Info KursusKahwin.Com.My
134 subscribers
3 photos
28 links
Info Terkini Kursus Kahwin Kuala Lumpur
Download Telegram
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 7

Result test HIV valid selama 6 bulan.

Dan result test HIV yang valid hanyalah dari klinik KKM sahaja.

Manakala setiap klinik KKM ada kalanya ada perbezaan proses dan peraturan, hari dan masa test HIV.

Paling bagus kalau bakal pemohon check atau call terlebih dahulu klinik KKM yang bakal dikunjungi.

Untuk booking test HIV - terdapat senarai laman web, apps dan direktori klink KKM seluruh Malaysia yang pemohon boleh gunakan untuk booking test HIV.

Pemohon boleh dapatkan senarai laman web, apps dan direktori untuk booking test HIV di:

https://www.prosedurperkahwinan.com/12-tips-test-hiv-kahwin-apps-dan-laman-web-booking-yang-bakal-pengantin-perlu-tahu/

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 8

Pemohon (bakal pengantin) boleh buat permohonan kebenaran untuk nikah atau hantar borang permohonan ke negeri mengikut:

1. Alamat tempat pemohon tinggal/menetap sekarang.

Atau,

2. Mengikut alamat negeri yang ada pada IC pemohon.

Pemohon BOLEH PILIH alamat yang mana yang lebih memudahkan proses permohonan pemohon.
.
.
NOTA PENTING

+ Bagi pihak lelaki - lebih mudah pilih alamat tempat dia tinggal/menetap sekarang walaupun dia nak buat akad nikah di negeri lain.

Contohnya seorang warga Kelantan yang menetap di KL tetapi nak buat akad nikah di Kedah.

Warga kelantan ini boleh buat permohonan atau hantar borang permohonan kepada JAWI di KL untuk dapat surat kebenaran nikah.

Apabila lulus, pihak JAWI akan keluarkan surat kebenaran nikah untuk dia buat akad nikah di Kedah.

Jadi, dia tak perlu nak pulang ke kampung halaman untuk buat permohonan nikah.
.
.
+ Bagi pihak perempuan - dia perlu bincang terlebih dahulu dengan wali sama ada nak pilih no. 1 atau no. 2 kerana wali perlu hadir bersama pihak perempuan di depan Imam Jurunikah kariah di kariah masjidnya sewaktu dia buat pengesahan borang dan dokumen sokongan.

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 9

Sewaktu buat permohonan kebenaran nikah:

Kalau pihak lelaki dan pihak perempuan itu buat permohonan dari berlainan daerah atau negeri - pihak lelaki perlu lulus terlebih dahulu.

Apabila pihak lelaki sudah lulus dan dapat surat kebenaran nikah yang dikeluarkan oleh PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) - passkan surat tersebut kepada pihak perempuan supaya pihak perempuan dapat lengkapkan dokumen untuk buat permohonan.

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 10

Kariah masjid adalah kawasan pentadbiran sesuatu masjid yang mana ianya mungkin mengandungi beberapa buah kampung.

Dan setiap masjid biasanya mempunyai Imam Jurunikah kariah atau PPP (Penolong Pendaftar Perkahwinan) atau PPN (Penolong Pendaftar Nikah).

Bakal pengantin perlu dapatkan pengesahan borang dan dokumen sokongan dari Imam Jurunikah kariah atau PPP atau PPN terlebih dahulu sebelum borang dan dokumen sokongan tersebut dapat dihantar ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri).

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
TERKINI - STATUS PENDAFTARAN KURSUS KAHWIN ONLINE DI www.KursusKahwin.com.my UNTUK 1 & 2 JAN 2022

Kalau kursus kahwin secara face to face ini (bersemuka) - anda MESTI HADIR ke dewan ceramah.

Sedangkan kursus kahwin online hanya perlukan anda berada di hadapan handphone/tablet/laptop sahaja untuk MELAYAKKAN anda mendapat sijil kursus kahwin.

Dan ianya boleh disertai oleh anda yang berada di mana-mana negeri (kecuali untuk kegunaan di Sabah/Perak/Terengganu).
.
.
Untuk kursus kahwin online hujung minggu ini (1 & 2 jan 2022), setakat 1.30 tengahari ini, dari 160 seat yang diperuntukkan, kini HANYA TINGGAL:

+ Danau Kota - tinggal 25 SEAT sahaja lagi

+ Manjalara - tinggal 41 seat sahaja lagi
.
.
KALAU ANDA BELUM TAHU,

Kalau anda belum tahu, selain dari bakal pengantin, kursus kahwin online ini (seperti di www.kursuskahwin.com.my) ini JUGA TERBUKA kepada anda yang:

+ anda yang masih SOLO
+ anda yang masih BUJANG
+ anda yang masih BELUM NAK KAHWIN.
+ anda yang sudah ada pasangan tetapi masih BELUM ADA TARIKH NIKAH.

Dengan ini, anda juga boleh ambil peluang dapatkan sijil kursus kahwin awal-awal kerana:

+ sijil kursus kahwin JAWI ini TIADA expiry date.
+ Sijil kursus kahwin JAWI ini boleh DIPOSKAN ke mana-mana alamat yang anda arahkan (di Semenanjung atau Sabah & Sarawak).
.
.
JADI,

+ Bagi anda URGENT memerlukan sijil kursus kahwin - mohon anda SEGERA MENDAFTAR untuk seat pada hujung minggu ini (1 & 2 Jan 2022) di www.KursusKahwin.com.my kerana masih ada seat (tapi dah tak banyak).

+ Dan bagi anda yang belum nak kahwin, anda boleh dapatkan dan SIMPAN sijil kursus kahwin ini awal-awal kerana sijil kursus kahwin ini TIADA EXPIRY DATE. Simpan sehinggalah anda bertemu jodoh nanti.

Jadi,

JOM lihat details atau mendaftar di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 11 - TEMPOH PERMOHONAN

Bakal pengantin boleh membuat permohonan berkahwin seawal-awalnya 90 hari dari tarikh cadangan akad nikah, dan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh tersebut.

Untuk memudahkan proses permohonan, "fahami dan utamakan" proses permohonan kebenaran nikah terlebih dahulu berbanding dengan perkara-perkara lain.

Permohonan kebenaran nikah secara "last minit" akan menyebabkan bakal pengantin stress, kelam-kabut dan risau-risau.

Malah, majlis akad nikah pun boleh tertangguh kerana permohonan tak lengkap.

Sedangkan, cara memohon kebenaran nikah ada diajarkan dalam kursus kahwin.

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 12 - DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

Untuk sediakan dokumen-dokumen sokongan, bakal pengantin boleh check senarai dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang ada dalam sistem permohonan online.

Setiap negeri menggunakan sistem permohonan online yang berlainan (kecuali bagi negeri-negeri yang menggunakan SPPIM).

Untuk sistem permohonan online setiap negeri, mohon bakal pengantin rujuk posting terdahulu tentang Asas Memohon Kebenaran Nikah 1,2 dan 3.

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 13 - HALANGAN DAN CABARAN BAGI BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN MENYEDIAKAN DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN DAN WALI

Memang ramai bakal pengantin perempuan yang hadapi masalah atau cabaran menyediakan dokumen-dokumen sokongan bagi permohonan kebenaran nikah.

Bila dokumen-dokumen sokongan tak lengkap, tak dapatlah bakal pengantin nak hantar borang permohonan ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri).

Banyak kes-kes melibatkan:

+ kehilangan surat nikah ibu bapa

+ ibu bapa tiada dokumen pengenalan diri

+ wali tinggal jauh

+ wali tak dapat dikesan atau hilang

+ wali enggan

+ mualaf

+ bakal pengantin perempuan baru tahu yang dia adalah anak tak sah taraf


Jadi, jalan yang paling selamat - bakal pengantin perempuan buat persediaan awal-awal apabila sudah ada cadangan nak berkahwin.

Perkara-perkara ini ada dijelaskan dengan panjang lebar sewaktu kursus kahwin nanti.

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
TERKINI - MAJLIS AKAD NIKAH DAN KENDURI DI KELANTAN

Majlis akad nikah dan kenduri di Kelantan:

Ianya kini dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus daripada kapasiti ruang sesebuah premis.

Dan individu yang sudah lengkap divaksin sahaja yang dibenarkan.
.
.
Artikel penuh, https://www.malaysiakini.com/news/606309

--------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 14 - SAKSI BORANG DAN SAKSI AKAD NIKAH

Ramai yang keliru.

Saksi pada borang permohonan dan saksi sewaktu majlis akad nikah tu bukanlah saksi yang sama.

Pada waktu Fasa Pemulihan ini, biasanya pegawai PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau pegawai JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) akan menjadi saksi akad nikah.

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 15 - MAS KAHWIN

Mas kahwin - perlu dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan juga sekurang-kurangnya dengan dua orang saksi lain - dalam bentuk tunai atau hutang dan dalam bentuk barang atau wang.

+ Johor: RM22.50
+ Pahang: RM22.50
+ Wilayah Persekutuan (KL, Labuan, Putrajaya): RM80.00
+ Melaka: RM100.00
+ Sabah: RM100.00
+ Perak: RM101.00
+ N.Sembilan: RM200.00
+ Sarawak: RM120.00
+ Selangor: RM300.00
+ Kedah: Tiada ketetapan
+ Kelantan: Tiada ketetapan
+ Perlis: Tiada ketetapan
+ Pulau Pinang: Tiada ketetapan
+ Terengganu: Tiada ketetapan

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 16 - DAH MASUK KURSUS KAHWIN TETAPI . . .

Ramai yang dah masuk kursus kahwin tetapi ramai yang lupa bagaimana nak buat permohonan kebenaran nikah serta lupa apa nak buat setelah kursus kahwin selesai.

Malah nak gunakan sistem permohonan online apa pun lupa.

Seboleh-bolehnya, masuk atau sertai kursus kahwin yang ada "talian hayat" yang mana anda masih boleh hubungi ustaz/ustazah penceramah sekiranya anda tersangkut dalam proses permohonan anda.

Talian hayat ini sangat-sangat membantu.

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 17 - BORANG PEMASTAUTIN

Sekiranya alamat yang digunakan dalam borang permohonan berlainan dari alamat pada IC - pemohon perlu mengisi borang pemastautin.
.
.
Nota

+ Pemohon boleh pilih sama ada nak gunakan alamat tempat tinggal/menetap sekarang atau alamat pada IC.

+ Mohon rujuk posting sebelum ini: ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 8 - ALAMAT PERMOHONAN

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
UPDATE - KURSUS KAHWIN ONLINE DI WWW.KURSUSKAHWIN.COM.MY (W.PERSEKUTUAN/JAWI) SABTU & AHAD INI (15 & 16 JAN 2022) - SEAT DAH NAK HABIS!

Hari ini, dari 160 seat, seat kursus kahwin online di www.kursuskahwin.com.my pada hujung minggu ini DAH TINGGAL 16 seat sahaja lagi.

Balance seat:

+ Danau Kota - PENUH
+ Manjalara - tinggal 16 seat sahaja lagi
.
.
MACAM MANA NAK DAPATKAN SIJIL?

+ Follow peraturan simple yang melayakkan anda dapat sijil kursus kahwin.

+ Sijil kursus kahwin ini boleh DIPOSKAN atau DICOURIERKAN ke mana-mana alamat yang anda arahkan di seluruh Semenanjung Malaysia atau Sabah & Sarawak.
.
.
SIAPA YANG BOLEH JOIN?

Kursus kahwin online di www.kursuskahwin.com.my ini TERBUKA bukan hanya kepada bakal pengantin sahaja.

Malah, ianya JUGA TERBUKA kepada:

+ anda yang masih SOLO
+ anda yang masih BUJANG
+ anda yang masih BELUM NAK KAHWIN.
+ anda yang sudah ada pasangan tetapi masih BELUM ADA TARIKH NIKAH.
.
.
KURSUS KAHWIN ONLINE AKAN BERKAHIR TAK LAMA LAGI?

Anda boleh ambil peluang sertai kursus kahwin online dan dapatkan sijil kursus kahwin awal-awal kerana:

+ sijil kursus kahwin ini TIADA expiry date.

+ TIDAK LAMA LAGI apabila keadaan Covid-19 terkawal dan kurang berisiko, BERKEMUNGKINAN BESAR kursus kahwin online kami akan DIGANTIKAN SEMULA dengan kursus kahwin secara biasa (bukan online) yang mana anda MESTI HADIR ke dewan ceramah kursus kahwin untuk melayakkan anda mendapat sijil kursus kahwin.

Jadi, “pilihan bijak” berada di tangan anda.
.
.
.
LIHAT DETAILS ATAU DAFTAR

Anda boleh lihat details kursus kahwin online atau mendaftar di laman web rasmi kami di www.kursuskahwin.com.my.

Jom!
MAKLUMAN PENTING - TAMBAHAN SEAT BAGI KURSUS KAHWIN ONLINE DI www.KursusKahwin.com.my

Disebabkan kursus kahwin online di www.KursusKahwin.com.my selalu penuh setiap minggu, kini kami dah tambah lagi seat khas untuk membantu anda terutama yang bakal menjadi pengantin.

Jumlah seat terkini:

+ Kursus Kahwin Online Danau Kota = 80 seat

+ Kursus Kahwin Online Manjalara = 80 seat

+ Dan TAMBAHAN Kursus Kahwin Online Taman Tun Damansara = 80 seat
.
.
Jadi, bagi anda yang hadapi kekekangan lokasi atau masih bimbang nak sertai kursus kahwin bersemuka (face to face) kerana kes Covid-19 yang belum reda sepenuhnya, anda boleh lihat details atau mendaftar di www.KursusKahwin.com.my.

Duduk je di hadapan handphone/tablet/laptop/PC dan follow peraturan ringkas yang melayakkan cik/tuan dapat sijil kursus kahwin TANPA PERLU HADIR ke dalam dewan ceramah.
.
.
Yuran hanyalah RM90 untuk setiap peserta.

Dan sijil boleh DIPOS ke mana-mana alamat seluruh Malaysia yang anda arahkan.
.
.
Anda boleh lihat details atau mendaftar di www.KursusKahwin.com.my.

-----------------

p.s. Anda yang masih solo atau yang dah ada pasangan tapi belum nak kahwin pun boleh join.

p.p.s Ramai yang dah dapatkan sijil kursus kahwin awal-awal walaupun belum nak kahwin kerana sijil kursus kahwin JAWI ini TAK EXPIRED.
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 18 - DOKUMEN TAMBAHAN BAGI BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN

1. Dokumen pengenalan wali atau IC wali.

2. Surat nikah atau surat perakuan nikah atau surat cerai ibu bapa kandung yang ada tertera tarikh nikah.

3. Surat kebenaran nikah yang dikeluarkan oleh PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) dari bakal pengentin lelaki jika bakal pengantin buat permohonan dari berlainan kariah atau daerah atau negeri.

4. Borang Wakalah Wali (jika ada: dalam kes wali tinggal jauh, sakit atau yang berkaitan yang dibenarkan).

5. Sijil kematian bapa atau datuk jika bapa atau datuk telah meninggal dunia.

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 19 - TERTIB SUSUNAN WALI

1. Wali paling atas dalam tertib susunan wali adalah bapa kandung.

2. Sekiranya bapa kandung sudah meninggal dunia, wali selepas itu adalah datuk sebelah bapa kandung (bapa kepada bapa) ke atas.

3. Sekiranya kedua-duanya telah meninggal dunia, bakal pengantin perempuan kena sediakan sijil kematian wali sewaktu buat permohonan kelulusan nikah nanti.

4. Wali selepas itu - saudara lelaki seibu sebapa (abang atau adik kandung).

5. Selepas itu, bakal pengantin perempuan boleh follow tertib susunan wali seperti dalam tertib susunan wali di bawah.

Ikut susunan dan tak boleh langkau.

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my
ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH 20 - SOALAN FAVOURITE TOK KADI KEPADA BAKAL PENGANTIN - RUKUN NIKAH

Rukun nikah ada 5:

1. Calon pengantin lelaki.

2. Calon pengantin perempuan.

3. Wali.

4. Saksi lelaki (2 orang).

5. Lafaz ijab dan kabul (sighah).

----------------

+ Kursus kahwin online semudah berada di depan handphone/tablet/laptop dengan peraturan mudah untuk layak dapat sijil kursus kahwin di www.KursusKahwin.com.my