Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
WARGA HULU SELANGOR SERTAI SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH SIRI 7

29 OKTOBER 2025 Rabu, Kuala Kubu Bharu - Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 7 yang membawakan topik memahami dinamika Jenayah Syariah disertai hampir 350 orang peserta warga Hulu Selangor yang bertempat di Auditorium Haji Mansor, Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia disini, rabu lalu.

Seminar yang dirasmikan oleh YAD Senator Dato' Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ini merupakan anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

Seminar siri ke 7 diisi dengan ceramah bertajuk Pengenalan Mahkamah Syariah Negeri Selangor yang disampaikan oleh Puan Marina bin Abdul Rahman, Pegawai Syariah JAKESS serta forum yang bertajuk Dari Mahkamah Ke Masyarakat: Memahami Dinamika Jenayah Syariah yang membariskan ahli panel berwibawa iaitu Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamaruddin selaku moderator, Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim, Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar dan Puan Sofian binti Ahmad, Ketua Pendakwa Syarie Selangor.

Peserta yang hadir terdiri daripada ketua-ketua kampung, imam dan AJK masjid, guru KAFA, pelajar IPT, penjawat awam daripada pelbagai agensi dan masyarakat awam di daerah Hulu Selangor.

JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung serta semoga semua pihak mendapat manfaat daripada seminar ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor
PROGRAM OUTREACH SULH & HAKAM DEKATKAN MASYARAKAT DENGAN KAEDAH PENYELESAIAN SECARA DAMAI

3 November 2022, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan program Outreach Sulh dan Hakam dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan penyertaan hampir 200 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat disini, semalam.

Program ini dirasmikan oleh YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) yang turut berkesempatan beramah mesra bersama peserta dan reruai pameran disediakan sejurus selepas ucapan perasmian.

Program Outreach Sulh & Hakam membawakan 4 slot dalam aturcara program yang berlangsung seharian yang menyaksikan para peserta disajikan dengan pendedahan ilmu dalam pelbagai bentuk penyampaian agar objektif "Outreach" itu tercapai dengan jayanya.

Slot pertama dimulakan dengan penerangan As-Sulh Khair dan Hakam Satu Alternatif Penyelesaian Pantas Kes di Mahkamah Syariah yang disampaikan oleh Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR).

Slot kedua merupakan taklimat bertajuk Zakat & Jaminan Kebahagiaan Rumahtangga dibawakan oleh Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Divisyen Syariah dan Dakwah LZS.

Manakala slot ketiga adalah Forum Bicara Syariah yang membawakan topik Sulh & Hakam: Titik Damai Sebelum Bicara yang membariskan ahli panel berwibawa iaitu Prof. Madya Dr Hendun Binti Abd. Rahman, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim, Pegawai Syariah JAKESS dan Dr Zulzaidi bin Mahmood, Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Mengakhiri program pada hari tersebut iaitu acara kemuncak merupakan slot keempat iaitu muhakat tahkim adaptasi daripada kisah sebenar yang menyaksikan lakonan atau simulasi dilangsungkan bagi tatapan dan kefahaman para peserta.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor merakamkan jutaan terima kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutamanya LZS, para penceramah dan panel, barisan urusetia juga kepada para peserta.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama