoga sumbangan yang diberikan mampu memberikan nafas kelegaan buat mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir. Hanya Allah SWT dapat membalas budi sumbangan tuan/puan.

#jakess
#syariahasaskeadilan
29 Disember 2021, Rabu - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini berbesar hati menerima sumbangan bantuan banjir daripada Jabatan Kehakiman Syariah Perlis (JKSNPs).

Tuan Mohd Abu Hassan Bin Abdullah, Ketua Pendaftar JKSNPs telah hadir mewakili JKSNPs dalam menyampaikan sumbangan tersebut yang telah diterima oleh YA Tuan Zulfikri Bin Yasoa, Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Selangor.

Pihak JAKESS turut memberikan cenderahati sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan banjir di Selangor baru-baru ini. Semoga Allah SWT membalas budi sumbangan tuan/puan.

#jakess
#syariahasaskeadilan
Selamat Menyambut Tahun Baru 2022. Semoga kejayaan demi kejayaan terus dilakar warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

#jakess
#syariahasaskeadilan
#tahunbaru2022