Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada YB Dato' Nor Azmie Bin Diron diatas jasa dan sumbangan sebagai setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Ikhlas daripada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).
#jakess
#selangor
#syariahasaskeadilan

01-03 November 2021 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan program Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) kepada Biro Helwa Masjid seluruh Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 143 orang peserta dari Biro Helwa Masjid-Masjid Negeri Selangor telah menyertai program ini selama 3 hari berturut2.
Di antara objektif program ini adalah memberikan kefahaman secara asas mengenai Undang-Undang Keluarga Islam, meningkatkan kemahiran dalam menguruskan pihak-pihak yang bertikai melalui teknik perundingan damai di Majlis Sulh, dan menjadi rakan kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dalam memahami prosedur pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YAA Datoโ Hj Mohammad Adib bin Hj. Husain, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Melalui ucapannya, YAA Dato' menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kehadiran dan komitmen semua peserta sepanjang program ini berlangsung. YAA Dato' juga berharap agar objektif program ini dapat dicapai dalam membentuk sebuah komuniti Sulh di Masjid- Masjid seluruh Selangor yang mempunyai pengetahuan asas mengenai Undang-Undang Keluarga Islam dan seterusnya dapat memberikan panduan dan rujukan yang tepat kepada masyarakat awam berkaitan isu- isu kekeluargaan selain dapat menggalakkan penyelesaian pertikaian secara damai di antara pihak-pihak yang bertikai dengan mengaplikasi teknik- teknik perundingan di Majlis Sulh yang dikongsikan di dalam program ini.
YAA Dato' juga menyatakan hasrat agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang sebagai usaha melahirkan komuniti masyarakat yang celik Undang-Undang dalam isu- isu kekeluargaan.
- Bahagian Penyelesaian Alternatif ADR, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
#jakess
#sulh
#bsk

8 - 9 November 2021- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima anugerah "Ace of Initiative" bersempena Muzakarah Pegawai-Pegawai Sulh Seluruh Malaysia Kali ke-14 tahun 2021 bertempat di Swiss Garden Hotel, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur.
Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan kepada JAKESS di atas kejayaan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti kepada masyarakat umum dalam usaha menyampaikan maklumat di samping menggalakkan penyelesaian kes secara alternatif selain penglibatan aktif para Pegawai Sulh di dalam program-program tersebut.
Sebanyak 5 anugerah diberikan dalam program ini iaitu :
1) Anugerah Star Service (individu) - JKSN Negeri Sembilan
2) Anugerah Ace of Initiative (berkumpulan)- JAKESS
3) Anugerah Above & Beyond (berkumpulan) - MSN Melaka
4) Anugerah Sulh Wow (individu) - JKSN Terengganu
5) Anugerah PhD - Kelantan.
Program muzakarah ini merupakan program tahunan anjuran Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM sebagai salah satu platform untuk mempertingkatkan visibility jabatan selain daripada menyelaras dan menyeragamkan pengurusan Sulh antara negeri-negeri dengan lebih dinamik dan proaktif.
Program ini telah dirasmikan oleh YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

9 November 2021- Satu sesi latihan Pangkalan Data Atas Talian CLJ telah diadakan pada jam 2.30 petang.
Latihan ini telah diadakan secara hibrid iaitu latihan secara bersemuka dan dalam talian melibatkan Pegawai-Pegawai Syariah Jakess.
Antara objektif latihan adalah memastikan Pegawai Syariah menggunakan CLJ dengan cara terbaik dan optimum dalam melaksanakan tugasan harian dan penyelidikan yang diperlukan.
Latihan ini telah dikendalikan oleh pegawai dari CLJ iaitu Encik Syed Mohd Aris dan dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber dengan kerjasama Bahagian Latihan dan Inovasi.

WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
SIRI 36
Pengesahan Lafaz Cerai
Penceramah: Tuan Mohd Fakhrurrazi bin Mahammad
Pegawai Syariah Mahkamah Rendah Syariah Selangor
Tarikh: 13 November 2021 (Sabtu)
Masa: 3-4 petang
Ikuti kami secara langsung di Facebook
Like, Follow & Share page rasmi JAKESS
https://www.facebook.com/jakessofficial
#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
#kebiasaanbaharu

MAKLUMAN PENGOPERASIAN KAUNTER MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR SEPANJANG PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 4
Semua urusan di kaunter Mahkamah Syariah Selangor dibuka sepenuhnya tanpa janji temu kecuali melibatkan urusan pengambilan perintah/penghakiman yang perlu dibuat janji temu terlebih dahulu melalui pautan https://bit.ly/3ufJOwA
Isnin hingga Khamis
Waktu Operasi Kaunter
Sesi 1: 8.00 pagi - 1.00 petang
Sesi 2 : 2.00 petang - 4.30 petang
Waktu Pendaftaran & Pembayaran
Sesi 1: 8.00 pagi โ 12.30 tengah hari
Sesi 2: 2.00 petang - 3.00 petang
Jumaat
Waktu Operasi Kaunter
Sesi 1: 8.00 pagi - 12.15 tengahari
Sesi 2: 2.45 petang - 4.30 petang
Waktu Pendaftaran & Pembayaran
Sesi 1: 8.00 pagi - 11.30 pagi
Pelanggan perlu berstatus Risiko Rendah COVID-19 di aplikasi MySejahtera.
Sila patuhi SOP yang ditetapkan ketika berurusan di JAKESS.

MAJLIS PERHIMPUNAN JABATAN BIL. 4/2021, SAMBUTAN HARI INTERGRITI & HARI INOVASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR
Tarikh: Jumaat, 19 November 2021
Masa: 8.15 pagi - 12.15 tengah hari
๐น Amanat oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor
๐น Ceramah Intergriti bertajuk, Kehadiran Dan Cuti: Kesalahan-Kesalahan Yang Lazim Dilakukan oleh Puan Rosaniza Binti Omar
Majlis dilangsungkan secara Hibrid

26 Nov 2021- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YB Dr. Siti Mariah binti Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga sekaligus telah berbincang mengenai program kerjasama yang dapat dijalankan.
Hasil perbincangan tersebut telah mendapat maklum balas positif bagi kedua-dua pihak meneruskan kerjasama yang terjalin sebelum ini.
Kunjungan daripada JAKESS diketuai oleh Ketua Pendaftar, Tuan Salehan Bin Yatim dan disertai oleh Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR), Ketua Bahagian BSK dan pegawai Sulh JAKESS.
Turut hadir di dalam sesi tersebut adalah wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Wanita Berdaya Selangor (WBS).