Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
381 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
๐Ÿ“ฃ UPDATE

Dimaklumkan masalah gangguan sambungan talian telefon Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah kembali pulih. Harap maklum, terima kasih.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kebiasaanbaharu
WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

SIRI 34
Wali Enggan..Apa yang kau tahu?

Penceramah: Tuan Mohamad Hannan bin Jalil
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Klang

Tarikh: 25 September 2021 (Sabtu)
Masa: 3 hingga 4 petang

Ikuti kami secara langsung di Facebook

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial

#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
#kebiasaanbaharu
PERTANDINGAN KHAT๐ŸŽจ
โœ’๏ธSempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H๐Ÿ–‹


๐Ÿ“ฃ TEMA:
‎โœ๏ธุณู„ุงู…ุช ู…ุซู…ุจูˆุช ู…ูˆู„ุฏ ุงู„ุฑุณูˆู„๐Ÿ–


๐Ÿ“ TERMA DAN SYARAT ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:
shorturl.at/afBO6


HADIAH๐ŸŽ:
๐Ÿฅ‡RM 100
๐ŸฅˆRM 50
๐Ÿฅ‰RM 30

โณ TARIKH TUTUPโŒ›๏ธ:
15 Oktober 2021, JAM 4 PETANG (Jumaat)

JOM SERTAI!

_-Anjuran Biro Dakwah & Pendidikan dan Biro Tugas Khas
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
PANDUAN MUAT TURUN BORANG MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR ๐Ÿ“ฒ

Saksikan video tutorial bagaimana anda boleh memuat turun borang-borang diperlukan daripada laman web JAKESS di https://www.jakess.gov.my/index.php/ms/

Download dan kongsikan untuk pengetahuan semua serta buat rujukan anda pada masa hadapan. Semoga bermanfaat!

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kebiasaanbaharu
The account of the user that owns this channel has been inactive for the last 5 months. If it remains inactive in the next 8 days, that account will self-destruct and this channel will no longer have an owner.
Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 1443H/2021 kepada seluruh muslimin dan muslimat.

‎ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Ikhlas daripada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

SIRI 35
Konflik Suami Isteri..Apa nak buat?

Penceramah: Tuan Mazrul bin Anis
Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh: 23 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa: 3 hingga 4 petang
Ikuti kami secara langsung di Facebook

Like, Follow & Share page rasmi JAKESS

https://www.facebook.com/jakessofficial

#syariahasaskeadilan
#webinarjakess
#jakess
#kebiasaanbaharu
KURSUS ASAS SULH DAN RAKAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK)

Kepada Biro Helwa Masjid Seluruh Negeri Selangor.

1-3 November 2021 | Secara Dalam Talian

Anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan
YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB. Dato' Haji Haris Bin Kasim di atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

#jakess
#selangor
#syariahasaskeadilan
Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada YB Dato' Nor Azmie Bin Diron diatas jasa dan sumbangan sebagai setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Ikhlas daripada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

#jakess
#selangor
#syariahasaskeadilan
01-03 November 2021 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan program Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) kepada Biro Helwa Masjid seluruh Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 143 orang peserta dari Biro Helwa Masjid-Masjid Negeri Selangor telah menyertai program ini selama 3 hari berturut2.

Di antara objektif program ini adalah memberikan kefahaman secara asas mengenai Undang-Undang Keluarga Islam, meningkatkan kemahiran dalam menguruskan pihak-pihak yang bertikai melalui teknik perundingan damai di Majlis Sulh, dan menjadi rakan kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dalam memahami prosedur pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YAA Datoโ€™ Hj Mohammad Adib bin Hj. Husain, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Melalui ucapannya, YAA Dato' menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kehadiran dan komitmen semua peserta sepanjang program ini berlangsung. YAA Dato' juga berharap agar objektif program ini dapat dicapai dalam membentuk sebuah komuniti Sulh di Masjid- Masjid seluruh Selangor yang mempunyai pengetahuan asas mengenai Undang-Undang Keluarga Islam dan seterusnya dapat memberikan panduan dan rujukan yang tepat kepada masyarakat awam berkaitan isu- isu kekeluargaan selain dapat menggalakkan penyelesaian pertikaian secara damai di antara pihak-pihak yang bertikai dengan mengaplikasi teknik- teknik perundingan di Majlis Sulh yang dikongsikan di dalam program ini.

YAA Dato' juga menyatakan hasrat agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang sebagai usaha melahirkan komuniti masyarakat yang celik Undang-Undang dalam isu- isu kekeluargaan.

- Bahagian Penyelesaian Alternatif ADR, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

#jakess
#sulh
#bsk
#syariahasaskeadilan
8 - 9 November 2021- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima anugerah "Ace of Initiative" bersempena Muzakarah Pegawai-Pegawai Sulh Seluruh Malaysia Kali ke-14 tahun 2021 bertempat di Swiss Garden Hotel, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur.

Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan kepada JAKESS di atas kejayaan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti kepada masyarakat umum dalam usaha menyampaikan maklumat di samping menggalakkan penyelesaian kes secara alternatif selain penglibatan aktif para Pegawai Sulh di dalam program-program tersebut.

Sebanyak 5 anugerah diberikan dalam program ini iaitu :
1) Anugerah Star Service (individu) - JKSN Negeri Sembilan
2) Anugerah Ace of Initiative (berkumpulan)- JAKESS
3) Anugerah Above & Beyond (berkumpulan) - MSN Melaka
4) Anugerah Sulh Wow (individu) - JKSN Terengganu
5) Anugerah PhD - Kelantan.

Program muzakarah ini merupakan program tahunan anjuran Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM sebagai salah satu platform untuk mempertingkatkan visibility jabatan selain daripada menyelaras dan menyeragamkan pengurusan Sulh antara negeri-negeri dengan lebih dinamik dan proaktif.

Program ini telah dirasmikan oleh YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

#jakess
#syariahasaskeadilan
9 November 2021- Satu sesi latihan Pangkalan Data Atas Talian CLJ telah diadakan pada jam 2.30 petang.

Latihan ini telah diadakan secara hibrid iaitu latihan secara bersemuka dan dalam talian melibatkan Pegawai-Pegawai Syariah Jakess.

Antara objektif latihan adalah memastikan Pegawai Syariah menggunakan CLJ dengan cara terbaik dan optimum dalam melaksanakan tugasan harian dan penyelidikan yang diperlukan.

Latihan ini telah dikendalikan oleh pegawai dari CLJ iaitu Encik Syed Mohd Aris dan dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber dengan kerjasama Bahagian Latihan dan Inovasi.

#jakess
#syariahasaskeadilan