Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
382 subscribers
961 photos
9 videos
1 file
89 links
Channel Rasmi JAKESS untuk menyalurkan berita mengenai Mahkamah Syariah Negeri Selangor
Download Telegram
LAWATAN KERJA JKSNP KONGSI AMALAN TERBAIK SEKSYEN REKOD JAKESS

15 Oktober 2025, Rabu - Jabatan kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSNP) ke Jabatan ini bagi sesi taklimat dan perkongsian ilmu pengurusan Seksyen Rekod yang dilaksanakan di Jabatan ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Sofian bin Ibrahim, Ketua Seksyen Rekod JAKESS dan ucapan balas pelawat oleh Tuan Muhammad Fauzi bin Uzir Abd. Wahab, Ketua Pendaftar JKSNP.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian dan taklimat Seksyen Rekod dipimpin oleh Tuan Sofian bin Ibrahim sehingga sesi soal jawab. Program diakhiri dengan lawatan ke Bilik Rekod Jabatan yang membentangkan teknologi-teknologi digunakan Seksyen Rekod JAKESS seperti e-Trace sebelum para peserta bersurai.

Delegasi disertai oleh 25 orang kakitangan JKSNP yang diketuai oleh Tuan Muhammad Fauzi bin Uzir Abd. Wahab, Ketua Pendaftar JKSNP. Turut hadir ialah Cik Aishah Mariam binti Pakeer Mohamed, Pegawai Tadbir Bahagian Khidmat Pengurusan serta para penolong pendaftar Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah seluruh negeri Perak.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian melawat ke Jabatan ini dan mendoakan agar segala usaha yang telah diberikan diberkati Allah SWT.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
Sekitar lawatan Universitas Islam Negeri Sumatera Utara Indonesia (Pascasarjana) ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bertempat Bilik Mesyuarat Utama pada hari ini.

Lawatan adalah bagi berbincang dan berkongsi pengalaman berkenaan topik kedudukan hukum hak mewaris dari perkahwinan beda kewarganegaraan melalui perjanjian perkahwinan.

Kunjungan daripada pihak delegasi rombongan terdiri daripada Dr. Mhd. Yadi Harahap, Dr. Ramadhan Syahmedai Siregar, Dr Dhiauddin Tanjung dan Dr Junaidi Arsyad.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak delegasi diatas kesudian hadir ke Jabatan ini.

#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangormajubersama
๐Ÿ“ข Assalamulaikum, Warga Hulu Selangor, anda dijemput untuk menyertai Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri-7 Zon Hulu Selangor anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

๐Ÿ“Œ Topik: Dari Mahkamah ke Masyarakat: Memahami Dinamika Jenayah Syariah
๐Ÿ—“ Tarikh: 29 Oktober 2025, Rabu (8.00 Pagi Hingga 1.00 Tengah Hari)
๐Ÿ“ Lokasi: Auditorium Haji Mansor, Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia

Ayuh sertai program ini yang menjanjikan kupasan menarik khususnya berkenaan topik Jenayah Syariah yang membelengu sosial umat Islam di negeri Selangor.

Anda juga berpeluang:
- Melawat pelbagai Booth Pameran yang dibuka daripada pelbagai agensi
- Sesi soal jawab bersama penceramah & ahli panel forum
- Goodies Bag percuma!
- Sarapan & Makan Tengah Hari disediakan percuma!

Daftar sekarang melalui imbasan QR Code dalam poster atau klik link โคต๏ธ
https://forms.gle/ZMCnnPTVqrnqqiS66

Jumpa anda disana!

#jakess
#syariahasaskeadilan
#seminarkefahamanundangundangsyariah7