Mudahnya Bergelar PE
277 subscribers
31 photos
2 files
7 links
Download Telegram
Channel created
Channel name was changed to «Mudahnya Bergelar PE»
Channel photo updated
Siapa itu Jurutera?

Jurutera merupakan suatu pekerjaan profesional dalam bidang kejuruteraan, yang berkenaan dengan aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian untuk mengatasi sesuatu masalah. Jurutera merekacipta pelbagai jenis benda merangkumi alat, mesin, bangunan, struktur, dan sistem dengan sentiasa mengambil kira keselamatan dan kos.

Terdapat pelbagai jenis bidang kejuruteraan dalam dunia ini, oleh itu, pelbagai jenis gelaran jurutera juga wujud.

Dalam syarikat dan organisasi lain di sesetengah negara terdapat kecenderungan untuk tidak menghargai orang yang memiliki kemahiran teknologi dan saintifik berbanding selebriti, pengamal fesyen, penghibur dan pengurus.

Dalam bukunya The Mythical Man-Month, Fred Brooks Jr menyatakan bahawa pengurus memikirkan mereka yang senior sebagai "terlalu berharga" bagi tugasan teknikal, dan kerja pengurusan membawa prestij lebih tinggi.

Dia menerangkan bagaimana sesetengah makmal, seperti Bell Labs, menghapuskan kesemua pangkat kerja bagi mengatasi masaalah ini: pekerja profesional merupakan "ahli kakitangan teknikal."

Brooks mencadangkan bahawa struktur perlu ditukar; ketua perlu memberikan lebih perhatian bagi mengekalkan pekerja pengurus dan teknikal sebagai saling tukar selagi bakat mereka membenarkannya.
Apa itu Jurutera Profesional?

Jurutera Profesional dalam erti kata yang lain bermakna seorang Jurutera yang telah mendapat kelayakan untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan. Untuk majikan, ia isyarat keupayaan diri Jurutera itu untuk mengambil tanggungjawab ke tahap yang lebih tinggi. Antara rakan-rakan pula, ia memberikan rasa hormat dan kepada diri sendiri, ia adalah satu simbol kebanggaan dan ukuran pencapaian.

Sebagai seorang Jurutera Profesional, seseorang itu mesti sentiasa menunjukan dan mengekalkan kecekapan mereka, meningkatkan kemahiran dengan memenuhi keperluan pendidikan yang berterusan.

Hanya seorang jurutera berlesen yang boleh menyediakan, menandatangani dan mengemukakan pelan kejuruteraan dan lukisan kepada pihak berkuasa (Local authority – Pihak Bekuasa Tempatan, JKR, Majlis Perbandaran dan lain-lain) untuk kelulusan atau memeterai kerja-kerja kejuruteraan untuk pelanggan.

Oleh yang demikian, tanggungjawab seorang Jurutera Profesional bukan sahaja hanya untuk kerja-kerja yang mereka lakukan tetapi juga untuk kehidupan yang akan dipengaruhi oleh hasil kerja mereka itu.

Jurutera Profesional adalah orang yang didaftarkan di bawah Seksyen 10 (2) Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Disemak 2015).

Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga boleh:

1. mengambil pekerjaan yang mengharuskan dia menjalankan atau melaksanakan perkhidmatan kejuruteraan profesional;

2. berhak untuk menggambarkan dirinya atau memegang dirinya sendiri di bawah apa-apa nama, gaya atau tajuk :

a. yang mengandungi perkataan "Jurutera Profesional" atau yang bersamaan dengannya dalam mana-mana bahasa lain;

b. dengan apa-apa perkataan lain dalam mana-mana bahasa yang boleh ditafsirkan secara munasabah untuk menyatakan bahawa dia seorang Jurutera Profesional; atau

c. menggunakan singkatan "Ir." sebelum namanya atau singkatan "P. Eng." selepas namanya atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan namanya;

3. menggunakan atau memaparkan apa-apa tanda, papan, kad atau peranti lain yang mewakili atau membayangkan bahawa dia seorang Jurutera Profesional;

4. gunakan cap yang ditentukan oleh Lembaga