Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
LAWATAN KERJA MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA KE SEKSYEN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

SHAH ALAM, 4 November 2025 – Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan satu lawatan kerja ke Seksyen Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) disini, semalam.

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Mohd Saifuddin Bin Othman, Pegawai Penyelidik Kanan; Encik Zainal Abidin Bin Mohd Hidzir, Pegawai Rekod Jabatan; dan Puan Sharifah Binti Shuib, Pembantu Tadbir Rekod Jabatan, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menimba ilmu serta berkongsi pengalaman mengenai pengurusan dan tatacara penjilidan dokumen rekod penting. Tumpuan turut diberikan kepada pelaksanaan Kod Bidang 221311 – Perkhidmatan Membaik Pulih Bahan Terbitan dan Manuskrip sebagaimana kehendak Arahan Amalan No. 3 Tahun 2016 serta ketetapan Arkib Negara Malaysia.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Tuan Sofian Bin Ibrahim, Ketua Seksyen Rekod JAKESS; Puan Nuzaziraakmar Binti Othman, Pembantu Tadbir Rekod Jabatan; serta beberapa pegawai Seksyen Rekod yang lain. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai pengurusan dan tatacara penjilidan rekod yang dilaksanakan di JAKESS.

Para peserta turut berpeluang melawat bilik fail, meneliti buku penjilidan serta melihat secara dekat proses penyimpanan dan penyelenggaraan dokumen penting jabatan.

Dalam sesi perbincangan akhir, Ketua Delegasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka menyatakan harapan agar lawatan ini dapat memberi peluang kepada pihak mereka untuk memperoleh pengetahuan baharu serta mengadaptasi amalan terbaik dalam pengurusan penjilidan rekod.

Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua agensi dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kehakiman Syariah di Malaysia.

Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan sesi bergambar kenang-kenangan antara pegawai kedua-dua jabatan.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Yang Arif Dato' Mohammad Adib bin Husain

atas khidmat bakti dan kepimpinan cemerlang sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor.

Tahniah diucapkan diatas pelantikan sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Semoga terus diberi kekuatan, kebijaksanaan dan rahmat Allah SWT dalam meneruskan khidmat bakti di peringkat yang lebih tinggi.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Arif Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin yang dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, berkuat kuasa pada 30 Oktober 2025.

Seluruh warga JAKESS mendoakan semoga YAA terus diberikan kekuatan dan rahmat oleh Allah SWT dalam memimpin dengan hikmah serta mengangkat martabat kehakiman Syariah Negeri Selangor ke arah kecemerlangan yang berterusan.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
Tahniah diucapkan kepada Puan Salwani Binti Khalid atas pelantikan sebagai Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Semoga amanah yang diberikan ini terus dipimpin dengan penuh integriti, dedikasi dan komitmen demi memperkukuh mutu perkhidmatan kehakiman Syariah.

Seluruh warga kerja JAKESS mendoakan agar kepimpinan puan membawa kecemerlangan yang berterusan, serta menjadi pemangkin kepada usaha mempertingkatkan sistem perundangan Syariah di negeri Selangor.

Ikhlas Daripada:
Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
Sekitar Perhimpunan Jabatan Bilangan 5 Tahun 2025 Sambutan Hari Integriti dan Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang berlangsung di Dewan Muktamar pada jumaat lalu.

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor dan diteruskan dengan pembentangan cadangan inovasi daripada Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian penghargaan penyertaan Inovasi kepada KIK Sahabat Berenam, penyampaian anugerah Zon Terbaik Audit EKSA serta penyampaian Hadiah Pusat Sumber.

Para hadirin seterusnya disajikan dengan ceramah integriti bertajuk Konsep Itqan Memacu Perubahan Diri dan Organisasi oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra bin Mohd Yusof.

Perkongsian ilmu diteruskan pada sebelah petang dimana Jabatan mengadakan taklimat dan demostrasi Automated External Defibrillator (AED) oleh Encik Muhammad Hafizuddin Sulaiman daripada Worldwide Medivest Sdn Bhd.

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
MAKLUMAN GANGGUAN TALIAN TELEFON

Dimaklumkan bahawa talian telefon Mahkamah Rendah Syariah Ampang sedang mengalami gangguan (migrate fiber) dan kini dalam tindakan pihak Bahagian Pembangunan JAKESS & Telekom Malaysia.

Sehubungan itu, segala pertanyaan atau urusan boleh disalurkan melalui e-mel rasmi kami di:

📧 mrsampang@esyariah.gov.my

Mohon maaf atas segala kesulitan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.